Halaman

Rabu, 13 November 2013

Asyura di Masjid Jamek Kampung Sri Lukut

Esok 10 Muharam 1345 . . .

Apabila tiba tarikh keramat ini segera muncul di minda maza tentang bubur Asyura. Suatu ketika dahulu di kampung maza, suasana Hari Asyura memang terasa. Masing-masing akan sibuk mengambil kesempatan untuk berpuasa dan meningkatkan amal ibadah. 

Petang Hari Asyura di Masjid Jamek Kg. Sri Lukut, Kahang Bt. 28 mulai sibuk dengan persediaan juadah berbuka puasa. Antara hidangan yang disediakan secara gotong royong ialah bubur lambuk. Usai solat Maghrib atau Isyak, ceramah ugama daripada ustaz jemputan mula berkumandang.

Masjid Maran, Pahang.


Ustaz Shafie (guru sekolah agama) bersungguh mengingatkan peristiwa dan keistimewaan Hari Asyura. Antara amalan yang disuruh kami lakukan ialah perbanyakkan sedekah; paling tidak memberikan senyuman dan salam. Kemudian mencari anak-anak yatim untuk dipeluk dan diusap-ucap kepalanya. Tindakan itu bermaksud menyampaikan rasa kasih sayang terhadap insan tersebut sebagaimana yang Rasulullah SAW pernah lakukan. Malah Nabi SAW sendiri seorang anak yatim piatu. 

Kebetulan pula ketika itu maza sudah menjadi yatim (tanpa ayah). Maka ada rakan yang mengambil kesempatan untuk mengusap-usap kepala ini. Ada yang melakukannya dengan ikhlas dan tidak kurang pula sekadar tindakan nakal.

Pada mulanya, hati maza menggerutu juga. Masakan tidak, kepala ialah lambang mahkota, maruah dan dibayar zakat fitrah. Tidak boleh sewenang-wenangannya diperlakukan begitu.

Sementelah lagi, pantang orang Melayu membiarkan orang lain mempermain-main dan memperolokan kepala kita. Pelanggaran patang larang itu boleh membawa kepada perkelahian walaupun tidak sengaja menyentuh kepala. Hahaha . . . .

Adakalanya Hari Asyura disambut dengan cukup sederhana. Setidak-tidaknya kami akan membaca tahlil dan doa selamat untuk seisi kampung serta keluarga di masjid yang sama. 

Begitulah seputar masa yang lalu. Dewasa ini maza tidak mengetahui sama ada hari Asyura disambut atau terus sepi daripada perhatian penduduk desa itu.






Nukilan lantun-lantun

6 ulasan:

  1. Masih ada yang mengadakan aktiviti pada Hari Asyura. :) Kat kelantan ni masih ada. :) Teringin nak makan bubur asyura pulak rasa.

    BalasPadam
  2. Tulah kanzzz..



    Maza terkenangkan betapa indahnya masa lalu yang itu.. hehehe

    BalasPadam
  3. bubur asyura..memang teringat kalau duduk kampung..alhamdulillah...tahun ni dapat merasa suasananya di sini walaupun kurang meriah...

    BalasPadam
  4. sebelum cuti hari tu
    ada rakan cikgu yang bawa ke sekolah
    dapat la juga merasa bubur asyura ni

    BalasPadam
  5. mmg best mkn dlm dulang ramai2 masa tu kan. kalo sambutan wat kt sekolah pagi @ sekolah petang, siap bawak dulang sendiri

    BalasPadam
  6. Hahaha..

    Memang nostalgia sungguh weii.. hahaha

    BalasPadam

Mengomellah Ekau Semuo Kek Sini