Halaman

Rabu, 13 Ogos 2014

Contengan Stroke


Seawal usia remaja (umur 10-13 tahun) maza pernah bercita-cita hendak menjadi kartunis.  Puncanya kerana terpengaruh dengan fenomen majalah Gila-Gila terbitan Creative Enterprise Sdn. Bhd. Antara kartunis dan watak kartun yang maza kagumi ialah Ujang.

Maza juga pernah membuat "papan cerita" dan mempunyai buku kartun rekaan sendiri. Hobi ini turut dikongsikan bersama adik, Mohammad.

Hari ini sambil-sambil menyelenggara tugasan rutin dan merehatkan minda, maza sering meluahkan minat terpendam itu ke atas kertas lusuh. Beberapa contengan "stroke " tiada nilai komersial terukir. 


Maza juga menggunakan helah contengan stroke ini untuk menghiburkan hati anak-anak yang semakin menginjak dewasa.

Minat dalam seni lukis turut dimanfaatkan ke atas seni fotografi yang maza geluti sekarang.

Sungguhpun begitu, smaza bukanlah pelukis handalan. Pernah ketika di tingkatan dua (atau tiga, tahun 1989/90) maza tidak lulus ujian lukisan. Cikgu Miszalin Lin telah menolak markah kertas ujian itu yang sedia "nyawa-nyawa ikan" gara-gara membuat bising di dalam kelas. Uhuk!

~Amacam? Ammak satu kali~

Kikiki....

7 ulasan:

  1. Ada pengkaji berkatan orang yang suka berconteng ini ligat otak memikir. Agak-agak apalah yang difikirkan oleh bro Maza? :-)

    BalasPadam
  2. Dah lama tak baca majalah Gila-gila. Memang klasik. hehe

    BalasPadam
  3. Bukan mudah nak jadi pelukis ni walaupun nampak simple je. Tapi sebenarnya susah nak dihasilkan.

    BalasPadam
  4. AA ingat lagi.ni watak Mat, budak despatch yg suka nintak boss botak dia 2 ringgit bila kene suruh wt keje

    BalasPadam
  5. Kanak-kanak dulu lukis Ujang, Lat, Gila-Gila, Gelihati kan Maza? Zaman sekarang Mangga je lah memanjang. Bukan boleh di makan lak mangga tu. Adehhh...

    BalasPadam
  6. kihkih... kalau tengok di buku nota lama aku,
    mesti ada je doodle bersepah2.. xfokus belajar kononnya

    BalasPadam
  7. antara perangai aku sekarang
    terutama bila terpaksa dengar taklimat yang sama je beberapa kali

    BalasPadam

Mengomellah Ekau Semuo Kek Sini