Halaman

Isnin, 15 April 2013

Lelaki baik sudah pupus


Cinta mereka bertaut sudah kian lama. Kini telah mencecah puluhan tahun. Isteri beliau seorang buta, dan beliau begitu menyantuni isterinya itu.

Sambil berpimpingan tangan duduk di bangku di sebuah warung di Bangsar untuk menikmati sarapan. Mereka bercengkerama dan bergurau mesra tanpa rasa janggal. Suaminya menikmati lontong, manakala isterinya amat menggemari nasi lemak. Sekali sekala suami menyuapkan isi lontong kepada isteri. Begitu juga dengan si isteri, walaupun tidak nampak tetap mahu menyuapkan nasi lemak kepunyaannya ke mulut suami.

"Abang, jamahlah nasi ni. Biarlah kita rasa sama-sama nikmat rezeki Tuhan. Kata orang berkongsi makanan akan bertambah berkat," isteri mengangkat sudu dan mencari di mana diamnya mulut si suami. Di hulurnya melilau ke udara tanpa ketahuan arah. Niatnya hanya satu, melayani suami. Juga sebagai menzahirkan kasih sayangnya yang setulus murni.

Si suami hanya tersenyum lalu membuka luas mulutnya. Dia cuba memuatkan sudu itu ke dalam mulut walaupun acapkali tersasar ke pipi, hidung dan dagu. Namun sedikit pun dia tidak menyalahi isterinya itu, apatah lagi bersuara garau. Dalam usaha-usaha tersebut, terburai juga tawa riang antara mereka berdua. 

Dalam diam tanpa sedari, maza cemburu dengan mereka. Tidak semena-mena hati maza direntap terkenangkan akan isteri dan anak-anak di kejauhan sana. Jauh di sudut hati terbungkas sebuah perasaan yang pejap lalu melontarkan sebuah ikrar yang membuak-buak, "mahu bahagiakan isteri dan anak-anak. Kasih sayang itu perlu memberi dan menerima".

Sedar atau tidak, ini juga menyangkal perihal kaum lelaki yang dituduh begitu sembrono; lemah dalam menyayangi seorang wanita apatah lagi yang bergelar isteri! Jangan terperanjat, ini adalah bukti wujudnya lelaki penyayang, baik budi perkerti, dan lelaki jenis ini tidak pupus di alam dunia!


nukilan ikhlas dari 

19 ulasan:

  1. Terbaik!


    Entri peringatan utk ambe menjadi suami yg super power dalam apa jua perkara.



    Terbukti, masih ramai lagi lelaku yg baik. Masalahnya, mereka ialah suami orang...hoooooh

    BalasPadam
  2. boleh dijadikan ikutan.. baiknya suami kepada isteri.. Ada hikmahnya mereka disatukan.

    BalasPadam
  3. ... bab lelaki baik sudah jadi suami orang tu, terniang-niang hebat di cuping teling...
    ahaks.. hahahaha

    BalasPadam
  4. dan hikmah itu perlu kita selami dan amalkan, tak gitu.. hehehe

    BalasPadam
  5. Huhu, pilu baca coretan ini. Mungkin belum pupus, yang baik / berkualiti tinggi, memang sukar dicari. Ada, tapi sukar ditemui.

    BalasPadam
  6. Jadi, mulai sekarang perkara sebaik ini harus dilipatgandakan usaha untuk meningkat tambahkan bilangan lelaki spesis baik tersebut.



    Memang tidak patut langsung hanya sekadar mengeluh tanpa membuat sebarang pembaikan setelah menyakini bilangan spesis baik-baik itu dianggarkan berkurangan dengan begitu drastik.



    Sebagai guru dan penulis blog yang prolifik, maza kira kita boleh membuat perubahan untuk melahirkan lebih ramai lelaki yang baik-baik.


    Cuma soalnya sekarang mampukah isteri-isteri itu melahirkan lebih ramai bayi-bayi? Atau sangguhkah mereka sama-sama berkorban untuk membenarkan suami mereka 'menambah cawangan' demi melahir dan menambahkan bayi lelaki yang baik-baik ini? hmm...?!

    BalasPadam
  7. Mana ada pupus.. Ramai lagi ni cuma biasanya yang baik-baik ni jodohnya cepat tiba! :D haha

    BalasPadam
  8. Romantisnya pasangan ini seperti baru sahaja berkahwin. :-)

    BalasPadam
  9. Wow, besar sungguh "pengorbanan" isteri-isteri berkorban memberi kebenaran. Hehe.

    BalasPadam
  10. Makcik - "Senyum sampai ke telinga .... >_< "

    BalasPadam
  11. Kisah benar ke ni bro? Terbaik la... Serius susah nak jumpa pasangan, atau lelaki macam ni sekarang ni.

    BalasPadam
  12. Yea begitulah kisahnya..
    kebetulan maza duduk di sebelah bangku sana.. dan mengambil gambar curi gitew.. hehehe

    BalasPadam
  13. ouch.. terkonang zaman dahulukala lah tu.. hehehe

    BalasPadam
  14. Ini maza setuju.. hahaha


    lelaki spesis ini errr sebagai contoh kita-kita ini ... cepat sampai jodohnya, barang panas gitew.. hahaha


    opssss.....

    BalasPadam
  15. memang romantik bro..

    naik bulu roma deh.. hahaha

    BalasPadam
  16. Wow...seakan drama tv...sungguh respeklah kepada mereka

    BalasPadam
  17. Macam lari ke lain sikit ni...hahahaha

    BalasPadam
  18. perlu difikirkan secara mendalamkah?



    ammmak

    BalasPadam
  19. aww...so sweet ... hehe.. saya laa pemuda tu ..kekeke

    BalasPadam

Mengomellah Ekau Semuo Kek Sini