Halaman

Isnin, 6 Ogos 2012

Maza dan Kad Hari Raya

Minggu sudah maza ke Pejabat Pos Besar Kuala Lumpur. Bukan mahu beli atau mengepos kad raya pun. Cuma terpaksa mengambil bungkusan kiriman yang tidak diserahkan kepada kami disebabkan orang tidak ada di pejabat.

Tiba-tiba maza terserempak dengan notis kenyataan tentang harga setem istimewa untuk kad ucapan hari raya.



Maza perhatikan di tempat pemprosesan surat di Pejabat Pos Besar itu semacam lenggang. Tidak bertambun pun kad-kad ucapan yang dihantar. Barangkali "zaman sudah berubah, dunia semakin maju". Kad ucapan hari raya dianggap tidak berapa relevan lagi. 

Di zaman sebelum kehadiran ICT, kad ucapan inilah yang selalu dinanti-nantikan!

Apa tidaknya, inilah peluang untuk mengutus surat kepada sanak saudara dan sahabat handai. Istimewanya lagi, kad raya dijadikan alat untuk 'men-tackle' aweks! hahaha . . .

Bila dapat kad raya, mestilah hidung kembang kempis. Hati menjadi begitu gembira dan teruja! 

Dan jangan tidak percaya, kad raya juga boleh menjadi simbol 'eksyen' dengan kawan-kawan! hahaha . . .

Maza masih ingat, ketika beraya di rumah seorang teman, maza lihat habis dinding-dinding rumahnya dihiasi dan ditepek dengan kad raya. Tidak cukup itu, kad raya digantung di ranting kayu dan dihias indah seperti pokok hiasan. Sudah pastinya mereka mengumpul kiriman kad hari raya berpuluh-puluh malah beratus-ratus. (Dalam hati ada cemburu gitew.. hahaha)

Nostalgia Kad Hari Raya 

Kad raya yang maza pernah terima pada tahun 2011

Seputar tahun 1998-2000, di Pantai Dalam ada sebuah gerai sementara menjual kad ucapan hari raya didirikan sempena Ramadan. Bermacam-macam jenis dan saiz dijual.  


Hingga yang tercanggih siap mempunyai muzik dan lampu bernyala-nyala apabila dibuka.

Jenama kad hari raya yang paling popular ialah HARMONY! 

Berpusu-pusu orang mengerumuni gerai itu saban hari. Termasuklah maza. Tersentel dengan tubuh kerdil di tengah-tengah khalayak ramai itu. Bukan mahu membeli borong pun. Kalau jadi beli sekali pun sekadar satu atau dua paket yang berharga murah! 

Selebihnya mahu duduk menempel. Menyesakkan keadaan sambil berangan-angan, kalau-kalau ada yang sudi menghantarkan kad hari raya yang canggih-manggih seperti itu.  Apatah lagi ia dikirimkan oleh gadis-gadis jelita ... ahaks! hahaha
 
Pendek kata "Haven!" ....

Opss . . . maza nak lantun-lantun dulu ya kengkawan, sambil mengira dan membelek kad raya yang tahun ini maza dapat! hahaha  



23 ulasan:

  1. Memang nostalgic cerita ini. Dulu masa sekolah memang selalu dapat kad saya. Tapi sekarang amalan ini hilang entah kemana. Ya memang betul zaman dah berubah. Semuanya di hujung jari ini :)

    BalasPadam
  2. ..sudah semacam tak real kan kan kan.. hehehe

    dulu2 sanggup berebut berbaris di pejabat pos mahu beli setem.. hahaha..
    kalau dikenang2kan kembali, mesti kelakar habis lah.. hahaha

    BalasPadam
  3. Kalau tak de orang nak hantar kad raya, boleh buat macam Mr Bean, hantar pada diri sendiri & kemudian buat-buat terkejut menerimanya! :D

    BalasPadam
  4. ...hahaha..

    berapa keping dapat tahun ni en. anif?!

    BalasPadam
  5. tahun lepas ada juga dapat 2 3 keping, tahun ni tak pasti lagi..
    memang xsempat lerr nak pso kad raya huu

    BalasPadam
  6. samalah kita.. huhuhu
    silap2 satu pun tak ada.. ahaks. .

    semakin kurang menjadi favorite kot.. ahaks

    BalasPadam
  7. Tahun lepas ada juga dapat kad Raya tetapi tahun ini tak tahu. Mungkin menerima mesej SMS sahaja kot.

    BalasPadam
  8. sy mash kemas dlm kotak cinta bear

    BalasPadam
  9. nanti saya bagi address kat maza..hehe

    BalasPadam
  10. boleh..
    nanti boleh serang utk beraya pula.. hahaha

    BalasPadam
  11. Betul laa Maza. Zaman dah berubah. Dan perubahan zaman tu membawa sekali kenangan kita zaman kecik-kecik. Kad raya, kejar ayam nak buat rendang, pasang pelita malam malam, moreh dll semuanya akan tingal dalam lipatan kenangan jer satu hari nanti..Kesian budak zaman sekarang.!

    BalasPadam
  12. itulah pasal..
    haru diberi makna Ramadan dan Syawal kepada mereka..

    hari ini bila ditanya kepada generasi muda, mereka mentafsirkan Ramadan sebagai Pasar Ramadan dan kelaparan..

    Berbeza dengan org lama.. makna Ramadan dan Syawal penuh dengan warna-warni..

    ahaks..

    BalasPadam
  13. Mmg zaman dan berubah. Agaknya budak2 pun tak tau apa tu kad raya. Gembira dapat kad takyah cakaplah! Kalau boleh, habis nak tampal kat siling sekali...hahaha

    p.s-byk bang maza dpt kad raye? auuwekks mana yg hantar tahun ni...hohohoho

    BalasPadam
  14. Sekarang, semua kenangan simpan dalam hati ketat2 =)

    BalasPadam
  15. Betul..betul... zaman dulu (eh..mcm la tua benor aku nih), memang bangga giler kalu dpt byk kad raya. konon2 ramai peminat. Skrg org dah tak ambik kisah lagi...

    Sya nak hntr kad raya kat member juga nih tp xgi beli setem lagi..huhu

    BalasPadam
  16. ..baru satu dapatnya..

    aweks yg pernah gheghet jari itu yg hantar... hahaha

    BalasPadam
  17. Kak long, kalau gi pejabat pos sekarang ni... confirm lengang.. tak macam dulu2, sesak. masing2 berebut nak setem dan pos kad raya..

    hahaha

    BalasPadam
  18. Uiks! amvooiiii gitw..

    kena jolok2 kasik keluar ni!

    hahaha

    BalasPadam
  19. Untunglah, dapat kad raya, saya dapat yang versi elektronik je. Hehe.

    BalasPadam
  20. tahun ini baru dapt sekeping..
    huhuhu

    BalasPadam
  21. Saya rasa budaya mengirim kad raya tenggelam bukan sebab adanya media elektronik. SMS ucapan hari raya pun susah nak hantar. Saya nak mengimbau kejap zaman2 di kolej dahulu masa bukak bisnes kad hari raya. (tengah senyum sengih sorang2 ni)

    BalasPadam
  22. wah! sedari kecil memang berdarah usahawan nampak!
    hahaha

    BalasPadam

Mengomellah Ekau Semuo Kek Sini