Halaman

Khamis, 20 Disember 2012

Apakah dicari di sebalik keputusan PMR?

Semalam keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) untuk bekas pelajar tingkatan tiga sudah diistiharkan. Ramai yang melompat-lompat. Termasuklah emak ayah pun sama. Sama ada melompat kegirangan atau keperitan; tak percaya kepada untung nasib. 

Lulus cemerlang tentulah melompat kegembiraan. Mereka tidak berapa nak lulus pun melompat juga tapi, tapi, tapi... biarlah hanya mereka sahaja yang tahu.

Sepupu maza yang bersekolah di MCKK (Maktab Melayu Kuala Kangsar) - Malay Collage of Kuala Kangsar, di Perak telah menggondol 8A. Syukur Alhamdulilah...
Farhan Ahmad Taha Khamid

Farhan bin Ahmad ibni Taha ini sememangnya mempunyai potensi dan bakat besar sedari kecil lagi. Suka maza merakamkan perasaan bangga dan tahniah kepada beliau.

Dalam pada meraikan tersebut, seorang sahabat menepuk bahu maza. Lalu bertanyakan keputusan lampau akademik maza yang sedia berhabuk dan berlapuk!

"Berapa kau dapat masa sekolah dulu?"

"Aku tak berapa ingat dan tak reti mengira berapa aku dapat A, B, C, D dan E. Sebabnya zaman aku zaman SRP!"

Kepada kengkawan yang tidak dapat apa yang diharapkan. Juga mereka yang tidak dapat 8A atau langsung tak ada A..

Bahkan mendapat 8D sekali pun.. Ini bukan bermakna kehidupan sudah tamat!

Usah berputus asa....
Masih ada jalan dan liku perlu ditempuhi..
Itu nasib mereka... perjalanan mereka.. dan itu kisah mereka.

Dan kita ada perjalanan kita dan pengalaman tersendiri yg perlu diharungi hingga ke hujung nyawa....

Hidup ini umpama buaian; yang berayun dan beralun mengikut rentak tersendiri. Setiap daripada kita punyai kisah dan perjalanan hidup untuk tempuh. Dan setiap kisah itu punyai keunikan tersendiri.

Selamat berjuang ke alam dewasa kengkawan...



19 ulasan:

  1. segala mungkin terjadi baik atau tak masa depan ttp akan di hadap..hi. ia bukan penamat sgala pkra dlm khdupan akan dtg..tahniah utk dia

    BalasPadam
  2. masih boleh diperbaiki di spm pula

    BalasPadam
  3. bloghop punya bloghop... eh tajuk perbincangan hampir sama pulak hari ni

    BalasPadam
  4. Tanniah kepada sepupu Maza. Hebat sekolah MCKK. Saya dahulu sekolah atap sahaja. :-)

    BalasPadam
  5. ooo..mestinya bang maza dalam era SRP...ambe dalam era PMR...tukang rasmi sistem PMR lagi..hehe


    PMR bukanlah penentu segalanya...malah bukan juga akhir segalanya..ianya hanya satu langkah drp berjuta mungkin berbilion lgkah yg kita bakal tempuh =)

    BalasPadam
  6. hehehe.. kebetulan atau suratan ek?
    ahaks..

    psst: link ke blognya isabelle mana dong?

    BalasPadam
  7. samalah kita.. sekolah atap juga.. huhuhu

    BalasPadam
  8. yeap .. sesungguhnya begitulah.. huhuhu

    BalasPadam
  9. err... ada harapan putus tali buai tu. hehehe

    BalasPadam
  10. tahniah pada yang berjaya cemerlang
    walau pun itu hanya bibit kejayaan
    kejayaan sebenar berada masih sangat jauh
    perjalanan masih berliku

    BalasPadam
  11. Hai Maza,

    Tahniah kepada sepupu Maza, Farhan bin Ahmad ibni Taha mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan PMR 2012. Turut bangga dengan kejayaannya.

    BalasPadam
  12. Dunia belum berakhir kalaupun dapat semua D dalam PMR. Dunia juga tak selalu cerah untuk yang dapat 8A. Ada banyak lagi duri, kaca, gaung dan gunung di depan kita.

    BalasPadam
  13. Dulu Lain Sekarang Lain25 Disember 2012 pada 10:40 PTG

    Tahniah kepada Farhan. Mungkin dia dapat inspirasi dari sepupunya yg tidak kurang hebat juga dulu...

    BalasPadam
  14. Tahniah untuk sepupu Maza.
    Yang tak berjaya dengan cemerlang daLam peperiksaan umum, memang perlu tabah dan terus beusaha kerana kehidupan bukan sekadar di atas klip keputusan peperiksaan.

    BalasPadam

Mengomellah Ekau Semuo Kek Sini