Halaman

Selasa, 30 Julai 2013

Sedang Membuat Percaturan

SIRI RAMADAN

 
foto: ronawarna.blogspot.com


"Tan-suan! Tan-suan! Tan-suan!"

"Ok, tahun ini kita balik raya kampung abang," kata suami penuh selamba. Tanpa perasaan!

"Aik, bukan ke tahun lepas sudah balik kampung abang? Ini tak adil!" sanggah si isteri walaupun sudah tewas mengundi tan-suan tadi.

"Ok, kita lambung dadu pulak. Kecil, besar?" saran si isteri sambil menyelongkar mencari dadu. Lengannya sudah tersingsing. 

Dalam hati suami berdendang, 'kena taat pada suami' . . . Oppss . . . ke rumah opah tok ayah style, Yeop! Yeop! Ke rumah opah tok ayah style . . .  (Sila nyanyi ikut rentak Oppa Ganam Style.)

Anak-anak berlonggok sama. Tercangguk menjadi penonton. Mereka tidak sanggup masuk campur, tidak mahu pun jadi  juri. Ini soal serius!


MORALNYA? . . .



Al kisah lantun-lantun oleh



13 ulasan:

  1. Sudahnya? ke mana? hhehe


    Moralnya...buat jadual =)

    BalasPadam
  2. Selalunya si suami akan beralah. Samada saya bini atau takut bini. :-)

    BalasPadam
  3. Moralnya, mende ni tak berlaku kepada anda semua jika kawin anak yatim piatu.. ahak ahak :D

    BalasPadam
  4. Hehe isu rumah tangga ni :)

    BalasPadam
  5. Isu sensitif ni.. Kena tangani dengan bijaksana. Boleh meletus perang dunia ke 3 kalau tak dapat kata sepakat! :D

    BalasPadam
  6. hari2 di KL, bosan juga.. hehehe

    BalasPadam
  7. juga tak berlaku pada siapa yang belum kawin

    BalasPadam

Mengomellah Ekau Semuo Kek Sini