Halaman

Selasa, 15 Januari 2013

Listen, Listen, Listen, When I talk you listen!

Alkisah Presiden Suara Wanita 1 Malaysia, Sharifah Zohra Jabeen menyantuni Cik Bavani di sebuah forum awam Universiti Utara Malaysia (UUM).

Sharifah Zohra Jabeen telah dilebelkan oleh kebanyakan orang di Youtube, Facebook, twitter, blog dan Media baru lainnya sebagai seorang yang tidak profesional dan tidak selayaknya seorang Presiden berkelakuan sedemikian rupa.

Sebuah akaun Facebook telah dibentukkan menuntut Puan Sharifah Zohra Jabeen meminta maaf kepada Cik Bavani di hadapan masyarakat umum: We-want-Sharifah-Zohra-Jabeen-make-a-public-apology-to-Miss-Bavani/

Begitu juga dengan surat terbuka kepada Presiden SW1M: surat-terbuka-kepada-sharifah-zohra-jabeen-syed-shah-miskin

Sharifah juga didakwa telah 'memperodohkan' golongan mahasiswa. Malangnya ada segelintir mahasiswa sendiri yang setuju dengan bertepuk tangan menyokong tindakan Sharifah 'memperbodoh' dan 'memperlecehkan' pendapat mahasiswa yang diwakili oleh Cik Bavani.



Tindakan kurang bijak Sharifah dalam menghadapi soalan dan hujah-hujah Cik Bavani amat dikesali. Terutama tindakan beliau mencelah dan 'merampas' microfon daripada Cik Bavani.

Sharifah telah mengganggu hujah-hujah bernas Cik Bavani dengan berkata; "Listen. Listen. Listen. Listen. Listen. Listen. Listen. When I talk you listen!" Kemudiannya beliau mengambil microfon sedangkan Cik Bavani belum habis berhujah lalu menjadikan hujahnya tergantung.

Penyudahnya, soalan-soalan Cik Bavani itu pun tidak dijawab, malah menghina Cik Bavani dengan memberikan imbalan "Haiwan" dan "Ikan Jerung bermasalah"

"Listen, listen, listen, listen, listen... I will answer your questions but animals have problems too. Kucing, anjing, lembu, kambing, ikan, burung, ikan jerung jaws semua pun ada masalah tau?"

Selain tindakan tersebut, Sharifah juga berkata:

"Dan jangan samakan negara Malaysia dengan negara lain. Kalau nak samakan dengan negara lain, what are you doing in Malaysia? Go to Cuba, go to Argentina, go to Libya... because all the students in this hall are happy with whatever the government does for them! (disambut tepuk tangan yang meriah daripada penonton)"

Psst.. Cik Sharifah, kalau itulah hujahnya, maka sebagai contoh kenaikan harga (opps silap, pelarasan harga) minyak, toll, cukai automobil dan sistem AES jangan samakan dan diambil contoh dengan membandingkan dari negara-negara asing lain . . . and What are you doing in Malaysia?

(wakakaka.. lawak betullah.. hehehe)

Tindakan biadap tersebut mendapat kecaman hebat hingga di Facebook, Twitter dan blog dicemari dengan ejekan "Listen. Listen. Listen. Listen. Listen. Listen"

Sebuah akaun Facebook telah dibangunkan menuntut Sharifah Zohra Janbee, Presiden Suara Wanita 1 Malaysia meminta maaf kepada mahasiswa Cik Bavani dan mahasiswa lainnya. Apatah lagi tindakan kurang bijak lagi tidak professional itu dilakukan di tempat gedung ilmu, di dalam dewan yang memuliakan para cendiakawan, tempat penerima ijazah!

Di hati maza tertanya-tanya, demikiankah budaya ilmuan di Malaysia yang dibanggakan itu? Beginikah cara seorang pemimpin yang boleh dibanggakan? Siapakah memilih pemimpin itu sehingga memalukan pertubuhan yang diwakilinya?





Bukannya aku marah, cuma nasihat by

15 ulasan:

  1. Disini kematangan dan akal diperlukan.

    BalasPadam
  2. kita lavel SRP je ni...so tak boleh nak lawan org Degree.. sob sob sob....
    macam Animal Planet forum tu

    BalasPadam
  3. ooo patutlah aku tgk ramai yg post listen listen listen...
    adehh ketinggalan pulak aku

    BalasPadam
  4. dah tgk juga video tu

    x pro bila potong cam tu.. namapun forum..
    patut bg peluang

    BalasPadam
  5. jangan nanti ada yang buat lagu dengan ungkapan 'listen listen listen when i talk' ni
    lepas tu upload kat youtube

    BalasPadam
  6. terlajak perahu boleh diundur terlajak kata buruk padahnya.. : )

    BalasPadam
  7. Ye la Maza, nak tahu jugak Cik Sharifah tu graduate dari universiti mana dulu?

    BalasPadam
  8. tertarik dengan ulasan yang tuan Maza tulis, menarik sekali dan begitu santai saya membacanya tadi =D, memang tidak patut Puan Sharifah Zohra Jabeen memalukan cik Bawani sebegitu dan dia seharusnya meminta maaf.

    BalasPadam
  9. Dulu Lain Sekarang Lain21 Januari 2013 pada 5:20 PG

    Kawe ada baca statement dari Sharifah (sebaiknya dengar dari both parties) yg Bawani menyimpang dari topik dan cuba masukkan isu politik ddalam forum which I agree. Having said that, kelakuan dan respond dari Syarifah tidak boleh diterima dan tidak mencerminkan warga yang bertegriti dan berpelajaran tinggi.Semoga dia pelajari dari kesilapan ini dan tidak mengulangi kesilapan di masa hadapan.

    BalasPadam
  10. Dulu Lain Sekarang Lain21 Januari 2013 pada 5:21 PG

    Opsss.. typo error pada nama... sori cik... :D

    BalasPadam
  11. errr.. bang tajuk forum mereka itu ialah "SEIRINGKAH MAHASISWA DAN POLITIK"


    tak tau ler kalau si Bavani tu yg tersalah topik bila bincangkan hal2 politik di dalam forum itu dari sudut mata mahasiswa & pengetahuan am.. hehehehe

    BalasPadam
  12. Kedua-duanya nampak kekurangan. Seorang macam kurang ajar, seorang lagi macam biadap. Jadi saya tak mau masuk campur. Kalau orang kurang kurang ajar dengan saya, saya pun akan bersikap kurang ajar dengan dia semula

    BalasPadam
  13. Dulu Lain Sekarang Lain23 Januari 2013 pada 9:35 PG

    Tajuk forum ialah isu mahasiswa dan penglibatan dalam politik kalau ikut tafsiran kawe lah. Bukan isu politik itu sendiri which is lebih ideal dibincang oleh mahasiswa dalam forum akan datang jika kata sepakat dicapai dalam isu tadi dicapai dalam forum. Sori lah kalau salah. Dalam program harus sebut topik2 yg mahu dibincang dan objektif yg dicapai. Then again, tak salah the girl kemukan isu politik tu. Pengerusi should handle it better dan lebih profesyen. :D

    BalasPadam
  14. ada dah. macam2 pulak video listen listen listen ni diorang buat hehe

    BalasPadam

Mengomellah Ekau Semuo Kek Sini