Halaman

Khamis, 25 Julai 2013

Apa Salahnya Berkain Pelikat, Berbaju Melayu?

 SIRI RAMADAN

 

USAI BERBUKA dengan tamar & tiga jenis kuih muih di masjid, terus berwuduk dan mahu menunaikan solat Maghrib berjemaah. 


Sementara menantikan jemaah memenuhi ruang dewan solat, maza mengambil kesempatan. Takbiratulihram diangkat untuk menunaikan solat sunat qalbiah Maghrib. Elok rukuk, bilal melaungkan iqamat.

Selepas iktidal maza pun sujud untuk menyempurnakan rakaat pertama. Selang mahu sujud itu, tiba-tiba . . . PRAKKK!!! Saat itu juga bilal tamatkan iqamat.

Apa lagi, segera maza meraba bontot untuk menentukan kebesaran 'kemusnahan' itu. Aduh! Bukan sedikit, ini sudah tahap "rabak". Nyata tak dapat dibendung lagi. Mujur baju kemeja yang dipakai dari pejabat itu sudah dikeluarkan dan menutupi punggung.

Lekas maza merangkak lalu bangkit. Maza toleh ke belakang. Beberapa kanak-kanak yang bersandar di dinding dan balik pintu mengulum senyuman yang ketat. Bersungguh menelan senyum itu demi menjaga air muka.

Uhuk! HAMPEH . . . !

Terus maza pulang ke rumah sambil buat-buat muka tidak bersalah. Terkeseng-keseng cuba melindungi bahagian belakang. Serentak dengan itu jemaah turut meluru beramai-ramai  masuk ke dewan solat lalu berdiri berbaris membuat saf.

Sampai di rumah, langsung maza menggantikan seluar itu dengan kain pelikat dan berbaju Melayu. Selesai solat Maghrib di rumah, segera maza kembali ke masjid. Di sana maza terus duduk bersila tanpa sekelumit rasa bersalah; bersantap lauk berat-berat bersama jemaah sebelum waktu Isyak tiba dan solat tarawih didirikan.

Seingat maza, seluar slack ini baru berusia setahun jagung. Itu pun dibeli masa Ramadan tahun lalu. Memang hebat, seolah ia ada firasat, mohon maza menggantikan yang baharu. Huhuhu . . . macam-macam gelagat di bulan Ramadan ini, kan?!

Anakdot lantun-lantun oleh



15 ulasan:

  1. Mak saya kata kalau seluar koyak sebab bontot bertaji. :-)

    BalasPadam
  2. Mak maza pula cakap, bontot tajam; macam pisau, dan boleh kunyah!..



    Hahaha

    BalasPadam
  3. huhuhu... nak kena jahit ka, nak beli baru tu?

    BalasPadam
  4. Dua-dua pun boleh.



    Nota ajaib: Orang swasta tak ada pemberian bantuan raya . . . uhuk!

    BalasPadam
  5. Dugaan sebenarnya tu..kesian budak2 tu terpaksa menahan ketawa.. :-)

    BalasPadam
  6. biasalah bro.. yang lama perlu diganti

    BalasPadam
  7. Pakai seluar jeans Levis.. kalau boleh koyak la.. Yang pasti gerenti payah nak duduk tahyat.. :D

    BalasPadam
  8. Bahaya koyak depan orang hehehe.. Saya pernah juga terkoyak seluar, nasib baik masa tu pakai baju raihan.. Sama la terus balik rumah :)

    BalasPadam
  9. Err... muka merah padam tak?
    hahaha

    BalasPadam
  10. Assalamualaikum, salam ukhwah.....Selamat menjalani ibadah puasa dan selamat menyambut hari raya aidil fitri tak lama lagi...

    BalasPadam
  11. Bukan pasal apa tu, tapi sebab seluar zaman sekarang ni dah tak tahan seperti seluar dulu-dulu. hehehe

    BalasPadam
  12. sudah sampai ajalnya tapi boleh direpair lagi...kasi jahit tebal2...

    berkain pelikat berbaju melayu

    memang lebih kacak gitu

    BalasPadam

Mengomellah Ekau Semuo Kek Sini