Kg. Sri Lukut - Warung Razak Kadir |
Kampung. Sri Lukut, Kahang, Johor (16.09.2013) - menikmati makanan orang kampung (soto) di warung Abang Razak yang terletak betul-betul di atas bukit bersetentang Pejabat Hutan. Manakala di sebelah sisi kiri (dari arah Kluang-Mesing) padang bola Sekolah Rendah Kebangsaan Kahang Batu 28; tempat saya dan rakan-rakan beberapa puluh tahun lalu bermain bola, bersenam dan bermasyarakat di petang hari.
Soto - makanan kegemaran penduduk desa di Johor |
Selain menyokong industri makanan kampung dan membantu perkembangan ekonomi desa, sambil menghirup secangkir teh, saya mendengar celoteh kemajuan setempat.
Bersembang kemajuan kampung |
Dalam diam-diam saya mengamati, perubahan di kampung berbeza dengan cerita-cerita kemajuan di bandar. Di sini ceritanya tidak pernah berubah. Ceritanya masih seputar kehidupan seharian di kampung. Politiknya masih berkisar tentang menoreh pokok getah, membaja, meracun, perihal cuaca, menuai sawit, kerja-kerja sawmil, buah-buahan hutan, petai, jering, kesihatan warga desa sehinggalah kepada soal sawah padi.
Ah . . . indahnya desaku
Menyelerakan. Boleh tapau tak bro Maza? :-)
BalasPadamAIS BATU KEPAL SATU!
BalasPadamSuasana santai warung desa.. Sesekali sedap makan "style" sebegini :D
BalasPadamtenang je rasa
BalasPadamni kalau duduk lama sikit, boleh terlelap ni
memori lama kembali terungkit..
BalasPadamgambar hitam putih memang sesuai..
Hahah..
BalasPadamSerious di Bangsar ini ada sebuah gerai yang menjual soto serupa macam soto di Johor
Wah idea yg menarik ni.. boleh dicuba.. hehee
BalasPadamKena cari kuncu-kuncu mereka. Barangkali di surau?
BalasPadamHehehe
Memang mengembalikan nostalgia bersama arwah ayah.. hehehe
BalasPadamHahaha....
BalasPadamBoleh berhabis duit pun sama.. hehehe
Hehehe..
BalasPadamterima kasih bro..
baru sahaja mahu berjinak-jinak dalam genre potrait yg satu ini B&W
hehehe
Hujan emas di negeri org, hujan batu di negeri sendiri.... baik makan soto di kg sri lukut kahang... :D
BalasPadamnie warung pak mail dlu ke?
BalasPadamYeap ... betul tu..
BalasPadamMat, nanti ko balik kampung boleh sokong industri IKS kampung sendiri.. hehehe
dulu2 sebelum gi sekolah agama minum ABC dulu..
BalasPadam