Kuantan hujan
Hujannya mencurah-curah sudah berhenti...
Namun hujan di hati masih tetap belum reda...
Kuantan dingin
Sedingin itu juga di hati ini..
Anak dan bini bakal ditinggalkan sekali lagi di sini....
Kembara hidup diteruskan dengan hidup sendirian....
berkelana di kota metropolitan Kuala Lumpur!
Demi sebuah perjuangan hidup
Demi sebuah sesuap nasi....
Dalam cengkaman di jiwa itu,
Tiba-tiba teringatkan kisah Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Nabi Ismail AS.....
Sebuah lagi ujian dan makna pengorbanan....
Ya Allah perteguhkanlah hati, dan jiwaku.
Ya Allah, kurniakanlah kekuatan tubuh badan yang sihat walafiat dari segi fizikal dan mental kepadaku!
Pada-Mu ku harapkan pertolongan!
Pada-Mu juga tempat aku bergantung harap!
Ampunkanlah dosa-dosa kami..
Ampunkanlah dosa-dosa kami..
Golongkanlah kami dalam kalangan orang-orang yang telah Kau tunjuki, redhai dan selamatkan sebelum daripada kami....
Azan maghrib tiba-tiba berkumandang dari liang TV!
Hati diliputi salju...
sayu...
Bangkit lalu menunaikan perkara fardhu...
Sebuah catatan melankolia
maza
Nampak ahli keluarga gembira dapat bercuti bersama.
BalasPadamaku nak tulis pantun je, bro
BalasPadambuai laju-laju
sampai cucur atap
pulang jalan laju
pergi dulu lambat-lambat
moga semuanya selamat bersama rahmatNYA
sabar ye Maza...ini bahagian masing²
BalasPadamjalan hidup kita... tiap satunya ada hikmah tersembunyi
gambar lama tu..
BalasPadamcuti di Melaka, bulan Julai lalu.. hehehe
hehehe....
BalasPadamterima kasih cikgu!
terasa lembut hati ini setelah kak jie memberi nasihat ini...
BalasPadamnasihat dan dorongan ini amat berguna kepada maza...
terima kasih sesangat....
Maza kat Kuantan ker sekarang? Be careful.. jangan main air hujan. Nanti sakit. Skul nak start balik ni.
BalasPadamJaga diri baik-baik bila berkelana. Jangan lupa kira ada berapa AES yang menyala
BalasPadam