Halaman

Selasa, 13 Mac 2012

Berpuasa bersama Nasyid Arab

Seputar 1990-an, lagu-lagu nasyid menjadi pilihan ramai. 1998 lagu nasyid Arab mula mendapat perhatian generasi muda seperti kami.

Hari-hari kami dengar lagu nasyid Arab. Tak jemu-jemu. Sehingga cukup bangga dengan membuka lagu nasyid sedikit lantang ketika berbuka puasa dan bersahur.

"Hendak mendapat berkat dan membersihkan jiwa," kata Kashfullah sambil memutarkan volume suara pemain cakera padat.

Terutama bersahur. Katanya mahu dapatkan 'feel' sahur. Agar nikmat sahur dapat dikunyah dan terhindar dari layuan kelopak mata yang sukar dicelikkan,. Alunan lagu-lagu Arab terus menerobos ke anak telinga dalam; rancak, mendayu-dayu dan penuh dengan kata-kata nasihat.

Sebaik lagu itu dimainkan masing-masing di Rumah Sewa Tanpa Nombor, Lorong Kubur, Pantai Dalam, Kuala Lumpur akan bergegas bangun dan bersemangat untuk bersahur.

Masing-masing mencapai kupiah setelah mengambil wuduk sebelum mengadap makanan untuk bersahur. Keesokan hari masing-masing berazam mahu berpuasa bersungguh-sungguh. Setiap orang makan dengan berselera walaupun makanan sama yang terhidang ketika berbuka tadi. Makanan sudah sejuk kejung tetapi kami tetap mengunyah dengan lahap.

Selesai sahur kami solat subuh berjamaah. Dirasakan Ramadan tahun tersebut begitu sempurna sekali. Berbuka dan bersahur pun bersama sambil mendengarkan lagu-lagu alunan nasyid Arab. Lagaknya bagaikan orang alim sekalian yang tinggal di pondok mengaji usang.

Sehinggalah satu hari seorang sahabat pergi ke pasar malam. Lalu dibelinya VCD lagu-lagu arab yang biasa kami putarkan tatkala bersahur dan berbuka puasa. Masing-masing bersemangat mahu menonton dan menikmati halwa telinga.

Seperti biasa, sementara menunggu azan berkumandang untuk berbuka puasa, kami akan membuka lagu-lagu Arab tersebut. Kali ini versi VCD pula.

Baru sekarang kami tahu. Melopong mulut masing-masing. "Aku ingatkan lagu nasyid. Rupa-rupanya ... Subahanallah! Masyallahhhh ... malunya dengan jiran-jiran kalau dia orang tahu."

"Alhamdullilah .." terbeliak biji mata Zul, melopong luas mulutnya, seolah tidak percaya. Lima pasang anak mata segera menikam tepat ke wajah Zul.

"Eh maksud aku, taubat! Taubat nasuhah wei! Tabubat nasuhah! Segera! Segera!" pekik Zul seorang mahasiswa jurusan syariah rakan serumah. Bingkas dia bangun mendahului kami dan mengumpulkan pinggan yang bersisa di atas lantai tempat kami berbuka puasa.

"Ampunkanlah dosa kami, Ya Allah! Kami tak tau," kata Salim pula. 

Selepas menonton VCD tersebut, kami tidak lagi membuka lagu-lagu Arab pilihan disangkakan nasyid selantang-lantangnya. Sekarang sudah bertukar. Bertukar menonton VCD itu dalam diam-diam selepas berbuka.

"Gelek sikit-sikit kasik peluh demi kesihatan," kata Rozlan atau dikenali oleh khalayak siber dengan nama Dafinka. Ustaz Zul juga sudah terpengaruh. Sesekali menjeling-jeling manja. Ahaks...





14 ulasan:

  1. Ingat kat dunia Arab tak de muzik pop ke? :D Haha..

    BalasPadam
  2. ...kami budak zuhud gitew... .

    hahahahaha... maza terkena sudah..

    BalasPadam
  3. Ini bukan lagu nasyid bro tapi lagu gelek kurangkan pahala. Ha..haa...

    BalasPadam
  4. amboi..amboi...lain kali beli cd raihan je..hehe

    BalasPadam
  5. sudah ada...
    cuma kononnnya nak lagi zuhud gitew...ahaks.. lalalala

    BalasPadam
  6.  ..mau buang kolestrol kaedahnya... gelek seh, gelek.. hahahaha

    BalasPadam
  7. Assalam...
    MasyaAllah....zina mata dgn telinga tu...
    ala-ala dangdut gitu..

    BalasPadam
  8. Dulu2 aku juga ingat nasyid
    Rupanya lagu biasa je dengan tarian gelek yang luar biasa
    Huhu

    BalasPadam
  9. Ada arab yg zuhud dan ada bangsa arab yg moden mengalahkan mat salleh sana. Jangan terpedaya bro... heh..
    pst : boleh ramping pinggang kalu selalu gelek ni..ya dak

    BalasPadam
  10. Saya suka baca entri ni.
    Seolah2 sedang membaca sebuah cerpen.
    Penggunaan bahasa yang sangat kreatif lagi unik.

    Psst. saya suka MV 
    Pascal Machalani - Nour El Syam

    BalasPadam
  11. Kak Long Mawar Merah18 Mac 2012 pada 10:55 PTG

    Orang-orang keliling pun tak tahu agaknya lagu tu bukanlagu nasyid...hehehe,
    Kalau takpun, mereka pun tumpang gelek sekali,exercise bulan puasa, aderkkk....

    BalasPadam
  12. itu ke nasyidnya? haha.. jiran sebelah kata, boleh tahan budak2 ni.. hehehe

    BalasPadam
  13. Hehe.. itulah dulu masa kecil pun selalu fikir lagu-lagu arab tu nasyid. Biasalah, dulu tak tahu, sekarang nasib baik dah tahu.

    BalasPadam
  14. ahlan washlan... layanzzz lagu arab la kawe malam nie di gubuk kecil kembara jalanan  :D

    BalasPadam

Mengomellah Ekau Semuo Kek Sini