Letih |
"Baik. Julai nanti akan ada kenaikan gaji. Penyelarasan gaji sudah dibuat." kata boss sambil menoleh Pengarah Sumber Manusia. Itulah kata-kata boss yang terpacul secara tiba-tiba setelah kembali daripada makan tengah hari dari pintu masuk pejabat.
"YAHOO!!! Terima kasih boss. Sayang boss! KAMI SAYANG BOSS!!!" kami mula bersorak, menyeringai lebar masing-masing macam pontianak; keriangan. Dalam hati penuh kesyukuran yang teramat.
Boss menjadi kaget lalu berkata, "Tapi itu yang saya baca dalam artikel akhbar Kakitangan Awam Dapat Satu Kenaikan Gaji Tahunan; Mac 11 2013. Kenaikan dan pelarasan gaji untuk kakitangan awam pada bulan Julai nanti. Errr . . . bila masa pulak company ini jadi Syarikat Perbadanan Awam? Wah . . . sungguh awak semua ini bertelinga lintah, ya!?"
Boss berlalu seraya melemparkan senyum kambing seluas-luasnya hingga menyenget kumis dan menampakkan gigi kapak tersebut.
"Allahhhhhh ! . . " kami automatis menjadi lesu dan kembali membuat kerja masing-masing dengan muka muram sambil bersungut kecil. Lauk makan tengah hari tadi terus jadi tawar dan hambar.
Abang Aqmalizaman dan Cik Wafa Afifah masih melangut mengenangkan nasib tentang hazab kenaikan tambang bas 30% untuk pulang berhari raya nanti. Itu belum diperkirakan Nusaibah, duit raya untuk anak-anak saudara sudah meningkat, baju kurung belum bertempah. Termasuk juga En. Fettry, bisness kuih raya tahun ini entah bagaimana potensinya.
Maza, sekadar melambung-lambung dan memutar-mutar macam gasing syiling duaplohsen keemasan yang sering kali terkeliru dengan syiling limploh sen keemaasan juga itu di atas meja ofis.
Uhuk!.. senyum duku kelat satu kali.. ammak!

InsyaAllah, bln Julai ni dpt kenaikan sbyk rm500 gitu! jgn jeles ya maza yg gebu! hehehehe
BalasPadamarggghhhhhh stresss... dengki!
BalasPadamahaks.. huhuhu
hahaha
wah! bestnya daapt kenaikan gaji... belanja la pe lagi..haha
BalasPadamboleh boleh... air suam boleh?
BalasPadamhehehehe
Memang sudah menjadi rasmi pekerja mengharap berita kenaikkan gaji dan lebih-lebih lagi bonus. :-)
BalasPadamuhuk.. abg akubiomed dah dapat bonus?
BalasPadamcandul satu?
hehehe
kenaikan gaji mmg semua suka ibarat dapat duit rm 1 juta heeee
BalasPadamuhtung org keje gomen org keje swasta biasa2 jer tangga gaji naik potogan naik apa lagi LHDN ngeeee
BalasPadamrezeki kalau dtg memag tak di jangkakan :)
BalasPadamInflasi lebih laju dari kadar kenaikan gaji! Realiti kehidupan yang pahit untuk ditelan oleh golongan pekerja..
BalasPadam