Halaman

Isnin, 3 November 2014

Aqlan dan Arnab di Taman Haiwan Berjaya Hill Resort

 
Aqlan memang teruja dengan arnab.

Sudah sekian lama dia mengecek mahu membela seekor. Pantang terlihat kelibat arnab, pasti Aqlan melonjak riang.

Minggu sudah kami sempat singgah di Taman Haiwan, Berjaya Hill Resort.

Sebaik terpandangkan arnab, Aqlan Sholehin bergegas hendak mendapatkannya.

Mulanya dia kekok dan tercari-cari semangat mahu memegang. Setelah berani, enggan pula melepaskan.

"Ayah bukan tak nak bela arnab. Nanti malam tiba-tiba ayah lapar dan makan arnab Aqlan tu macam mana?" Duga saya.

Aqlan terkedu. Arnab itu terlepas dari dakapan. Dengan berat hati dia mengusap-usapnya. Setelah itu Aqlan mengheret kaki meninggalkan si kelinci (rabbit) comel dengan hati sayu.

3 ulasan:

  1. Seronok dapat bermain arnab. Tempoh hari ada bawa famili ke sana. :)

    BalasPadam
  2. Aik melawat aje? Tak belikan Aqlan satu? Ciannnya...

    BalasPadam
  3. anak gadis aku juga sama
    dah lama minta nak bela arnab


    masak kari sedap ni, bro

    BalasPadam

Mengomellah Ekau Semuo Kek Sini