Halaman

Selasa, 31 Julai 2012

Penangan Katira

Entah macam mana minggu lepas maza mengidam sesangat. Bukanlah mengidam sebab yang itu ya kengkawan; maza teran-teran pun tak akan terberanak punya (hehehehe).

Kebetulan maza pulang ke kampung tanah tumpah darahku di Kg Sri Lukut, Kahang Bt.28, Johor. Elok masuk jam 3.15 petang, maza mengheret sama si darling pergi ke pasar ramadan (param) di Kluang.

Sampai di param bandar Kluang, sedang-sedang elok para peniaga mula berniaga. Maza pun terjah sambil menyingsing lengan mencari idaman hati. Mata melilau ke kanan dan kiri. Sementara darling sibuk melayan kerenah anak-anak kami. Sesekali dia berhenti untuk membeli juadah berbuka puasa. 

Tidak susah sebenarnya hendak mencari idaman hati itu di Johor. Kalau di Kuala Lumpur ini bukan tidak ada, cuma rasanya tidak sama dengan yang di Johor. 

Baru melangkah 50 tapak, maza sudah nampak orang menjualnya. Dengan hati girang terus maza serbu lalu membeli Air Katira sebanyak lima bungkus! (hehehe...)

Air katira di bandar Kluang, Johor

Air katira dikategorikan sebagai barangan 'rare' kerana ia biasanya boleh ditemui di bulan Ramadan. Pendek kata, dalam setahun hanya sebulan sahaja ditemui. 

Kata seorang peniaga, katira hanya berbuah di bulan Ramadan! (hehehehe...)

Barisan air yang dijual termasuklah air katira


Air katira berasal dari Johor dan sememangnya popular di kebanyak daerah di Johor. Kalau ada pun dijual di Kuala Lumpur, ia sukar dicari dan rasanya tidak sama seperti dari daerah kelahirannya. 

Air berwarna hijau ini rasanya sangat sedap. Adakala ia dicampur dengan ais krim soda!

Apa lagi kengkawan, slurrrrppppp satu kali.. hehehehe....

36 ulasan:

  1. Abang anif... sekali pekena, ingat setahun bang.. hehehe

    BalasPadam
  2. Apa isi2nya abg maza oiii..share le...

    BalasPadam
  3. tak suka air katira sbb rasa mamik tapi feberet anak2 kzue.

    BalasPadam
  4. tak suka air katira sbb rasa mamik tapi feberet anak2 kzue.

    BalasPadam
  5. tak suka air katira sbb rasa mamik tapi feberet anak2 kzue.

    BalasPadam
  6. tak suka air katira sbb rasa mamik tapi feberet anak2 kzue.

    BalasPadam
  7. pulask..
    rasa mamik tu apa ek?

    hehehehe

    BalasPadam
  8. ABC Rock tu pun boleh tahan jugak tu hehehe..:) perghh meleleh bro ptg2 mcm nie

    BalasPadam
  9. Jangan renung lama-lama, nanti basah keyboard tu dgn air liur..
    hehehe

    BalasPadam
  10. Masih menjejak katira Abu bakar

    BalasPadam
  11. Kat JB terkenal dgn katira abu bakar tp skrg ni mcm dah kurang sikit sbb dah terlalu mahal. memula RM1.50 kemudian naik RM2, naik lg RM2.5. Tahun lepas RM3. Tahun ni saya tak sampai hati nak tanya. Gabungan kekacang, kismis, kurma, susu,dan air soda dia memang mantap. Biasanya beli sebungkus je pastu cairkan 3 kali ganda sbb manis sangat

    BalasPadam
  12. Kat JB terkenal dgn katira abu bakar tp skrg ni mcm dah kurang sikit sbb dah terlalu mahal. memula RM1.50 kemudian naik RM2, naik lg RM2.5. Tahun lepas RM3. Tahun ni saya tak sampai hati nak tanya. Gabungan kekacang, kismis, kurma, susu,dan air soda dia memang mantap. Biasanya beli sebungkus je pastu cairkan 3 kali ganda sbb manis sangat

    BalasPadam
  13. Kat JB terkenal dgn katira abu bakar tp skrg ni mcm dah kurang sikit sbb dah terlalu mahal. memula RM1.50 kemudian naik RM2, naik lg RM2.5. Tahun lepas RM3. Tahun ni saya tak sampai hati nak tanya. Gabungan kekacang, kismis, kurma, susu,dan air soda dia memang mantap. Biasanya beli sebungkus je pastu cairkan 3 kali ganda sbb manis sangat

    BalasPadam
  14. kena guna chrome baru ok tp tgok2 dah ada 3 komen yg sama. sori ek...rasanya kzue pun senasib gak

    BalasPadam
  15. wooo... ada kurma.. kat KL gabungan inci, cincau, pewarna, perisa dan gula!

    uhuk!

    BalasPadam
  16. tak apa.. nanti maza uruskan.. hehehe

    BalasPadam
  17. Tak pernah jumpa lagi air Katira di kawasan KL. Memang rare sangat. Apa kata bro Maza seludup barang ini. :-)

    BalasPadam
  18. mamik tu rasa susu...tak pernah dgr ke?

    BalasPadam
  19. woo... mungkin maza terlupa kot.. hehehe

    BalasPadam
  20. pulak.. hahaha

    tak sempat seludup, habis kena sedut dgn anak2... hahahha

    BalasPadam
  21. Dulu Lain Sekarang Lain1 Ogos 2012 pada 10:06 PG

    Popular ker kat Johor Maza? nape kawe tak tahu? :D Btw, namanya mcm keta.. boleh drive nya ke KK?

    BalasPadam
  22. Dulu Lain Sekarang Lain1 Ogos 2012 pada 10:07 PG

    Beli cukup2 jer... mcm mana mahu seludup ehhh...

    BalasPadam
  23. Kat Muo maza tak pastilah, tapi kalau kat JB memang meletop gitew..
    errr.. abg mail boleh jengah2 pasar malam bila balik ke muar, mana tau, untung2 boleh jumpa....

    hehehehe

    BalasPadam
  24. ..terasa meriah sampai ke tekak.. kan kan kan....

    hehehehe

    BalasPadam
  25. haha..yup kenal air katira masa belajar kat jb dulu..mmg sedap..lagipun tak pernah jumpa kat tempat lain (masa tu la)..lagi 1 makanan kat bazar area johor semua sedap2..jarang la tak sedap..taman u sedap skudai sedap jb sedap pontian sedap batu pahat sedap..tak ingat la nama kawasan lain..tapi saya buat kesimpulan menu bazar area johor mmg sedap =)


    rindu dengan popia basah sana..walau beratur panjang nak beli tapi rasa mmg berbaloi..tapi masa study dulu makan kat mana2 pun sedap je..perlukah tukar kerja ke johor utk menikmati juadah yg enak2 setiap masa =( patut le mengembang pada paksi-x sepanjang 4 tahun dok sana =P


    menu bazar kat area klang valley ni selalu menghampakan..asyik ke tong sampah je..last2 sekarang tetap masak sendiri walau ayam goreng aje..

    BalasPadam
  26. perkhhh... slurrrppp satu kali. hehhee

    maza pun selalu gak terkena kat Kalng Valley ni.. kekadang nama aje serupa, tapi makanannya, aderkkk.. huhuhu

    BalasPadam
  27. maza..

    first time saya dengar air katira..air nira tau lah ..hehe

    BalasPadam
  28. harus dicuba cikgu, harus itu..

    Barangkali di Putrajaya ada jual.. cuba selak2 dan belek2 kat param sana.. hehehe

    BalasPadam
  29. amboi, mcm menyeramkan jer rupa air tu..ada mcm rumpai2 gitew..hahahaha

    BalasPadam
  30. Hahahaha.. angap ajelah rumput rumpai laut tu dik...
    tapi sekali kena - perkhh.. percayalah, ada seorang kawan tu sampai mahu air ini tiap2 kali berbuka tau!

    mehler cuba, air istimewa buatan Johor ni..
    hahahaha..

    BalasPadam
  31. Mohd Hafizul Che Man15 Ogos 2012 pada 2:56 PTG

    ooo lagu ni air katira..serius aku tak pernah minum lagi..mesti best kan..huhu

    BalasPadam
  32. Perkhh.. tersontap wak... mesti punyalah.. (tu pun bergantung siapa yg buat ler.. hahaha)

    BalasPadam

Mengomellah Ekau Semuo Kek Sini