Halaman

Rabu, 10 Julai 2013

FUCK


SIRI TAZKIRA: Tarbiah Ramadan



GAMBAR sempena Ramadan oleh ronawarna.blogspot.com
Sebarkan cinta, senyum satu kali... amak!

 F.U.C.K @ fuck


Di zaman kegelapan Eropah, atau lebih tepat lagi Inggeris, apabila seorang pemuda hendak bernikah dan "bersama" isterinya, mereka perlu mendapatkan kebenaran daripada raja atau pembesar daerah.

Setelah raja atau pembesar (yang diberikan kuasa) menilai (menjamah tubuh), gadis itu sudah diperkira wanita dan diberikan kebenaran "bersama" suaminya untuk memperoleh anak.

Pasangan tersebut akan diserahkan surat keizinan "Fornication Under Consent of the King", atau  ringkasnya ialah "F.U.C.K". Dalam kata lain lesen untuk raja atau pembesar itu berzina terlebih dahulu sebelum si gadis berkahwin secara sah dengan bakal suaminya.

Jika dirujuk kamus-kamus besar pula, singkatan F.U.C.K sudah diterima sebagai sebuah frasa; fuck, yang membawa maksud 'bersenggama', 'bersetubuh', 'berjimak' dan sebagainya secara di luar ikatan nikah. Ringkasnya bolehlah disamaertikan dengan 'selingkuh', bersetubuh di luar nikah, zina atau perbuatan jalang!

Hakikatnya, akronim fuck pada hari ini sudah berkembang dan punyai pelbagai pengertian. Terutama apabila digabungkan dengan perkataan lain, seperti "Fuck Off" bermaksud "berambus dari sini", "fuck it"; biarkan sahaja, atau abaikan sahaja, "fuck you"; engkau sial, celaka; "motherfucker", anak derhaka atau anak sial.

Abbreviasi "F.U.C.K" yang kini menjadi akronim "fuck" sebenarnya bermaksud untuk menggambarkan perasaan kekesalan, kemarahan dan dukacita yang mendalam. Dalam kata lain, penutur mahu membayangkan kondisi emosi yang "amat sangat'" meruntun jiwanya.

Di barat terutama Amerika, kosa kata fuck sudah semacam rempah perisa yang viral diguna pakai di dalam dunia perfileman, penerbitan media elektronik atau bercetak termasuklah di media massa dan media sosial baharu. Lantaran itu, frasa tersebut semakin sebati dalam kalangan masyarakat mereka. Bahkan sudah membarah lalu menular menjadi budaya popular (popular culture).

Sebahagian besar sarjana budayawan, kemasyarakatn dan kesusasteraan berpendapat bahawa budaya popular adalah budaya 'vulgar' yakni budaya kasar tahap rendahan; cetek, dangkal (superficial), yang bersifat sensationalist, komersial dan tempelan suka-ramai (glamorous). 


“I want to tell you about some of the difficulties I have with the term ‘popular’.
I have almost as many problems with ‘popular’ as I do with ‘culture’. When
you put the two terms together the difficulties can be pretty horrendous.”
Stuart Hall, ‘Notes on Deconstructing “The Popular’’ ’ (1981: 227)
Budaya popular bermaksud sesuatu yang disukai ramai, ‘inferior kind of work’, sesuatu yang sengaja dikeluarkan untuk mandapat restu dari masyarakat dan sesuatu budaya yang dibuat oleh rakyat untuk rakyat (Williams, R dalam Storey, J 1993).



Kesimpulan


Namun bagi mereka yang masih teguh berpegang kepada "budaya unggul" dengan mengutamakan soal "manusia budiman" (ladies & gentleman quality), penutur perkataan tersebut dilihat seperti tiada adab, sangat nakal, jahat, biadab, tidak reti berbahasa dan tiada berbudi perketi mulia.

Sebagai Muslim atau setidak-tidaknya manusia timur yang menjunjung adab sopan dan berbudaya tinggi; sementelah kita di bulan Ramadan, penutur kata 'fuck' itu seharusnya sedar bahawa mereka sudah merendahkan maruah diri. Mereka sebenarnya menggambarkan peribadi yang cedera; rosak dengan merendahkan martabat dan darjat sendiri. Jika tersalah hemat sudah tergolong dalam golongan "terkurang ajar" yang perlu didisplinkan.



Nukilan lantun-lantun

 

22 ulasan:

  1. sudah sebati dengan sebahagian pelajar² sekolah sekarang baik lelaki mahupun perempuan

    BalasPadam
  2. gambar tu memang cun bro!! tak baik mencarut bualn puasa ni..

    BalasPadam
  3. salam..
    wah berkumis..berserban papa sorg ni ahaks..selalu masa sekolh byk tau kt dalam tandas depa tulis perkataan tu..kami sllu maksudkan ia perkataan lucah..itu belum lagi siap tulis gambar2 kemaluan bagai..ph sungguh tak malu..btw blh tgok kt mana2 tandas awam yang terbiar..

    BalasPadam
  4. perlu ditegah dan dicegah cikgu..

    maza amat risau, perkara sebegini akan menular kepada anak2 maza..

    buruk bebenor gamaknya.. uhuk!

    BalasPadam
  5. hehehe.



    masa kecil dahulu pernah kena cili padi dengan kakak sebab mencarut.. hehehe

    BalasPadam
  6. Baru tahu asal usul perkataan "fuck" ini.

    BalasPadam
  7. sebetulnya ada beberapa versi... hehehe


    kata jiran sebelah cubical maza, F.U.C.K; lesen untuk berzina dan merogol.. oppss! huhuhu

    BalasPadam
  8. oic. begitu asalnya istilah FUCK ini. thanks for sharing, maza..

    BalasPadam
  9. Sejak kecil di timang ibu, kawe cuma tahu satu jer makna perkataan ni dan ianya yg tak sesuai di ucap itu. Dulu2 omputeh jer sebut. Skrg org melayu pon guna dah.. adehhh. Btw, hensem blogger yg beri tazkirah ni. Jemput ke masjid kawe... :D

    BalasPadam
  10. Sedih bila ramai org kita yg tak segan tak silu cakap perkataan ni...adeh


    nasib baik ade gambar bang maza segak ni...selamat berRamadan =)

    BalasPadam
  11. Pergh...memang terkejut badak waktu baca tajuk entri ni tadi.Siapakah gerangan penulisnya ??
    (Y) anda berani .

    BalasPadam
  12. Assalamualaikum... Baik berkata perkataan baik kerana setiap yang keluar dari mulut kita adalah suatu doa

    BalasPadam
  13. Oh, ada cerita disebalik akronim itu rupanya.

    BalasPadam
  14. hehehe.. entry maza yang melantun-lantun gitew.. ahaks

    BalasPadam
  15. opps.. malu I.. ahaks.. hahaha

    BalasPadam
  16. Gitewlah bang.. huhuhu


    maza ingat asal perkataan fuck itu sememangnya berasal dariapda bahasa Inggeris, rupanya perkataan singkatan ghupanya. uhuk!.. hehehe

    BalasPadam
  17. perlu dicili tu abg mail.. hehehe

    BalasPadam
  18. Ini adalah salah satu asbabul usul.. ada dua tiga versi lain juga.. hehehe

    BalasPadam
  19. begitulah yang sebenarnya
    apa yang datang dari mulut adalah menunjukkan apa yang ada dalam diri

    BalasPadam
  20. Nak cili tak leh kalau di internet.. tapi sori lah kalau sebut kalau blog kawe.. mmg kena padam punya he he.. Tapi kalau maksudnya lain mcm di atas tu ok ler.... Tapi ada pernah ker org komen di blog orang lain guna perkataan itu bagi maksud "Fornication under consent of the king"? Untuk artikel apa agaknya tu?

    BalasPadam

Mengomellah Ekau Semuo Kek Sini