Halaman

Selasa, 12 Jun 2012

Muncul sudah, Proses hibernisasi sudah tamat

Hari ini (11- Jun- 2012 - Isnin) hari terakhir menjalani peperiksaan. Syukur segalanya berjalan lancar. Sekarang ini proses meraikan, bertawakal dan bertenang. 

Kegembiraan segera terukir petanda kemerdekaan diperolehi setelah perjuangan menghadapi peperiksaan amat ribut sekali itu berakhir. 

Namun senyuman itu diragut setelah menyedari berakhirnya peperiksaan bermakna sekali lagi proses hukum alam akan berlaku. Kami bakal berpisah dengan teman-teman sekuliah. Entah kapan akan bertemu, tiadalah siapa dapat menduganya, lagi-lagi usia masing-masing sudah meninggi . . . huhuhuhu.

Pelajar kali ini rata-rata datangnya dari luar negara. Banyaknya dari Iran dan tanah besar China. 

Selama beberapa minggu lalu segala penumpuan dan kerja keras dicurahkan untuk kejayaan di dalam peperiksaan dan masa depan. Di hati sering menerpa agar peperiksaan akan segera berlalu supaya azab tekanan perasaan dan fizikal ini pantas berakhir. 

Namun, baru sejam peperiksaan berlalu, jiwa mulai terasa kosong. Terpinga-pinga! Tidak karuan dan tidak tahu hendak berbuat apa. 

Ah! Mungkin maza perlukan rehat yang cukup untuk kembali bersiaran seperti biasa. 

Dari itu maza harus terus meraikan kebebasan dengan melompat mencecah awan setinggi langit! 

Sambil-sambil menadah tangan agar peperiksaan kali ini akan membuahkan hasil yang memberangsangkan. Insyallah... 

"Bertemu kita di puncak kejayaan!" kata seorang teman dari luar negara!

Melompat meraikan kejayaan, Yahoooooo!!! Yabedab bedooooo

22 ulasan:

  1. Yey!  Saya pun tumpang gembira! :D

    BalasPadam
  2. kembali berblogging lah gitu maza? boleh kembali lantun² ye?

    BalasPadam
  3. amboi seronok sangat tu kikikiii

    BalasPadam
  4. Betul-betul meraikan kemerdekaan. :-)

    BalasPadam
  5. Pasti selepas ini entri bukan setakat melantun-lantun dah. :-)

    BalasPadam
  6. Tahniah Bang Maza. Selesai satu perkara. Tunggu pulak satu perkara. Sementara tunggu perkara itu, bolehlah garap entri dan lantun sana sini. Snap gambar2 best. Lama dah tak tengok air tangan Bang Maza :D

    p/s-best tgk kawan2 melompat gembira..hehee

    BalasPadam
  7.  Kita tunggu gambar lompatan bersama transkrip pulak nanti...insyaAllah =)

    BalasPadam
  8. hati - hati tangan sebelah kiri takut tertampar pokok berduri

    BalasPadam
  9. Legaaaanya dia. Tahniah Maza sbb dapat menghabiskan kursus ke peperikasaan akhir. Kalau kawe..errr dah tak larat lagi. Otak pon dah power lagi... :D

    BalasPadam
  10. tahniah
    selamat berjaya dan selamat kembali, bro

    BalasPadam
  11. Kak Long pun rasa nak tumpang loncat jugak ni! Selamat kembali memeriahkan dunia blogging.

    BalasPadam
  12. Luka di tangan bisa dirawat..

    Luka di hati.. uhuk! lalallaa

    hahahhaa

    BalasPadam
  13. Bergembira tepuk tangan senang hati..
    lalalalalal

    BalasPadam
  14. Opps.. tiada jaminan oleh pihak SIRIM.. hahahha

    BalasPadam
  15. Selagi Cikgu Naman menyokong, insyallah akan menyusul gitew.. hehehe

    BalasPadam
  16. Moh kita berjoget abg padin.. hahaha

    BalasPadam
  17. Alamak! Tangan pun dah menggigil ni bila pasal gambar dibicarakan..
    rasanya dah lama sangat tak mengketip kamera.. hahahha

    BalasPadam
  18. Kayu pelan-pelan aje abg mail..
    sambil tu pandang-pandang, jeling-jeling Kolej Kinabalu, UMKL...hahahhaa

    BalasPadam
  19. terima kasih Cikgu.. hehehe

    BalasPadam
  20. Tanpa kaklong siapalah Maza kan kan kan.. hehehehe

    BalasPadam

Mengomellah Ekau Semuo Kek Sini