Halaman

Jumaat, 24 Februari 2012

Program Pengajian Ilmu Islam

Kalau dulu kala, kita terpaksa pergi ke rumah tuan guru untuk menuntut ilmu. Maza masih ingat lagi betapa mahu menuntut mengaji Quran dengan Tok Dara, pada tiap-tiap petang sebelum maghrib biasanya akan pergi menolong Tok Dara untuk mengangkat air dari perigi.

Timba dijatuhkan ke dalam perigi sedalam 3 meter. Kemudian air yang diceduk dari perigi itu dituangkan pula ke dalam baldi atau tempayan. Jarak antara perigi dengan rumah Tok Dara sekitar 40-30 meter yang berhampiran pokok manggis di belakang rumahnya. Baldi yang sudah berisi air ini akan dikandar pula dan dituangkan ke dalam tempayan atau besen air yang tersedia ada.

Adakalanya, emak akan mengirimkan lauk kepada Tok Dara. Selepas solat Isyak, maza akan pulang ke rumah yang jaraknya dengan rumah Tok Dara adalah sebidang tanah kebun. 

Menuntut ilmu di mana-mana pun jua selagi ilmu itu adalah ilmu yang bermanfaat


Hari ini, bukan anak murid datang mencari ilmu daripada tok-tok guru. Tetapi tok-tok guru sendiri yang menawarkan diri untuk datang ke rumah anak-anak didik. Mereka sanggup bersusah payah menyebarkan ilmu dan dalam masa sama mendapat sedikit imbuhan berupa yuran tuisyen.

Dengan kemudahan yang sepertinya di hari ini, hendaknyalah kita mengambil peluang untuk terus-terusan menuntut ilmu.

Jadi pada mereka yang mempunyai keupayaan dan ingin menuntut ilmu, bolehlah menempah atau mengambil program rumah ke rumah yang dianjurkan itu.

Maza menemui bingkasan iklan tersebut di Pasaraya Giant di Damansara. Oleh itu mereka di sekitar Petaling Jaya boleh mengambil kesempatan yang baik ini.

Selamat beramal! hehehehe

*nota: terima kasih Cik Jue Tomey kerana sudi jadi follower blog Gubuk Kecil yang lantun-lantun ini.. hehehehe





7 ulasan:

  1. Ada gak parents yg minta abg buat tusyen d umah tp abe tolak sbb bz sgt. Cukuplah dgn xtra class d umah. Dpt gak kurang2 rm250 sebulan.

    BalasPadam
  2. Zaman sudah berubah. Sebaik-baik adalah mencari guru untuk belajar.

    BalasPadam
  3. alhamdulillah...kesungguhan guru agama yg ingin mendidik anak2 dan org dewasa...bukan senang tau nak cari guru agama yg nak dtg ke rumah.
    kzue pun masih belajar Iqra dan tajwid di masjid.

    BalasPadam
  4. Sekarang ni ibu bapa takut nak lepaskan anak keluar rumah. Jadi, kalau ada perkhidmatan sebegini, mungkin keselamatan dan kebebasan anak-anak dapat dikawal.

    BalasPadam
  5. hehe..dah dekat dah dgn giant ni bro...

    Bagus betul usaha yg Ustaz ni lakukan. Setakat ni sya pegi kelas agama dewasa kat area rumah jer

    BalasPadam

Mengomellah Ekau Semuo Kek Sini