Halaman

Jumaat, 2 November 2012

Jumaat Harum Kembang Subur

Bunga di tepi tingkap

Alhamdulilah, hari ini hari Jumaat pertama di bulan November 2012. Petanda tahun baru bakal menjelma dalam masa dua bulan lagi.

Ramai orang akan gembira sakan dengan tahun baru, tetapi bagi maza debaran semakin memuncak. Di dalam hati ada gelisah. Dan ianya bukanlah disebabkan cerita '2012 Armageddon' itu; hal itu cuma Allah SWT sahaja yang mengetahuinya.

Lupakan seketika perihal gusat tersebut. Hari Jumaat ini adalah penghulu hari. Banyak pahala dan ibadah afdal seperti solat tahyat masjid, solat taubat, zikir, tahlil dan sebagainya. Dikatakan juga hari Jumaat tatkala khatib berhenti duduk untuk khutubah kedua adalah saat mustajab untuk berdoa. Pada mereka yang bakal menempuhi peperiksaan awam seperti SPM, STPM, SPA8 dan sebagainya, berdoalah! Begitu jugalah pada mereka yang menghadapi ujian sakit dan kesempitan hidup, ambillah peluang untuk berdoa di saat itu. 

Musim pengantin pun sudah tiba. Jadi, bakal-bakal suami-isteri ambillah peluang untuk berdoa bersungguh-sungguh demi kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Hari Jumaat ini juga banyak tabung-tabung amal di pintu-pintu masjid terbuka luas. Bersedekahlah tatkala kita sihat dan muda belia. Kerana sedekah yang ikhlas tatkala kita muda dan sihat ini lebih bermakna dan dipandang tinggi di sisi Allah SWT. Itu kata hadis. 

Di dalam sirah juga ada menyatakan dengan bersedekah kita mampu menolak bala'. Termasuklah apabila ditimpa sakit dan penderitaan. Apatah lagi ia dilakukan pada hari Jumaat ini, hari yang penuh barakah!

Sebagai mengimmrah dan mengindahkan hari Jumaat, maza tepek satu gambar bunga di tepi tingkap. Selongkarlah isi dan intipati di sebaliknya. Mudah-mudahan kita semua menemui pengajaran dan ketenangan.



Nukilan lantun-lantun

19 ulasan:

  1. Sudah mula mendapat undangan kahwin yang bakal berlangsung selepas bermulanya cuti sekolah.

    BalasPadam
  2. maza esok sudah ada jemputan.. nun di utara.. Kedah Darul Aman..

    elok juga, lepas dema semua habis kawen, kami pakat2 ronda sampai Perlis.. hehehe

    BalasPadam
  3. sama2 kita perbanyak sedekah... =) thanks bang maza mengingatkan


    p.s-bunga plastik mmg tahan lama, tp ambe tak suka yg plastik2 ni...hehe

    BalasPadam
  4. wah hebat pemerhatian en hafis kita.. matanya telus, boleh tahu itu bunga plastik.. hehehe

    BalasPadam
  5. bunga plastik pon nak cahaya? keh3

    BalasPadam
  6. bersedekah amalan yang mulia.. terima kasih kerana saling mengingatkan

    BalasPadam
  7. Hari jumaat adalah penghulu segala hari. Harap semua dapat mengisi dengan ibadat2 dgn secukupnya.

    BalasPadam
  8. moga amalan kita diterima tidak kira masa. hehe.. tapi mmg banyak pahala boleh buat kalau nak kan..

    BalasPadam
  9. berdebar jugak, sbb tahun depan anak mula nak sekolah, biarpun hanya sekolah tadika. anak sulung lah katakan

    BalasPadam
  10. lom sempat nak fikir pasal tahun depan. Tengah serabut dgn SPM

    BalasPadam
  11. Dulu Lain Sekarang Lain6 November 2012 pada 2:02 PTG

    Oik, dah Isnin lah... lambat lak kawe sampai... he he..

    BalasPadam
  12. hehe...mesti telus =)


    eh, semalam macam nampak kelibat pelanduk dua serupa bang maza kat kedai pisang goreng area taman selaseh gombak...ke mmg bang maza?hehe

    BalasPadam
  13. dan amalam kita diterima oleh Rabul Alamin.. hehehe

    BalasPadam
  14. oh pengalaman itu pernah maza alami..

    harus dinikmati sepenuhnya..



    tangkap gambo banyak2.. kasik frame besar2.. hehehe

    BalasPadam
  15. maza pula masih menipu diri yg tahun baru lama lagi.. huhuhu

    BalasPadam
  16. ..hahaha. tu ler, asyik main mata aje.. haha

    BalasPadam
  17. mau halau angkut2 bikin sarang.. hehehe

    BalasPadam
  18. taklah.. semalam maza di Bangsar sepenuh masa.. hehehe

    BalasPadam

Mengomellah Ekau Semuo Kek Sini