Halaman

Jumaat, 7 September 2012

A&W lingkup kena jual

Aqlan tertarik dengan beruang gemuk!

Mengimbau kembali kenangan lalu seputar tahun 1996-2000 tatkala di zaman 'gila-gila remaja' di varsiti. Maza kerap juga berkunjung ke Restoran A&W di Petaling Jaya New Town yang bersetentangan dengan Amcorp Mall. Kami pergi ramai-ramai, berkawan-kawan gitu. Pernah juga pergi bersendirian untuk menenangkan fikiran setelah berserabut dengan kuliah selain 'ongkosnya' terhad pak! (hehehe).

Antara hidangan maza sukai ialah minuman 'Root Beer'. Telan bertong-tong pun, insyallah tak mabuk kecuali kembung perut dan kena kencing manis . . . ahaks!

Air root beer float dengan jejari kentang.

A&W pernah menjadi kegilaan maza di zaman kanak-kanak dahulu. Apatah lagi tagline mereka ialah restoran keluarga dengan menampilkan beruang gemuk berkupiah oren sebagai maskot. 

Pernah maza terkinja-kinja tanpa berasa bersalah di hadapan emak dan ayah sebaik menyaksikan iklan A&W ditayangkan di peti TV. Ketika zaman itu restoran makanan segera tidak ada di kampung kami. Hanya boleh didapati di bandar Kluang. Untuk pergi ke Kluang pula bukannya mudah. Kalau tidak kerana sudah mendapat gaji atau sesuatu urusan mustahak, kami memang tidak akan ke bandar. Lagipun pengangkutan hendak ke bandar itu payah.

Sementelah itu, harga makanan di restoran tersebut agak mahal dan keluarga seperti kami tidak mampu! 

Maka, kami sekadar menelan liur sendiri sambil berdoa agar dapat mengunjungi dan menikmati makanan di restoran keluarga tersebut di suatu hari nanti.

Kini, alhamdulilah, seolah-olah doa itu telah dimakbulkan oleh Tuhan.

Baru-baru ini juga maza sempat pergi ke A&W cawangan di Kota Damansara bersama seisi keluarga. Seperti biasa maza akan memesan air root beer berserta float-nya. Besaq kedabaq, sedut sampai kering slurpp . . . slurppp gitew derrr . . . hahaha


Kena Jual


Berita hari semalam lain pula ceritanya. Kali ini A&W dilaporkan sering menghadapi sambutan dan krisis kewangan operasi. A&W ini dipunyai oleh KUB dan rangkaianya bertaburan sehingga ke Thailand sana. 

KUB pemegang saham majoriti rangkaian restoran keluarga A&W hendak menghapus-lupuskan saham A&W di Thailand dan keluar dari industri makanan segera di negara Siam itu.

Mereka juga mahu menjual sebahagian besar saham A&W di Malaysia. Mereka berharap akan ada orang tempatan yang hendak mengambil alih teraju Restoran A&W.

Rujukan: "Premalatha Jayaraman. 2012. KUB to exit fast-food biz by year-end. Kuala Lumpur: The Sun. (6.Sept. 2012)"



 Catatan oleh;-

32 ulasan:

  1. Restoran Makanan segera pertama di Malaysia ni. Root Beer tu tetap yang terbaik! Sayang KUB tidak mampu menaikkan perniagaan ini setaraf francais makanan segera yang lain. Apa pun outlet di Seremban tetap ramai orang!

    BalasPadam
  2. Seremban punca pendapatan KUB lah tu. hehehe

    BalasPadam
  3. alu pun suka root bear

    BalasPadam
  4. kalaulah saya ada duit sejuta, confirm saya beli... he he he... dulu selalu gak nampak iklan A & W kat tv, sejak sedekad ni, memang tak pernah tengok langsung.... promosi dah macam tak jalan..

    BalasPadam
  5. A & W di Jusco Permas Jaya tutup sudah...tak mampu bersaing dgn Old Town, KFC, PH, Secret Receipe...

    BalasPadam
  6. tomato gurl a.k.a cik tom7 September 2012 pada 8:42 PTG

    plg suka minum root beer kt a&w....

    BalasPadam
  7. aku dah lupa bila kali terakhir masuk a&w ni
    dah lama sangat dah...

    BalasPadam
  8. paling suka dia punya curly fries dengan root beer float! fuhhhhh

    BalasPadam
  9. A&W dan root beer memang tak boleh dipisahkan. Terbaik.

    BalasPadam
  10. lamaaaaaaa sgt xpekena a&w
    kat alor star dah lama bankrupt hehe


    pssstttt sy pindah rumah :P http://adilasays.wordpress.com/

    BalasPadam
  11. best wooo,,, kat KL ni pun tempatnya terpilih.. dan tak mudah didapati.. hehehe

    wah! pindah rumah sudah gitew..ahaks!

    BalasPadam
  12. dulu2 tak berani nak cuba root beer.. betul kata org tua2.. sekali cuba, nak ulangi lagi.. hehehe

    BalasPadam
  13. yeap.. sambil cicah dgn sos cili.. kemudian sedut slurrrrpppp gitew.. hehehe

    BalasPadam
  14. mereka punya kewangan kukuh dan strategy yg menjadi.. huhuhu

    BalasPadam
  15. samalah dengan maza.. tak der chance lerr.. huhuhu

    BalasPadam
  16. jarang ke sana, tp kalau ambe lepak di A&W, air yg sama jugak ambe rembat...hehe

    p.s-bang maza belilah =)

    BalasPadam
  17. aderkkrrr ... maza belum cukup umur nak membelinya.. hehehe

    BalasPadam
  18. loo..dh kene jual ke?? float dia yg terbaik..mcd n kfc mmg takleh nk celen...
    Tengok sini ==>> Gangnam Style Boleh Memurtadkan

    BalasPadam
  19. malangnya entah apa silap, A@W semakin tenggelam.... tak menyerlah!
    huhuhu

    BalasPadam
  20. root beer A&W mmg terbaik. Dedulu takut2 nak minum. beer haram wooooo

    BalasPadam
  21. sekarang ni saya rasa root beer dia terlalu manis pulak. Mungkinkah saya dah semakin tua? Tak mungkin. Maza mungkin ye

    BalasPadam
  22. saya tak paham sgt saham-saham ni. mungkin taukenya je yg berubah. A&W tetap wujud selagi permintaan masih ada.

    BalasPadam
  23. mana cukup sejuta. bei yg thailand punya sekali la

    BalasPadam
  24. Kegemeraan saya memesan root beer float.

    BalasPadam
  25. A&W dah lama betul oii.. kalu tak silap dah bertapak di sini sblm KFC dan McD lagi. Time kawe kecik juga selalu tonggang root beer yang tak buat mabuk tu.. he he.. Sayang betul kalu iannya ditutup.

    BalasPadam
  26. yeap begitulah..

    dan hari tersebut A&W rupanya sebuah entity perniagaan kepunyaan bumiputra yg tergolong dlm statistik 30% Equity Bumiputra di dlm rancangan DEB (Dasar Ekonomi Baru) di bawah pimpinan bekas Perdana Menteri kedua Tun Abdul Razak... a.k.a Bapa kepada bakal Tun Najib PM no. 6... hehehe

    BalasPadam
  27. wooo.. patut pun muncit..
    sbbnya togak air tu bebanyak ya?!

    hahahaa

    BalasPadam

Mengomellah Ekau Semuo Kek Sini