Halaman

Ahad, 12 Ogos 2012

Gasoline di malam tujuh likur

Ya, sekarang sudah memasuki malam tujuh likur. Kalau di kampung sana, malam-malam sebegini maza tahu hendak berbuat apa. Pelita-pelita sudah tersedia untuk mengindahkan kampung nan permai! hehehe...

Meter menyukat tekanan gas.

Ramai generasi sekarang yang berkelahiran tahun 1990-an dan terkemudian, tidak mengenali gambar di atas. Dunia sudah berubah, zaman semakin maju, segalanya di hujung jari.

Maza kira, ia telah menjadi barangan yang sangat payah untuk ditemui. Sudah boleh masuk ke dalam kategori 'endangered species' (spesis terancam).

Tempat mengejas gas.

 Zaman dahulu kala, lampu ajaib ini amat berguna sekali terutama ketika keraian seperti kehadiran tetamu, kenduri kendara, doa tahlil, dan sebagainya.

Apabila raya menjelma, ayah akan menghidupkan lampu aladin tersebut lalu mencerahkan alam kami yang sering disulami oleh sinaran lampu pelita suram. 

Tempat mengepam gas.

Suasana malam kami terus berubah. Serentak itu juga alam ini begitu luas dan indah sekali. Kami sangat gembira.

Hari ini kita lebih beruntung kerana hanya memetik suis di dinding, bilik menjadi terang benderang! Malam terus-terusan hidup. Adakala kita sendiri menjadi keliru, siang dan malam suasanannya terus 'hidup'!

Tempat letak spirit, umpan untuk menghidupkan api. Di sisi gambar pemutar gas.

Tempoh hari maza pulang ke kampung. Ketika mengemas di bangsal, tiba-tiba anak-anak maza menegur, "Apa yang tergantung tu ayah?"

"Oh! Itu lampu gasoline. Dulu-dulu masa elektrik tak ada, atuk sering gunakannya."

"Boleh digunakan lagikah?"

"Ini sudah tidak boleh digunakan."

"Oh! Sudah boleh masuk muzium, kan ayah?" kata Nasrun (8 tahun).


Lampu gasoline tergantung di sebatang tiang di bangsal

Oleh tuan tanah;

23 ulasan:

  1. Susah hendak cari lampu gasoline ini. Dulu saya ralit cuba memahami bagaimana lampu ini berfungsi. Kalau ada lagi sekarang ini pun mereka buat hiasan sahaja.

    BalasPadam
  2. ..lampu ni juga berguna kalau pergi berkhemah..
    terang satu taman seh..

    hahaha

    cuma minyak tanah a.k.a minyak gas harganya mahal giler... mengalahkan harga petrol! huhuhu

    BalasPadam
  3. Lampu gasoline tak pernah guna...
    lampu karbait penah juga guna... lagi terang banding dengan pelita hehee

    BalasPadam
  4. Mentolnya paling ajaib hanya daripad kain! Bila sudah beberapa kali digunakan terus reput!

    BalasPadam
  5. ..jangan tak percaya, lampu karbait berguna juga utk halau binatang2 berbisa.. sbb bau yg terhasil darinya.. hehehe

    BalasPadam
  6. hahaha..

    agak2 sekarang ini mentol itu masih ada dijual lagi tak?..
    ada sebuah lagi lampu gasoline di rumah yg masih bergua, cuma mentol itu aje menjadi masalah!

    hehehe

    BalasPadam
  7. Ada lagi dijual. Pergi la kat kedai yang ada jual "oven butterfly" tu. Insyallah ada. Tapi ramai yang sudah mod itu lampu la sekarang. Dalam letak mentol karan. :D

    BalasPadam
  8. laaarrrr ya ke....

    boleh letak lampu karan rupanya.. tak terfikir sampai ke situ lah fulaks...

    thank you bro!

    BalasPadam
  9. Rumah mak saya kat kampung pun ada satu benda ini, situasinya pun sama jugak macam dalam gambar tu. dah berhabuk dan berkarat tetapi masih bergantung.


    Banyak sentimental value buat kami sekeluarga.

    BalasPadam
  10. kalau jual kat muzium agak2 laku tak ek?

    hahaha

    BalasPadam
  11. abg Faizul, link ke blog abg tak der lah.. tak boleh nak redirect kalau sesiapa mau melawat gitew..

    hehehe

    BalasPadam
  12. unik ctik blh ct afa seri warna nnti

    BalasPadam
  13. mmg dlm memori lah...paling suka mengepam nya...berebut dgn kakak.

    BalasPadam
  14. hahaha...

    maza pun sama.. siap kena ketis satu kali.. hahaha

    BalasPadam
  15. Mahukan yang retro tapi moden. Letak jer mentol karan. :D

    BalasPadam
  16. Dah pupus dah lampu tu. Awal 80an, rumah saya masih menggunakan lampu gasoline. Cuma guna waktu kenduri je. Hari lain pakai pelita. Memang unik. Kena pam baru terang benderang. Dulu kecik2 memang tak dapat nak belek lampu ni. Dpt tengok je. Sampai sekarang saya tak tau macam mana dia berfungsi terutama mentol dia yg macam kain tu. macam mana mentol boleh mengelembung? Kenapa bila saya pegang, boleh hancur berderai. Tak hangus ke kena bakar. arghhh! pecah kepala saya

    BalasPadam
  17. hahaha..

    pun perkara sama yang berlegar di kepala maza..
    mentolnya boleh pakai sekali atau dua sahaja.. selepas itu, terhantuk terus berderai.. hehehe

    BalasPadam
  18. Mohd Hafizul Che Man15 Ogos 2012 pada 2:53 PTG

    rumah mak ayah aku kat kampung ada lampu ni..dulu waktu elektrik tak de,lampu ni la yang mewarnai malam-malam kami..sekarang lampu ni dah dibiarkan usang sebab mentol dah rosak..huhu..nanti balik kg mau tanya ayah aku adakah lampu ni masih dalam simpanan ke tak..kalau ada, boleh simpan elok2..barang antik nih...

    BalasPadam
  19. hahaha..

    ada orang letak mentol karan kemudian digantungkan kat tiang rumah..
    boleh cuba tu... hehehe

    BalasPadam
  20. camne nak gune lampu ni ek....

    BalasPadam

Mengomellah Ekau Semuo Kek Sini