Halaman

Jumaat, 1 Mac 2013

Lahat Datu : 2 Askar Malaysia Terkorban!

01.03.2013 - Konflik pencerobahan kerabat Sultan Sulu di Kg. Tandau, Lahat Datu, Sabah mencapai kemuncaknya. Gerakan mengempur telah dilakukan oleh pasukan keselamatan Malaysia.

Operasi gempur tersebut bermula pagi tadi lebih kurang jam 10.00 pagi. Kedengaran bunyi tembakan dan letupan kuat di sana. Mengikut sumber kawan-kawan maza yang tinggal di Sabah, arahan mengosongkan bandar Lahat Datu telah dikeluarkan. Sekarang ini perintah berkurang dijalankan. Mereka yang berhampiran lokasi kepungan tersebut di arah berpindah dan tinggal jauh dari kawasan merah itu.

Setakat jam ini dari sumber Filipina mengatakan sekurang-kurangnya 10 orang pengikut Sultan Sulu itu terbunuh dan 4 orang cedera. (sumber berita: ABN NEWS)

Gambar: Insp. Zulkifli, Pasukan VAT 69

Manakala 2 orang anggota keselamtan Malaysia terbunuh akibat letupan motar. Mereka daripada VAT 69 iaitu Pasukan Komando Polis dan 3 lagi cedera.  

Mereka yang terkorban ialah Insp Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabaruddin. Semoga roh pejuang-pejuang negara dirahmati Allah!

LAHAD DATU bumimu disimbahi darah!...
Mereka terkorban kerana NEGARA...
Mereka sebenarnyalah negarawan...


Al Fatihah . . .

Laporan lantun-lantun oleh





3 ulasan:

  1. Jumlah terkorban anggota keselamatan negara meningkat menjadi 3 orang.

    BalasPadam
  2. salam takziah kepada keluarga mangsa...semoga keluarga akan terus tabah.. Dan juga semoga roh mereka ditempatkan dikalangan orang yang beriman...amin~

    BalasPadam
  3. salam takziah kepada keluarga mereka
    sedih
    bukan begini yang kita harapkan kesudahannya

    BalasPadam

Mengomellah Ekau Semuo Kek Sini