Halaman

Khamis, 29 Januari 2015

Cinta Tercedera Gara-gara Pakwe Tak Khatan

Tempat Bersidang Orang-orang Kampung Sri Lukut
Kelihatan Osman Manap sebagai ketua sidang

"Masa sekolah nak tahu siapa belum sunat, time sembahyang kalau berdiri di saf belakang belum sunat. Saf depan bermuka sombong pasal dah sunat. Budak perempuan skodeng dari tirai tengok siapa yang belum sunat." Pendedahan cerita betul dari kawan saya.

Saya tertanya-tanya juga, apa fasal budak perempuan mahu mengintai?

"Masa tu kantol pakwe belum sunat. Bila bercouple cerita pasal kahwin bagai. Sunat pun belum." Jelas beliau mengenangkan zaman kami di sekolah rendah dahulu purba kala. 

Maza tertawa terkekeh-kekeh mengenangkan beberapa kawan-kawan sebaya dan tua setahun dua itu berendut (endut = bermain cinta) sedangkan umur masing-masing baru sahaja menginjak 12, 13 atau 14 tahun.

Beginilah apabila kami berborak sakan mengenangkan zaman kanak-kanak yang berwarna-warni di Kampung Sri Lukut, Kahang, Johor. 

Memang di zaman itu ada yang lewat berkhatan sehingga mencecah usia hampir 20 tahun. 

Majlis berkhatan biasanya dibuat ketika musim cuti sekolah pada bulan November atau Disember. Kendurinya pula dibuat besar-besaran. 

Cikgu Syafie dan Cikgu Johar antara guru pelopor yang mencadangkan diadakan majlis berkhatan beramai-ramai. Jadinya, sekitar tahun 1987/88 diadakan majlis berkhatan secara jemaah. Kanak-kanak yang menyertainya diarak dari Sekolah Rendah Kebangsaan Kahang Batu 28 ke Masjid Jamek Ar-Rahman (masjid lama). Memang meriah.

Zaman itu kami bersunat masih lagi duduk di atas batang pisang. Sebelum bersunat kami berendam dulu di dalam taliair puas-puas. Berendam sahaja tanpa berenang-renang. Tanpa bius hanya berbekalkan pisau tajam dan mentera (bacaan doa), maka bermulalah episod menjadi orang dewasa.

Setelah bersunat, layanan diberikan tidak lagi dideskriminasikan dalam apa-apa majlis kenduri. Malah kami dipandang sebagai pemuda harapan. Hahaha...

~from Zainal Sani with Sweet memori~
Jalan Teminggol.

3 ulasan:

  1. Belum bersunat tak boleh kahwin kata kawan-kawan ketika kecil dahulu. :)

    BalasPadam
  2. Wah..entri ini mengingatkan zaman aku kecil2 di kg..klu sunat belah malam, belah siang mmg kena berendam dkt kolam/tali air lama2..kata org tua2 biar senang tok mudik nak potong..

    Nasib baik awek aku dulu tak pernah skodeng time sembahyang dkt sekolah..klu tak kantoi sudah

    BalasPadam
  3. Wah..entri ini mengingatkan zaman aku kecil2 di kg..klu sunat belah malam, belah siang mmg kena berendam dkt kolam/tali air lama2..kata org tua2 biar senang tok mudik nak potong..

    Nasib baik awek aku dulu tak pernah skodeng time sembahyang dkt sekolah..klu tak kantoi sudah

    BalasPadam

Mengomellah Ekau Semuo Kek Sini