Halaman

Jumaat, 12 Oktober 2012

Land Rover usang menyelusur di tanah tinggi

Layak masuk muzium atau dileburkan menjadi besi buruk

Beberapa bulan lalu maza sempat bersantai di Cameron Highland bersama-sama keluarga. Terdapat beberapa buah Land Rover usang bersidai di tepi jalan. Maza rasa agak jelek memandangnya apatah lagi dengan mengambil kira kawasan ini sering dikunjungi oleh orang ramai.

Mengikut perkiraan maza, kawasan pelancongan seperti Cameron Highland harus dipelihara pemandangan dan kebersihannya. Mana-mana yang boleh menyakitkan mata atau mencacatkan alam, harus ia dikesampingkan.

Sebenarnya maza sendiri semacam tidak percaya masih menemukan kenderaan Land Rover yang satu ini. Di pakir di tepi jalan menghala ke kebun bunga yang popular itu. Maza sangka ia sudah kepunyaan muzium tempatan. Rupa-rupanya masih ada cukai jalan berstatus terkini!

Serasa maza, kenderaan jenis ini telah digunakan lama dahulu. Paling tidak seawal 1970-an. Namun hari ini Land Rover tersebut masih luas digunakan di tanah tinggi Cameron Highland. 

Umum mengetahui, Cameron Highland merupakan kawasan pertanian di tanah tinggi. Macam-macam sayur dan bunga-bungaan menjadi sumber ekonominya. Sehubunga itu, kenderaan pacuan empat roda diperlukan bagi mengangkut dan memanjat bukit-bukau yang tinggi-tinggi. 

Jangan tidak percaya, Land Rover kelihatan uzur ini masih boleh berfungsi dan berkhidmat.

Ketika maza bersekolah rendah di Kahang sana, maza sempat menumpang kenderaan tersebut. Sama ada kepunyaan Felda atau Kementerian Kesihatan. Kenderaan pacuan empat roda jenis ini amat berguna digunakan untuk pengangkutan di wilayah pedalaman. Terutama kawasan hutan dan tempat baru diteroka. 

Maza sempat melemparkan senyuman dan berbangga menerangkan nostalgia bersama Land Rover yang layak masuk muzium ini kepada anak-anak maza.

Hari ini rata-rata penduduk Cameron Highland menggunakan kenderaan pick-up pacuan empat roda bertajuk 'Toyota Hilux'. Kata penduduk setempat ia mudah dikendalikan, berjentera besar dan paling utama sesuai di kawasan tanah tinggi dengan mengangkat barang-barang. 


nota nostalgia kekampungan:-

12 ulasan:

  1. Land rover antara kenderaan pacuan 4 roda yang terbaik. Walaupun luaran kelihatan agak uzur tetapi kudratnya masih gagah mendaki bukit.

    Arwah bapa saya miliki Suzuki Jimny.

    BalasPadam
  2. kalau kat badan dia ada CH, mmg dia dibenarkan digunakan kat sana saja. tak boleh bawa turun. itulah yg dicakapkan oleh seorang pekebun sayur yang pernah kami tanya. road tax khas tuk kebun dan kegunaannya saja

    BalasPadam
  3. Dulu jalan raya cameron highland tak sebaik sekarang. Jd landrover memang diperlukan mengangkut dari bawah ke atas, dari atas ke bawah. kenderaan dulu memang lasak. Cuba la langgar dgn keta maza, tengok keta sapa yang remuk

    BalasPadam
  4. Saya pun naik landrover felda gak dulu tiap kali pergi balik asrama. Selamba je lalu ladang sawit. Lepas tu bila dah tukar yg kecik sikit dah tak syok dah. Apa kelas naik suzuki Sj410. Lepas tu bila tukar perodua kembara lagi tak best.

    BalasPadam
  5. Land Rover nie polis pun masih pakai lg buat angkat org mati xcdent....

    BalasPadam
  6. kawsan sana tepi jalan agak kotor... kurang sejuklah hurmm..

    BalasPadam
  7. suka tgok bunga matahari kembang mekar.. untung bunga dpt duduk kwsan sejuk tpi dlm masa sama cemari alam industri yg menggila jika tdk d kawal sebaik blh...

    BalasPadam
  8. Ikon tanah tinggi Cameron. Kalau nampak jer Land Rover nih, mesti teringat Cameron.

    BalasPadam
  9. Dulu Lain Sekarang Lain17 Oktober 2012 pada 7:50 PG

    Land Rover ni glamer zaman 70-aan dan awal 80-an. Kalau tak silap polis dan banyak agensi gomen pon gunakan. Mmg lasak dan power giler. Laaaa ni payah nak jumpa. Rupanya bertapuk (sembunyi) di Cameron Highland :D

    BalasPadam
  10. sayang nak hentikan khidmatnya tu
    sebab masih berkuasa

    BalasPadam
  11. Land Rover ni memang terkenal dekat Cameron Highland tu. Tapi macam mana JPJ dan juga Puspakom boleh melepaskan kenderaan sebegini rupa untuk digunakan lagi sememangnya menjadi persoalan jugak. Kadang-kadang ada yang dah berlumut dah pun Land Rover tu.

    BalasPadam
  12. Jawapan yg sohih boleh ditanya pada JPJ sendiri atau menteri besar Pahang yg itew.. hehehe

    maza tak sanggup nak buat sebarang andaian apa tah lagi mau bikin spekulasi yg nakal2 gitew. ahaks...

    BalasPadam

Mengomellah Ekau Semuo Kek Sini