Halaman

Isnin, 8 April 2013

Jangan Mengkritik Dunia Sastera

Percaya atau tidak, ada pakar sastera sendiri menjauhkan khalayak manusia yang berasal dari dunia lain untuk mengkaji, mengenali dan mendalami dunia sastera itu sendiri.

Mereka yang di luar dari ilmuan sastera 'dinasihatkan' jangan mendalami, mengkaji, mengkritik dan menulis tentang sastera. Sastera itu terlalu syumul untuk dinilai oleh orang-orang yang bukan dilahirkan dalam kalangan sastera. Sastera melibatkan golongan mereka yang beremosi terlalu halus!

KOMENTAR

Cuma maza terasa pelik, sastera itu untuk nilaian siapa? Siapa yg harus menilai sastera? Apa gunanya sastera? Audien sastera itu siapa? Adakah untuk kalangan dunia mereka sahaja lalu menafikan khalayak lain berkecimpung, mengambil bahagian dan memahami dunianya?! 
Jadi, kalau rupanya begitu, maka tidak hairanlah sastera-sastera Melayu menjadi Koran Buruk yang tersadai di rak-rak buku. Akhirnya nilai-nilai dalam sastera itu tidak dapat diterapkan dan dibudayakan oleh masyarakat dan diperkira sebagai perbuatan MEMBAZIR! - Perbuatan syok sendiri di dalam dunianya sendiri! Selepas itu jangan hendak terngadah-ngadah, mengadu domba perihal masyarakat tidak tahu menilai ketinggian 'kesusasteraan Melayu'!

KESIMPULAN

Jika anda seorang guru atau pengamal sastera - usah mendabik dada . . . seharusnya anda mendekatkan manusia-manusia itu ke dalam dunia anda agar mereka mampu memahami nilai-nilai yang anda ingin ketengah dan terapkan kepada mereka. Jika mereka itu buta dengan dunia anda, maka celik hurufkanlah mereka dengan penerangan yang sehalus madah yang anda nuilkan di balik buku-buku kesusateraan itu. Terangkan pada mereka. Suluhlah kegelapan mereka.

Bukalah pintu-pintu anda agar mereka dari dunia lain boleh mengkaji, mendalami dan memahami dari sudut kesarjanaan dunia mereka pula (bukankah khayalak anda seharusnya masyarakat keseluruhannya?!) ATAU anda sebenarnya seorang pengecut untuk dikritik tetapi amat suka mengkritik melalui dunia emosi anda yang paling dalam dan halus itu?!

Oh! Hal ini juga terpakai kepada pak-pak Ustaz di luar sana sama.


(Kasik Penghangat Satu Kali! - ammmak!)

19 ulasan:

  1. Sudah lama tidak baca bahan bacaan saster. Asyik dengan ayat-ayat metafora dan bombastik. :-)

    BalasPadam
  2. sebenarnya makud sastera itu lebih luas daripada penggunaan ayat2 metafora, bombastik dan lastik! (hehehe)

    Seharusnya sastera dilihat bukan sahaja dari sudut seni bahasa, retorik dan perakam tabiat masyarakat.. tetapi perlu juga dilihat sebagai nilai budaya. Untuk itu harus memikirkan maksud dan nilai yang dinukilkan itu dapat dimengertikan masyarakat lalu dijadikan pedoman atau amalan harian.. bukannya sekadar mencipta bahan sastera pada kadar rakaman seni2 meng'hairank'an atau seni emosi syok sendiri! Jika perihal ini berlaku, maka tidak hairan hasil2 karya "SASTERA" itu tidak dapat dipasarkan dan tersadai di bidai penggelek mesin 'dadu sampah' ..

    ahaks.. ke lautan dalam sudah... heheheh

    BalasPadam
  3. Bagi saya naskah sastera penting kerana ia merakam sejarah peradaban. Kalau membaca kita dapat mengambar suasana walaupun ia berlaku bertahun lamanya. Itulah keunikkan gambaran tanpa video tetapi imaginasi.

    BalasPadam
  4. begitulah sepatutnya..

    tetapi jangan tak percaya, ada pemain2 dan penghidup sastera kita yg tidak boleh disentuh dan dikritik.. dituduhnya kita kembali bahawa tidak celik sastera dan budaya lalu jangan ikut sama masuk campur! Dalam hal ini, mereka mahu diri mereka sahaja mengkritik, orang luar hanya duduk diam2 mendengar sahaja.. Ini bagaikan tindakan pembelajaran pasif dan bukan aktif yg memerlukan komunikasi dua hala...



    agak2nya boleh maju ke dunia sastera kita kalau ada sikap ahli akademik seperti ini?!

    BalasPadam
  5. Masalah terlebih pandai. Lebih baik menikmati seni sastera ia sungguh indah mengasyik.

    BalasPadam
  6. Kaedah syok sendri sudah tidak terpakai lagi dalam dunia aktif sekarang. Kita bukannya menidakkan keupayaan pensastera, cuma ingin mendekati sastera =)

    BalasPadam
  7. Terbaik bang maza!


    Ambe bukanlah pelajar sastera, jauh sekali mendalami ilmu kesusateraan. Namun keindahan sastera sikit sebanyak menarik minat utk membaca ilmu2 dan keindahan sastera Melayu yg tak terbatas.


    Terima kasih bang maza. contoh2 ini juga terpakai buat pak2 kat agensi sukan =)

    BalasPadam
  8. salam..suka sastera walupun tak pandai sgt dlm penggunaanya tpi klu di martabatkan mesti seni hakus utk tafsir.. baik sajak puisi, semua bergadigan satu sama lain.kata org tanpa bahasa yg indah mana mugkin benda dpt di lahrkan pd hati sndri.

    BalasPadam
  9. macam2 org macam2 ragam cuba fkir org bersastera tu depa pun ada hak gak utk berkarya.

    BalasPadam
  10. Sebenarnya, saya bimbang sastera Melayu akan jadi terlalu eksklusif..

    BalasPadam
  11. wakaka...



    sudah dipanjangkan ke dunia sukan pula.. hehehe


    terbaiklah abg hafiz!

    BalasPadam
  12. pergh hebatlah abang maza tulis sastera.. hehe

    BalasPadam
  13. pulak.. wakakaka


    haku bukan sasterawan negara
    aku bukan pujangga.. hehehe
    (bait sebuah lagu)

    BalasPadam
  14. sy belajar english literature masa buat TESL kat UM dulu. Sastera Melayu sy x pandai nak mengomen n menilai..sorry..

    BalasPadam
  15. Assalam,
    Bab sastera ni kak tie lemah. Jadi tak berani nak komen apa-apa. Tapi, dalam apa2 bidang sekali pun, haruslah mempunyai hubungan baik dengan masyarakat.

    BalasPadam
  16. Saya memang takut dikritik. Nasihatkan saya. Jangan kritik saya. Hehe.

    BalasPadam

Mengomellah Ekau Semuo Kek Sini