Periuk nasi Nasional Foto, ronawarna.blogspot.com |
Semuanya sudah terhidang. Terasa puas memasak sendirian pada hari ini. "Tomyam makanan laut, daging masak merah dan sayur kobis goreng - ala maza", semuanya dilakukan sebaik pulang dari pejabat jam 5.00 petang tadi.
Lagi sepuluh minit azan Maghrib petanda waktu berbuka akan tiba. Maza kembali ke dapur untuk menyediakan air kopi sachet, itu sudah cukup.
Usai membancuh kopi, maza mula bergerak hendak menyenduk nasi. Di otak sudah terbayang kelazatan dan keenakan lauk pauk. Tomyam, daging masak merah, wow! Air liur mulai berkampung di hujung bibir; kecur mengalahkan anak-anak Sekolah Tadika baru pertama kali berbuka puasa! hehehe . . .
Elok tudung periuk dibuka, mata terus terpejam dan menarik nafas dalam-dalam. Mengambil berkat begitu.
Sebaik kembali membuka mata, Alamak nasi masih jelantah! Macam mana aku boleh terlupa hendak memetik suis . . . ADERKKK!!!! Maza memekik sekuat hati di dapur di dalam rumah sendirian. Di dalam hati penuh rasa mengerutu, menyesali sikap sendiri. Aduhaiiii . . .
Saat itu juga azan berkumandang! Cheh . . . haru sehhh . . . haruuu!!
Dengan langkah longlai maza kembali ke meja makan untuk berbuka puasa dengan tamar dan air suam sesudah menutup kembali periuk nasi dan menekan suis periuk karen itu.
Putus selera, patah semangat seketika. Sambil-sambil menantikan nasi masak, maza menyudu lauk yang terhidang itu sesudu dua, kemudian sesudu dua, dan sesudu dua lagi. Hampir separuh juga lauk itu maza jamah begitu sahaja. Konon asalnya mahu buat pelepas mengidam di anak tekak.
Sedap, tapi sayangnya nasi belum sedia untuk ditelan, keluh di hati.
Penyudahnya, maza menyambung "melantak" kesemua hidangan istimewa entahapatah itu setelah pulang dari solat Tarawih. Harap-harap masih mampu bersahur kelak atau kalau tidak terjaga lagi, diperkira sudah qada' sahurlah itu . . . hahaha
Adegan ini sungguh cliche dan klasik tetapi masih segar malar, maza kira. (kenyit mata satu kali)
Nota kaki: terima kasih Azira (jiran sebelah rumah) kerana menghantar mee goreng petang tadi tanpa bertukar juadah. Almaklumlah orang bujang tua ini sendirian di rumah, tak menduga ada jiran yang perihatin dan masih mahu mengamalkan sunnah Ramadan yang ini. hehehe
Nukilan lantun-lantun oleh
Macam mana boleh lupa tekan suis daput naik? Mungkin tanda-tanda penuaan kot. :-)
BalasPadamAdeh.. mcm kawe pon pernah merasainya. Ni lah pakai periuk letrik, boleh buat tak sedar. Kalau periuk api, sure kena nyalakan api dulu. So keberangkalian utk tersilap rendah sikit.
BalasPadamCait... hahaha
BalasPadamTulah kan..
BalasPadamKalau pakai dapur kayu macam tok nenek kita dulu-dulu confirm tak berlaku masalah ini. Cuma nasi jadi hangit ajelah.. hahahaa
dah nasib badan heeee... anak2 semua pose penuh ke pak maza? as salam pd isteri kt sana yer..thniah utk cahayamatamu cantik tu
BalasPadamHeheh.. setakat hari ini yang sulung bocor dua hari gara-gara demam. Anak no. 2 masih teguh memasuki hari kelapan.
BalasPadamIsteri, biasalah dalam pantang, tak volleh fuasa gehtu..
Terima kasih suri di atas ucapannya.. hehehe
;)
Dah lama tak jengok sini.. Err berdasarkan perbualan di atas tu, darling ada tambah player ker? Bila tu ehh? Tahniah ooo... Muda lagi la Maza ni...
BalasPadamHehehe.. sudah bertambah 'tukang kemas rumah' pada 04.07.2013. Maza pun belum sempat bikin entry pasal tu.. hehehe
BalasPadampsst: kata Dr. Afifah, anak kami jenis 'burger' ahak.. hehehe
Udah nasib diri tapi ok lah sebab bujang2 pun pandai buat itu ini...hehe
BalasPadameh, jiran tuuuu......
wah...tahniah bang maza!
BalasPadamtahniah! moga makin gumbira dan murah rezkinya...ameen
AMEEENNNNNN
BalasPadamHeheh.. alhamdulilah
Ahaks.. bolehlah sekadar buat melepas tembolok sendiri.. ahaks.. hehehehe
BalasPadamkena cari peneman tu bro.. hihihi.. tak baik berseorangan :P
BalasPadamalamak, tak paham pulak istilahnya ni
BalasPadamkesilapan teknikal... biasa tu
BalasPadamyg penting ada juadah lain untuk berbuka
lepas ni mesti x lupa tekan suis lagi... hehehe
Menu kita sama, tomyam tu. Tapi, nasi Kak Long masak dengan gebunya, hihihi
BalasPadamdapat anak gadis gitew .. ahaks
BalasPadamaderkkk!!!
BalasPadamAuzubilahiminas syaitanirajimmmm....
hahahah
nasib baik jiran sebelah bagi mee goreng.. hahaha
BalasPadamhahahha..
BalasPadamkak long memang hebat dan cute!
hehehe
haha
BalasPadambuat aku tergelak ni
makan lauk dan nasi berasingan pun boleh, bro
masih boleh bercampur dalam perut
haha
oouhh gitu kekdahnya
BalasPadamGitu lah cikgu.. hehehe
BalasPadammacam asam di darat, ikan di laut...
di dalam perut bertemu jua.. ahaks..
hehehe