"Siapa sembahyang lima waktu?" kata Cikgu Yunus dan Syafiee.
Agak ramai juga yang mengangkat tangan.
"Bagus" kata cikgu itu lagi.
"Siapa sembahyang dua waktu dan tak sembahyang tiga waktu, angkat tangan," periksa cikgu.
Menjadi suatu kepelikkan apabila tiga suku daripada kelas Darjah 1, Sekolah Agama Kahang yang mengaku. Padahal semuanya maklum, barang siapa yang mengaku akan dikenakan rotan, satu waktu tinggal solat akan dapat habuan rotan di tangan atau kaki sebanyak itu juga.
"Siapa yang keluar rumah tak menutup aurat? Siapa pakai seluar pendek atau tak bertudung, angkat tangan," cikgu lihat berkeliling.
"Semua yang tak menutup aurat datang ke hadapan," tambah cikgu lagi.
Ramai juga kawan-kawan yang bangun, termasuklah maza sendiri, pergi ke hadapan papan hitam itu. Sebelum hukuman dilaksanakan, sekali lagi cikgu memeriksa kesalahan kami.
"Apa salah awak? Di mana awak lakukan kesalahan?"
Kini tibalah giliran maza pula.
"Saya pakai seluar pendek kat sekeliling rumah aje cikgu."
"Oh! Kalau begitu, cikgu maafkan. Lain kali kalau keluar berkeliling rumah sekali pun, kita kena tutup aurat. Sebab mungkin ada mata-mata yang memandang ke arah kita dan ketika itu kita tidak tutup aurat. Jadi kita akan sama berdosa."
Pelik bukan? Betapa pulusnya kami ketika itu. Kalau tidak mengaku, tentunya akan selamat. Bukannya cikgu tahu pun. Namun kami tetap memilih untuk mengaku.
Maza tersenyum riang setelah terselamat daripada dirotan. Maza berlalu dengan bersahaja ke tempat duduk. Di wajah menguntum senyuman lega.
Belum pun sempat punggung mencecah tempat duduk, tiba-tiba melayang sebuah suara dari belakang. Seorang murid perempuan berkod nama SUE mengadu pula.
"Semalam saya nampak maza mandi telanj **g cikgu. Dia mandi kat ban, kat taliair depan rumah dia."
Pulak! Kena mengadap saat getir lagi nampaknya ni, kata hati maza.
Naik copot jantung maza. Berderau darah. Apa yang menjadi kemusykilan ialah bila masa pula si dia mengendap maza?
Soalan kedua, macam mana si dia boleh tahu maza mandi sedemikian rupa, sedangkan saban masa maza berendam di dalam air, sehingga bebola mata bertukar menjadi merah? Kalau mandi bog** sekali pun, tentu tidak juga kelihatan disebabkan taliair itu sudah keruh, seumpama secangkir teh susu pekat di kedai Markonah atau Warung Banun!
Ban atau taliair, tempat alternatif yang lazim maza bersuci selain telaga di dalam rumah |
"Maza, kenapa awak tak mengaku tadi?" maza pun bangun dan terkeseng-keseng pergi ke hadapan sana.
"Siapa yang tak mengaku dan berbohong, cikgu akan tambahkan denda. Rotan di kaki, dua kali," biasanya hanya rotan di tangan sahaja. Kali ini selain di tangan, tambahan hukuman itu menambahkan lagi keperitan hidup!
"Tapi cikgu . . . tapi cikgu . . . mana ada? Saya cuma berkubang dengan adik saya sahaja semalam" cuba berdalih.
"Zaappp . . . zaappp . . . zaappp . . ." kena rotan juga akhirnya. Bukan setakat tambahan dua kali, tetapi hentamannya dipertingkat dan diperkuatkan sebanyak tiga kali.
Kali ini bukan disebabkan tuduhan mandi berbog**, tetapi tuduhan yang lain. Katanya tuduhan kedua itu lagi berat kerana boleh meragut nyawa. Nyawa hidupan marin dan diri sendiri selain menyusahkan orang kampung hendak mandi disebabkan air berkeladak yang menghilir ke muara sana.
Aderkkk....
Pelik bukan? Betapa mulus dan lurusnya kita pada zaman dahulu. Hari ini maza tidak tahu pula kelakuan kengkawan bagaimana, tetapi maza rasa, maza memang selalu lurus . . . ahaks . . .
(Kesemua gambar menggunakan teknik HDR, 4 EV stop . . .)
(Kesemua gambar menggunakan teknik HDR, 4 EV stop . . .)
Hehehehe
Sebuah nukilan lantun-lantun
oooo mandi berbog** rupanya
BalasPadamjangan la pulak ikan2 lari naik ke darat oleh terkejut
lalala...
hahaha....
BalasPadammasa lahir dari perut mak pun tak pakai2 apa2 cikgu.. hehehe
Hmmm.. mcm pernah tengok sungai tu... Ingat kerbau je lepak sana he he.. (jangan mare ehhh)... Btw, zaman dulu-dulu, ringan betul tangan cikgu smash kat body kita yer Maza??? Nak balik ngadu pon tak leh. Zaman ni, kena jentik sikit pun, ada yg buat police report.. No wonder la ... dulu lain sekarang lain...
BalasPadamwah anak murid yang baik tu
BalasPadambaik sangatlah tu kan... lantun-lantun selalu gitew.. ahaks..
BalasPadamhahahahaha
haha. kalau ngadu kena rembat dgn cikgu, balik rumah hukaman ditambah oleh mak ayah weii.
BalasPadamhahahha
Ternyata anak murid zaman dulu dan sekarang terlampau jauh bezanya =)
BalasPadamhahaha...jadi, senyap2 sudahlah..kalau ada member yg pecah lubang..mmg siaplah kena sedas dua lagi
BalasPadamkeh3....kerbaupun mungkin terkejut...hehe
BalasPadamjgn marah aaaaa =)
yeap.. antaranya, anak murid dulu2 keding2 (tak cukup makan)
BalasPadamanak skrg, nah kau, besaq
mujur kat kampung tu tak ada kerbau.. hahaha
BalasPadamhee dulu masa anak2 kecil mmg pelurus orgnya kami kena gak rotan masa tu balik dr kubur ,kubur dekat dg sekolah hee tp camner nak jalan cpt sb jark kubur dg sekolh tak jauh maslah hari tu jumaat mmg ramai pelajar biasa ke kubur ..
BalasPadamrotan kena juga tpi sbg ubt utk perigatan utk tepati masa huhu,,
BalasPadamikut baka ar bro tua da badan besar..sedang2 tinggi2 heee
BalasPadamwow, bagosnya cikgu tanya pasal solat dan aurat, zaman saya sekolah tak ada cikgu pun tanya apatah lagi Ustazah atau mungkin saya tak ingat. Cuma saya pernah ingat di mana saya kena rotan sebab hafal Al-Quran , surat apa, saya tak ingat dan lagi satu kena rotan sebab tak pandai cakap bahasa inggeris..hehe. kena rotan dengan cikgu keturunan India pula..kenangan semua tu. Sekarang dah tak ada rotan da kat sekolah...
BalasPadamhahaha.. agaknya memang fitrah anak2 kecil tak betah berbohong gitew.. hehehe
BalasPadamsekurang2nya pernah merasa perit jerihnya.. hehehe
BalasPadamkisah silam yang sukar di lupakan.. kadang2 tersenyum sendiri bila teringat..
BalasPadamSalam ziarah :)
BalasPadamTumpang lalu boleh....? Cantik gambar tu.. :D
wassalam...
BalasPadambukan setakat boleh lalu, nak melekat sama pun tak apa.. ahaks..
pasal gambar tu.. hehehe,... saya budak baru belajar gitew.. ;)
Salam Maza... neeza ni.. ingat lagi tak? heheheee... :P :P Memang pedih kena rotan kan.. tapi pedih lagi kena seksa kat neraka... *wink* *wink* Jadi, biar lah kita kena rotan dari kena azab neraka.. tak gitu maza? ;)
BalasPadamcek kenai lagi kat neeza.. cuma la ni Cik Neeza baru muncul setelah 18 tahun menghilang.. huhuhu
BalasPadamHaha.. Saya hanya mampu ketawa membacanya.
BalasPadamharap tidak mengencis.. (bhs Jawa, terpercik air liur).. huhuhu
BalasPadamhahaha...
BalasPadampemikiran kreatif katanya,.. hahahaha
Hukuman rotan akan diingati seumur hidup sebagai pengajaran.
BalasPadambudak2 zaman sekarang ni ramai yang dah cerdik berdolak dalih, sepatah kita cakap berpuluh dia jawab... cabaran la kepada yang bergelar guru...
BalasPadamp/s: hanif pun cikgu juga
hahaha...
BalasPadamdah diperkira keperluan biologi berdolak dalih ni... menyalamatkan situasi kaedahnya.. hahaha