Halaman

Isnin, 20 Februari 2012

Terima susah luah pun payah

Maza punyai teman di dunia siber ini yang suka berpantun sana-sini. Di dalam karangan blog beliau pasti akan diselitkan serangkap atau dua bait-bait pantun atau sajak yang puitis.

Entah apa kena hari ini, maza melantun-lantun lagi. Kali ini cuba meniru gaya cikgu Tehramuan (klik sini) berpantun seloka.

Jika orang itu memberi
Nak terima pun payah
Takut-takut apa yang diberi
Rupa-rupanya Rasuah!

Telah banyak suntikan modal
Projek jua tetap tergendala
Pelacur, perompak, Penyundal
Rasuah diberi syurga sementara

Kurang rasa kurang berbahasa
Putih cerah Hitam metalik
Pantun maza tak ada citarasa
Hentam keromok lantun pelik-pelik!


ahaks.... jangan marah aaa kengkawan.. hehehe


Wasiat Nabi SAW kepada Syaidina Ali Abi Talib:
 "Hai Ali! Sentiasa seorang mukmin dalam keadaan bertambah kuat pada agamanya selagi dia tidak makan barang yang haram, dan barangsiapa yang menjauhi ulama-ulama nescaya mati hatinya dan buta ia daripada taat kepada Allah Taala."


22 ulasan:

  1. Not bad..pandai Maza cipta pantun..hehehe

    BalasPadam
  2.  dok sedap perasan diri sendiri jerk kak...

    hehehehe

    BalasPadam
  3. Sudah lama memandu proton
    Berkenan pula dengan si naza
    Lantun-lantun mencipta pantun
    Pantun bersama si kacak maza

    BalasPadam
  4. naik perahu rasa teruja
    mahu terjun takut pula
    aduhai bro maza di sana
    nak berpantu atau nak buat kerja

    BalasPadam
  5. aku tak pandai pantu main belasah jer voleh

    BalasPadam
  6.  alamak! sedaplah pulak pantun tu.. hebat cikgu naman!.. hehehe

    BalasPadam
  7.  ..hammmpehhhhh!
    hahahha

    syhhh... jgn bagi tau boss aaaa.. hehehe

    BalasPadam
  8.  volleh, bukan kena bayar pun!
    ahaks.

    BalasPadam
  9.  sekadar mencuba-cuba aje gitew lorrr.. ahaks.
    hehehehe

    BalasPadam
  10.  Cuba juga berpantun tapi tak jadi-jadi.. Haha..

    BalasPadam
  11.  sekurang-kurangnya berusaha.. kan kan kan...

    BalasPadam
  12. kita gak melukut tepi gantang heeeee belajar balik nak berpantun ni heee

    BalasPadam
  13. rasuah mmg menjadi-jadi.. semuanya terletak pada diri sendiri.. moga rasuah kita hindari, baru hidup lebih bererti...

    melantun-lantun jugak ni..

    BalasPadam
  14.  uiks.. boleh biki gurindam ni.. lalalala

    hahaha

    BalasPadam
  15. Jika org itu memberi
    harap bukan duit judi
    pertama kali dtg kemari
    Best pula pantun di sini

    BalasPadam
  16. Jika ada yg memberi
    Harapnye kita sudi terima
    Jangan kita susahkan diri
    Dengan perangai buruk sangka

    BalasPadam
  17.  moh kita kunyah ramai2 .. hahahha

    BalasPadam
  18. hahahah...

    encem gak pantun ni..
    terbaik!

    BalasPadam

Mengomellah Ekau Semuo Kek Sini