Bajak di tepi sawah di waktu senja. |
Nama asal Kampung Sri Lukut, Kahang, Johor ialah Kampung Melayu Kahang Batu 28 atau Kampung Kahang Bt 28. Kampung ini dipercayai telah wujud
dalam peta Malaysia sebelum Perang Dunia Kedua lagi. Pada asalnya perkampungan ini dihuni oleh orang-orang asli yang tinggal di tebing sungai Kahang dan dalam hutan Endau Rompin.
Kampung ini terletak di Jalan Mersing dan di tengah-tengah perjalanan antara Kluang dan Mersing. Jarak Kampung Sri Lukut dengan bandar Kluang ialah 45 km atau 28 batu.
Sejarah asal usul nama Kahang
Versi pertama
Menurut cerita orang-orang tua di kampung ini, nama “Kahang” diambil sempena nama seorang peniaga berbangsa Cina iaitu Ah Hang.
Ketika itu, beliau sering bertandang ke kawasan kampung untuk membeli
rotan, damar dan pelbagai hasil hutan daripada penduduk kampung. Akhirnya melalui masa, perubahan sebutan berlaku lalu sebutan Ah Hang menjadi Kahang.
Versi Kedua
Juga berkenaan seorang Cina yang bernama Ah Hang. Kali ini beliau bukan dikenali sebagai peniaga rotan, damar atau pencari hasil-hasil hutan.
Manusia Ah Hang yang dimaksudkan itu seorang pengusaha atau penembang kayu balak. Ketika itu kawasan Kahang dipenuhi hutan belantara dan dihuni oleh binatang-binatang buas.
Nama Ah Hang akhirnya meniti di mulut lalu kawasan penerokaan hutan itu dikenali sebagai Kahang.
Versi Ketiga
Nama Kahang diperoleh daripada aktiviti penanaman dan pembukaan ladang lada hitam. Penduduk asal di kampung Melayu itu telah membuka ladang lada hitam dan menjualnya melalui jalan-jalan sungai yang menghubungkan Kluang, Endau, Rompin, Mersing, Kota Tinggi dan Johor.
Lada hitam dalam bahasa Banjar dipanggil SAHANG. Ketika itu lada hitam mendapat permintaan tinggi, maka urusan perniagaan dan perdagangan rancak dijalankan. Begitu juga dengan penerokaan tanah dan kemasukan pendatang-pendatang baru turut tumbuh dengan hebat. Antara yang terlibat di dalam urusan penerokaan dan perdagangan di kawasan ini ialah orang-orang Melayu, Banjar dan Jawa.
Akhirnya Sahang yang dirujuk tempat atau kebun lada hitam berubah bunyi sebutan lalu menjadi Kahang.
Versi ketiga ini maza dengar sendiri daripada penduduk asal kampung antaranya ialah arwah Atuk Sidin dan Kak Galoh. Maza kira, asal usul nama Kahang dalam versi ketiga ini lebih menyakinkan.
Tali air atau ban yang merentangi di tengah-tengah sawah, Sistem pengairan ini berguna untuk mengawal banjir. |
Datuk dan arwah ayah maza merupakan antara peneroka awal Kampung Melayu Kahang Bt. 28. Mereka meneroka dengan menggunakan kapak dan beliung.
Dahulu, kampung ini berjiranan dengan perkampungan orang asli. Menurut kata emak maza, orang-orang asli berkawan rapat dengan arwah ayah dan selalu singgah ke rumah untuk memberi atau menukarkan barang.
Biasanya orang-orang asli itu berkehendakan sirih dan pinang yang kami tanam di halaman rumah. Sebagai pertukaran, orang-orang asli ini memberikan kami buah-buahan kayu hutan seperti petai, jering dan adakalanya binatang buruan yang masih hidup seperti napuh, kijang, rusa, landak dan ayam hutan.
Dahulu, kampung ini berjiranan dengan perkampungan orang asli. Menurut kata emak maza, orang-orang asli berkawan rapat dengan arwah ayah dan selalu singgah ke rumah untuk memberi atau menukarkan barang.
Biasanya orang-orang asli itu berkehendakan sirih dan pinang yang kami tanam di halaman rumah. Sebagai pertukaran, orang-orang asli ini memberikan kami buah-buahan kayu hutan seperti petai, jering dan adakalanya binatang buruan yang masih hidup seperti napuh, kijang, rusa, landak dan ayam hutan.
Traktor tersadai setelah membersihkan tapak semaian di tanah sawah Kg. Sri Lukut, Kahang. |
Disebabkan pembinaan empangan (pintu air) Sungai Madek, orang-orang asli itu dipindahkan ke beberapa kampung lain seperti di Kampung Orang Asli Peroh, Kampung Orang Asli Batu 26, Kampung Orang Asli Sedehok, Kampung Orang Asli Air Pasir, Kampung Orang Asli Sri Kenangan, Kampung Orang Asli Tanah Abang, Kampung Orang Asli Punjut, Kampung Orang Asli Pengkalan Tereh.
Kebanyakan orang asli di sini dari suku kaum Penan dan Jakun.
Kebanyakan orang asli di sini dari suku kaum Penan dan Jakun.
Sebetulnya, sawah padi sudah ada lama di Kampung Melayu Kahang Bt. 28 iaitu sebelum zaman pemerintahan tentera Jepun lagi. Sawah diusahakan secara 'tanaman sara diri' (makan sendiri). Taliair dibina dengan cangkul dan bersaiz kecil. Sehinggalah kerajaan membuat keputusan hendak menjadikan kawasan kampung kami sebagai pusat penanaman padi utama di Johor. Ia dirancang sedemikian rupa untuk dijadikan lapangan makanan negeri. Cadangan awal itu mahu menjadikan kawasan sawah Kahang bersambungan dengan kawasan tanaman padi di Mersing dan Endau. Namun disebabkan keadaan muka bumi yang tidak begitu sesuai, racangan itu terbantut hinggalah sekarang.
Dengan adanya rancangan penanman padi secara besar-besaran itu, kerajaan mula membawa orang-orang Kedah untuk menyertai Rancangan Pinggiran dan Penanaman Padi di Kahang. Tujuannya ialah untuk mengusahakan tanah sawah Kahang serta menjadi petani contoh kepada penduduk tempatan yang masih menggunakan kaedah penanaman padi secara tradisi.
Tali air atau ban yang arwah ayah, datuk maza serta penduduk kampung menggali dan mencangkul untuk membinanya |
Oleh itu, penduduk asal Kampung Kahang Batu 28 terdiri daripada masyarakat majmuk. Selain orang-orang Melayu Kahang yang menjadi penduduk awal di situ, penduduk-penduduk Kahang juga terdiri daripada mereka yang berasal dari daerah-daerah lain di negeri Johor seperti Muar, Mersing, Endau, Pontian. Tidak kurang juga ada yang berasal dari luar negeri Johor seperti
Kedah, Perlis dan Pulau
Pinang.
Dahulu, berdekatan Kampung Kahang Batu 28 terdapat sebuah pengkalan pelabuhan dan pendaratan sungai. Berdekatan pengkalan tersebut berdiri penempatan orang-orang Cina yang berniaga dan meneroka tanah pertanian seperti lada hitam, pembalakan dan rempah ratus.
Orang-orang Cina ini dibawa masuk ke sini melalui program 'Sistem Kancu' yang diamalkan oleh Bapa Pemodenan Johor, Maharaja Abu Bakar. Kawasan yang dimaksudkan itu ialah di pinggir sungai Kahang Batu 26. Jadi, tidak hairanlah apabila kita boleh bertemu dengan jirat Cina di tengah-tengah perkampungan Melayu di Kampung Kahang Bt 28 itu.
Sekarang perkampungan di pinggir sungai Batu 26 itu telah dipindahkan. Perkampungan Cina itu dipindahkan ke Kampung Baru Kahang Bt.22 pada zaman darurat pengganas Komunis. Hari ini perkampungan Cina itu telah menjadi sebuah pekan.
Pertukaran Nama
Pertukaran nama Kampung Kahang Batu 28 kepada
nama Kampung Sri Lukut berlaku ketika Yang Amat Mulia Tengku Ibrahim
Ismail Tengku Mahkota Johor datang mencemar duli ke kampung ini pada tahun 1986/87.
Jalan Pulang: Pemandangan yang lumrah di waktu petang berlatar belakangkan rumah penduduk kampung dan Surau An Nur, Jalan Temiggol, Kg Sri Lukut |
Ketika
itu, penduduk kampung memohon perkenan daripada Y.A.M. Tengku Mahkota Johor
supaya nama kampung ditukar kepada Kampung Sri Lukut berdasarkan
peristiwa D.Y.M.M Almarhum Sultan Ibrahim berburu badak sumbu di kampung tersebut.
Pada
waktu itu, Almarhum telah membuat kota sementara untuk bermalam di
hulu Sungai Lukut yang terletak berhampiran kampung, iaitu KM 45 Jalan
Mersing untuk mengesan perjalanan badak sumbu.
Bagi mengenang peristiwa tersebut, penduduk
memohon agar permohonan mereka diperkenankan. Maka pada tahun 1987,
Kerajaan Negeri Johor telah menukar nama Kampung Kahang Batu 28 kepada
Kampung Sri Lukut. Nama ini kekal hingga sekarang.
Lantun-lantun menyingkap asal usul
Ooooo begitu ceritanya.
BalasPadamOrang tempatan perlu tahu sejarah dan mendokumentasikannya. Dengan cara ini lebih mudah untuk kisah itu dipelihara.
selalu lalu merntasi kampung nie bila balik mersing
BalasPadambaru tau asal Kahang.. selalunya degar dari kawan jerk...
BalasPadamBangga kau brother arwah adalah yg terawal menjadi
peladang felda Kahang...
macam tak pernah sampai jer dekat kahang ni
BalasPadamBest belajar sejarah tempat2 camni..terima kasih cikgu maza =)
BalasPadamAmbe pun rase macam teori ketiga lebih boleh diterima..hihi
Usaha bang maza ni jugak boleh kira dokumentasi online...terbaik!
BalasPadamKalau tak silap si Ah Hang tu keturunan Hang Li Po kan? :D Wah! Sejarah disingkap nampaknya. Betul2 bersemangat. Kawe sampai sekarang tak tahu kenapa nama kampung kawe tu Parit Tiram he he :wink:. Btw, gambo pertama tu cantiklah. Sayang tak de flash dari side utk terangkan traktor tu dan jadikannya sebagai sebagai fokal point. Sttill hasil yg baik. Well, done... (Pssttt.. pendapat 5 sen je ni)..
BalasPadampemandangan yang menarik. nice bro :) sejarah nama pun menarik ceritanya.
BalasPadamkisah sejarah yang sangat perlu dibuat catatan
BalasPadamtahniah dan terima kasih kepada bro maza
gambar juga sangat2 cantik
wahduh ini sejarah kah heeee
BalasPadamingat tekak rasa berkahang sb kurang minum air itu... rasa sllu guna ayat 'kahang' bunyi begitu deh
BalasPadammasih ingat lagi org2 lama akan sejarah kg ..suri ingt gak sejarah kg suri hee
BalasPadamKawe ni pon bukan pandai mana. Mengomen jer lebih..sendiri punya hasil pon tahap level satu :D Cuma biasanya objek utama kita ialah objek yg terdekat. Mesti highlight kan dia punya beauty. Background tu kalau menarik mcm gambo ni, cuma adjust aperture jer which Maza pun lebih hebat dari kawe. Satu lagi, kawe tak ingat apa term yg photographer selalu guna tetapi gambo tu tak boleh nampak mcm mau jatuh atau terbaring. So, ambil perhatian gak kedudukan kita masa ambil gambo. Then again, bab ini pun Maza pun tahu dan mungkin ada gambo yg better alignment nya cuma hasil keseluruhan tidak memuaskan hati Maza, i think. Apa-apa pun ia msh hasil yang menarik. well done!
BalasPadamthank you abg mail. hehehe
BalasPadamEgt sp td kan...tq sbb bg singgah kat blog nie..anyway nice bangat about kg kite kan..
BalasPadamMacam tulah. Kalau kita tidak menghargai kampung maka siapa lagi.
BalasPadamHehehe....
saya pon rasa macam versi ke 3 yang lebih tepat, btw, saya orang kluang juga... tapi dekat2 dengan bandar kluang
BalasPadamNe dia kahang maiiiii
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamTq sngt mmnbtu untuk kerja kursus sejrah pt3
BalasPadamDlm sijil lahir saya ada nama kmpung btu 28 ni,harap2 dpat sampai kT kmpung ni suatu hari nanti, INSHAALLAH
BalasPadamInsyallah. Pulanglah ke kampung kelahiran mu. Jejak kaki ke sini...
Padam☺☺☺
Kahang
BalasPadam