Halaman

Ahad, 12 Mei 2013

Kaulah Ratu Hatiku


Ibu mithali akan mendidik anak-anaknya agar menjadi manusia yang soleh. Berguna kepada seluruh alam.

Barangkali mulai hari ini, ibu-ibu harus mendidik anak-anak mereka dengan lebih tekun agar mereka lebih sensitif perihal moral, punyai daya tahan yang kuat dan benci kepada fitnah!

Sementelah semenjak dua menjak ini, fitnah begitu bergelora hingga tidak kenal erti malapetaka yang memecah-belahkan perpaduan ukwah yang telah terbina sejak sekian lama. Bahkan, ada yang sanggup untuk menggadaikan maruah dan negara demi sekelumit kuasa.

Sebagai makhluk yang dijadikan khalifah oleh Tuhan, sudah tentulah sifat dan akhlak berkasih sayang yang utama disuburkan. Bukannya menambah parahkan lagi polarisasi perkauman! 
Anak yang kecil itu tidak pernah mengenal erti perbezaan kulit, bahasa dan bangsa. Jika dihimpunkan di dalam sebuah kelas, mereka akan berinteraksi tanpa rasa sangsi. Namun, segalanya itu berubah, setelah 'ibu-ibu' memberi definasi kata pengenalan terhadap pandangna, nilai dan darjat terhadap sesuatu bangsa atau golongan. Semuanya di atas nama 'melindungi hak bersama sesebuah keluarga dan pembentukan bangsa.'

Perbezaan yang dilanjut-labuhkan ditambah pula dipecah-jarakkan akan menjadikan jurang pemisah antara dua bangsa dan kumpulan begitu ketara dan saling bercerapah, bercanggah; lalu merenggang dan
menolak antara satu sama lain.
Kebencian kepada sesuatu kaum hanya menjarakkan diri daripada dekat kepada rahmat Tuhan. Percayalah, Tuhan menjadikan kita bersuku-suku dan berbangsa-bangsa untuk mengenal antara satu sama lain serta mengambil manfaat diatas perbezaan itu. Bukannya saling menyemai rasa permusuhan dan 'berbunuh-bunuhan' dalam segala hal.

Bukalah pintu hati. Janganlah ditutup rapat mengunci mati. Perbezaan yang ada perlulah dirai, bukannya dijadikan benteng kepada pengukuhan perpaduan. Jauhilah api perkauman, ia tidak menguntungkan bahkan dilarang oleh Rasulullah SAW dan Tuhan.
Oleh itu, peranan ibu-ibu hari ini begitu mencabar dalam pembentukan siasah anak-anak. Ibu-ibu yang solehah mampu melahirkan anak-anak yang baik budipekerti dan utuh peribadai dalam menegakkan keadilan sejagat!


SELAMAT HARI IBU....
PRU13

8 ulasan:

  1. kucing tu nampak manja ank sy kata asal kucing tu bu?

    BalasPadam
  2. Selamat hari ibu buat semua ibu2 didunia..

    BalasPadam
  3. Rasanya tidak terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Ibu untuk wanita sahaja. :-)

    BalasPadam
  4. Kalau belum terbuka pintu hati, ada baiknya try intai2 dulu...risik tgk mcam mane...


    Jngnlah kerana peristiwa lama, pintu persaudaraan kita tutup selamanya


    ahaks..lantun2 kat sini...yeahha!

    BalasPadam
  5. selamat hari ibu kpd semua ibu di dunia ini. Ibu saya dah meninggal 11 thn lps. Semoga Ma diberkati Allah sepanjang masa. Amin...

    BalasPadam
  6. selamat hari ibu
    hidup akan bahagia bila dapat menggembira hati ibu

    BalasPadam
  7. Aish, Maza nih. Ibu kucing menyusu anak pun hendak skodeng. Tak senang duduk ibu kucing. :-)

    BalasPadam
  8. hahha.. kata guru yg itu, ini adalah hasil seni... seni skodeng!

    hahaha

    BalasPadam

Mengomellah Ekau Semuo Kek Sini