Halaman

Isnin, 18 Jun 2012

Kopi 'O', Ubi, Keledek, Ikan kering gelama bakar: Kampung Kahang

Dua puluh tahun lalu, tatkala cuaca begini redup bumi dibasahi hujan, aku sedang asyik meyuakan air kopi o pahit bersama ubi kayu cicah sambal.

Sesekali mengerling keluar melihat titisan air hujan mengalir dari atap zink rumah yang berderap-derap bunyinya.

Di balik pokok manggis sana kelihatan air hujan mencurah-curah dan dedaunan itu beralun-alun. Tiba-tiba angin dingin menyapu tubuh. Segera aku merentap kain sarung ke tubuh dan merapatkannya hingga ke bahu. Terhenjut-henjut menahan kesejukan hingga ke tulang dalam!

Ubi kayu dan keledek rebus terus dicubit dan disuap ke mulut. Sesekali ekor ikan kering gelama bakar diselitkan di celah ubi itu dan ditelan enak. Aroma kopi o pekat berbau di hidung! Ketara sekali.

Usai sarapan, sama ada aku akan menyambung lena. Atau pun turun ke laman rumah. Bermain air hujan tanpa mengenal sejuk atau terkenangkan demam, yang ada di lubuk hati hanyalah liburan dan riang-ria si kanak-kanak.

Atau pun aku berada di parit ban sana untuk menahan lukah dan menangkap ikan sepat, puyu, putih, sebarau, perik, baung untuk dibuat lauk nanti!

Ahhhh!... Petanda aku kerinduan bau selut, tanah, pasir dan keindahan tanaman di kampung halaman....

Era 1940-1980an: Makanan di waktu usai bekerja keras membuka dan meneroka tanah. Keledek, ikan gelama kering dan sambal tumis


"Keledek, ubi, ikan gelama kering bakar, sambal tumis mak anjang!"

Ini adalah antara 'desert' pembuka selera yang bakal dihidangkan ketika projek "Jambori di Kampung Kahang"... peerkhhhhh

17 ulasan:

  1. sila tahan air liur.. hehehehe

    BalasPadam
  2. dulu2 kecik2 selalu makan ubi rebus cicahkelapa parut bersama gula. tapi sekarang susah nak dapat ubi kayu kat bandar ni.

    BalasPadam
  3. DuluLainSekarangLain19 Jun 2012 pada 7:42 PG

    Perghhh sodapnya... Dah lama tak makan keledek bakar.. Ini betul-betul mengimbau kenangan silam. Kirim sikit Maza. Boleh? :D

    BalasPadam
  4. wow makanan zaman kanak-kanak aku nih,lama juga tak kena benda nih

    BalasPadam
  5. Bang Maza. Bila baca ni, rasa macam sendiri yg merasa sejuknya. Tapi tang sejuk jerlah..keledek ngn ikan kering tu mmg telan air liur jer....hehehe

    Teringat mase kecik2 dulu, tangguk ikan...indahnya =)

    Terima kasih bang maza utk entri seindah ni :D

    BalasPadam
  6. Tidak pernah mencuba sebelum ini.

    BalasPadam
  7. tak pernah pula makan ubi dengan ikan dan sambal macam ni
    biasa dengan kelapa parut je

    BalasPadam
  8. ..ubi kayu dah dikomersialkan jadi krepek Mr. Potato misai melintang.. uhuk!

    BalasPadam
  9. Kat Ranau banyak ubi kayu dan keledek tu abg Mail..
    apa lagi, ada berani panjat gunung ka?

    hahahaha

    BalasPadam
  10. ..sedap di makan begitu sahaja...

    OOO.. kopi o..
    Ooo.. ubi kayu..

    Enak dimakan begitu sajaa.... lalalala..

    hahahahaa

    BalasPadam
  11. Petanda kita dah berusia tu..
    banyak tinggal kenangan utk dikisahkan berbanding mengalami sendiri..

    kan abg hafiz kan.. hehehe

    BalasPadam
  12. Elok cuba... takut kempunan
    atau ada yg tak mengaku bukan Melayu tulen.. hehehe

    BalasPadam
  13. Cicah kelapa parut sedap juga
    Tapi cikgu, lagi best mencuba sesuatu yg baru seperti ini..

    katanya makanan inilah yang atuk nenek kita dok tokak hari-hari masa musim perang Jepun.. hehehe

    BalasPadam
  14. setuju, bro
    nampak sedap tu makan dengan sambal

    BalasPadam
  15. Mohd Faisal Abu Hassan5 Julai 2012 pada 11:08 PG

    aduhai, lapar pulak perut bila tgk gambar ni. masa kecik2 dulu, ini la yg nenek suapkan ke mulut. kadang2 dgn kelapa parut....terkenang arwah nenek. Al fatihah buat nendaku Hajah Maznah Binti Harun p/s - bro, masih jual diari islamiah?

    BalasPadam
  16. hehehe... yeap masih jual lagi diari itew. ...

    meh ler....

    BalasPadam

Mengomellah Ekau Semuo Kek Sini