24 Januari 2012 (Selasa) - Hari ini maza pergi melawat Tasik Biru, Kundang, Selangor untuk kesekian kalinya. Cadangnya pada petang berbahagia ini maza dan keluarga ingin bersantai sambil menikmati pemandangan indah di situ.
Jam 6.15 petang kami sampai ke lokasi. Ramai orang yang bertandang di tepian Tasik Biru ini. Ramai pengunjung terutamanya kanak-kanak bermandi-manda di lombong peninggalan penjajah British. Ada yang berkelah dan ada yang mencari rezeki dengan berjualan.
Namun, keindahan panorama yang diharapkan terganggu dengan longgokan sampah sarap yang merata-rata. Hasrat hendak membenarkan anak-anak bermandi-manda segera terencat. Botol minuman terapung sana-sini, lampin pakai buang bayi, tuala wanita juga terdampar di tepian tasik, pembungkus jajan dan bekas minuman bergelimpangan.
Maza berasa kurang senang melihatkan pemandangan yang menyakitkan mata itu. Di hati maza segera menelah, haruskan dipersalahkan kerajaan tempatan yang tidak reti menjaga persekitaran. Lebih-lebih lagi muktahir ini acapkali juga kedengaran di TV3 yang membawa berita kerajaan Negeri Selangor tidak pandai urus sampah-sarap hingga berlaku konflik.
Dengar khabar dari satu lagi pihak, kegagalan pengurusan sampah sarap ini harus ditangani dengan menukarkan kerajaan pemerintahan negeri pada pilihan raya ke tigabelas akan datang. Ada pula yang panas baran membayangkan bahawa kerajaan negeri Selangor suka sampah dan perlu "disampahkan!"
Benarkah begitu?!
Dari satu segi pula hati maza berkata, takkanlah soal pemeliharaan alam sekitar di kawasan yang berpontensi besar seperti ini tidak dapat ditangani oleh masyarakat atau pengunjung itu sendiri.
Pengunjung itu sendiri perlu mendisiplinkan diri untuk sama-sama menjaga alam sekitar dengan tidak mengambil kesempatan atau memalaskan diri dengan membuang sampah sarap sesuka hati. Kalau pun kerajaan negeri diperintah oleh pihak satu lagi, tetapi perangai dan akhlak pengunjung yang tidak reti menjaga kebersihan, perkara kekotaran ini tetap juga akan berlaku! Lambat-laun, tasik yang indah ini hanya tinggal kenangan dan dipenuhi dengan longgokan sampah-sarap. Atau lebih buruk lagi ia terkambus begitu sahaja dengan sampah yang bertimbun-timbun.
Jijik!
Pengunjung itu sendiri perlu mendisiplinkan diri untuk sama-sama menjaga alam sekitar dengan tidak mengambil kesempatan atau memalaskan diri dengan membuang sampah sarap sesuka hati. Kalau pun kerajaan negeri diperintah oleh pihak satu lagi, tetapi perangai dan akhlak pengunjung yang tidak reti menjaga kebersihan, perkara kekotaran ini tetap juga akan berlaku! Lambat-laun, tasik yang indah ini hanya tinggal kenangan dan dipenuhi dengan longgokan sampah-sarap. Atau lebih buruk lagi ia terkambus begitu sahaja dengan sampah yang bertimbun-timbun.
Jijik!
Untuk memantapkan kawasan Tasik Biru, maza cadangkan pihak berkuasa tempatan rajin-rajinlah memantau keadaan dan persekitaran di sini. Pengindahan perlu diwujudkan. Tong-tong sampah perlu disediakan. Jika boleh ada penguatkuasaan dijalankan dengan mendenda mereka yang tidak bertanggungjawab.
Rasanya kita perlu menanam rumput-rumpai yang bersesuaian di tebing tasik. Selain ia mengindahkan kawasan, ia juga dapat menghalang hakisan daripada berlaku.
Para pengunjung juga perlu mengambil inisiatif sendiri. Kita perlu menjaga persekitaran. Segala makanan dan bungkusan yang dibawa jangan dibiarkan bergelimpangan. Sekiranya tidak ada tong sampah atau tempat pembuangan sampah silalah simpan sampah tersebut di dalam kenderaan masing-masing. Kemudian setelah menemui tempat pembuangan, buanglah sampah tersebut di situ.
Bak kata orang putih, "Clean as you go!"
Rasanya kita perlu menanam rumput-rumpai yang bersesuaian di tebing tasik. Selain ia mengindahkan kawasan, ia juga dapat menghalang hakisan daripada berlaku.
Para pengunjung juga perlu mengambil inisiatif sendiri. Kita perlu menjaga persekitaran. Segala makanan dan bungkusan yang dibawa jangan dibiarkan bergelimpangan. Sekiranya tidak ada tong sampah atau tempat pembuangan sampah silalah simpan sampah tersebut di dalam kenderaan masing-masing. Kemudian setelah menemui tempat pembuangan, buanglah sampah tersebut di situ.
Bak kata orang putih, "Clean as you go!"
Sepekara lagi, peniaga-peniaga kecilan yang menjaja dengan lori atau kenderan tempelan perlu menjalankan tanggungjawab sosial. Dari hasil jualan mereka jugalah pengunjung itu membuang sampah merata-rata. Apa salahnya jika peniaga-peniaga ini melaksanakan kampen kebersihan dengan menyediakan tong-tong sampah atau plastik-plastik sampah untuk kegunaan bersama. Jika kawasan ini bersih dan indah, sudah pasti mereka juga yang memperoleh keuntungan berganda.
Maza juga sempat memerhatikan sekitar kawasan tasik ini mulai diterokai. Maza tidak tahu projek apakah yang sedang direncanakan. Namun maza menaruh harapan besar agar projek yang dilaksanakan itu tidak memadamkan keindahan panorama Tasik Biru. Atau menjadikan Tasiki Biru itu seperti tinggalan sejarah.
Maza juga ingin menarik perhatian agar peniaga-peniaga warung di seberang sana, janganlah membuang sisa-sisa makanan atau sampah sarap, atau hasil kumbahan dialirkan langsung ke dalam tasik. Walaupun tasik itu luas dan airnya lebih dua 'kolah', tetapi harus barang diingat, tindakan membuang sisa tersebut ke dalam tasik lama kelamaan mencemarkan air tasik lalu melahirkan aroma yang busuk dan mendatangkan penyakit.
Marilah kita sama-sama menjaga kebersihan; akhirnya sendiri juga yang sihat dan mendapat faedah. Hakikat hidup ini kita sebenarnya meminjam dunia ini daripada anak-anak kita; generasi akan datang. Jika kita tidak menjaganya pada hari ini, dunia apakah yang bakal kita wariskan kepada anak-anak itu kelak? Maza khuatir mereka tidak dapat lagi menikmati atau sudah tidak mengerti lagi apa itu keindahan alam selain hanya bergelumang dengan pencemaran hasil ketidakbertanggungjawaban kita di saat ini!
Memang sakit mata bila tempat riadah dan tumpuan awam penuh dengan sampah sarap! Entah bila agaknya mentaliti orang Malaysia hendak berubah terutama dari segi menjaga kebersihan.
BalasPadamIkhlas, mulanya maza fikir masyarakat dari Negeri Pantai Timur kurang peka dengan penjagaan persekitaran, tetapi hari ini telahan maza itu meleset jua.
BalasPadamDengan ini membuktikan bahawa sikap kita sendiri harus berubah. Setiap insan perlu mementingkan kebersihan barulah negara ini terjaga.
Apa yang penting ialah kebersihan itu bukan bergantung kepada dari mana wilayah kita berasal, tetapi ia datangnya dari hati, sikap dan budaya yang menjadi amalan....
tak gitew.. hehehehe...
Saya rasa tidak perlu mengharapkan orang lain untuk membersih sisa kita. Sudah menjadi tanggungjawab untuk menjaga kebersihan. Ia semuanya bermula daripada rumah.
BalasPadamselalunya pembuang2 sampah ni dok mengharapkan orang lain (petugas kebersihan) yang akan kutipkan sampah2 tu.. kononnya sebab dah bayar cukai... haih....
BalasPadamapalah salahnya kumpulkan sampah tu n bila dah jumpa tempat sesuai baru buang.
ke dorang ingat tasik tu 'tempat yang sesuai' untuk buang sampah kot??
patut kenakan denda rm300 kpd mrka yg buang sampah merata2 ni. BTW, daddy dah beli domain sendiri. kini URL blog daddy ialah www.jukdin.com . silalah tukar URL yg lama dgn yg baru, ok? thanks bro maza !!!
BalasPadamsikap sendiri pun susah nak ubah...nak marah orang yang kena jaga orang 1 negeri..
BalasPadamtangan sendiri pun tak reti nak kawal...nak salahkan orang sebab tak kawal keadaan negeri..
nak jaga diri sendiri pun tak reti nak marah orang tak reti jaga negeri..
Oh doniaaa... itulah pentingnya belajar fizik...eh! sivik....=)
..Hahahaha...
BalasPadammemang menusuk kalbu pandangan cik nurul kali ini.. hehehhe
wah! cikgu sudah punyai URL sendiri.. perkhh cayalah...
BalasPadamblogger sejati ni.. hehehe
..entahnya, patut dibabab montot mucuk dia org tu, kan kan kan
BalasPadam..kekadang mak ayah sendiri pun tak bagi contoh baik, camno tu?
BalasPadamtapikan confim kat sekolah sudah diajarkan agar menjaga kebersihan, tapi tapi tapi. aderkkk!!!!!
Saya dahulu kalau mahu meminang anak dara melihat halaman rumahnya bersih atau tidak. :-)
BalasPadam..wah! Petua yg bagus sekali ni.. hehehe
BalasPadammaza dulu2 nak masuk meminang, bakal isterinya kena test basuh pinggan.... sama ada tersisa minyak atau mengke'iut kan.. hehehhe
Macamana hendak skodengn anak dara basuh pinggan nanti kena cekup pulak. Ha..haa....
BalasPadammakin manyak lomak!
BalasPadampayah klu begini jadinya.hambo tka hingin nak bwk ank madi hee..baik tgok skkli je bagus gak cam bro maza amik pic org2 sekeliling ada untung blh muat naik pic dlm blog utk d jadikan sumber berita sensasi blog heee
BalasPadamentahnya!!! pengunjung bukannya semua dr selangor..yg nak disalahkan kerajaan selangor pulak..mana aci! oh selangorku tercinta, asyik difitnah saja....
BalasPadamerrr.. aaa... errr.... entahnya kan kan kan..
BalasPadamhahaha. hentam ajelah.. *senyum dari dagu sampai ke cuping telinga!.. hahhaa
oopss. opps.. harap2 tak kena ISA udah ler..
BalasPadameh! ISA dah dihapuskan kan kan kan..
hehehehe
1. Pihak kerajaan negeri ade keluarkan kenyataan yg ada pihak sabotaj dan masalah sampah ni akan diselesaikan dalam masa 2 minggu (kalau takde sabatoj).
BalasPadam2. Tgn2 manusia mmg tgn perosak alam semulajadi. Tak habis dgn usaha menipiskan ozon, kita yg bernama manusia juga berusaha gigih menghapuskan keindahan dan kesegaran sumber air.
3. Kita juga yg bernama manusia, mcam kata bang maza, bergelumang dgn pencemaran hasil buatan kita sendiri
4. Kita yg tak bersalah ni juga turut rasa tempiasnya, nak mandipun tak boleh...apapun tak boleh =)
Memang nampak teruk tu, bro
BalasPadamSikap pengguna memang memainkan peranan penting dalam menjaga kebersihan
tak perlu kata apa-apa, senyum! senyum..
BalasPadamhehehehe
Tu lah cikgu,
BalasPadamtakkan kita nak salahkan cikgu yg mengajar anak murid menjaga kebersihan di sekolah pulak.. kan kan kan...
huhuhu
Maza, terkilan tengok tasik perkelahan jadi camtu. Semuanya terletak pada mentaliti masyarakat sebenarnya. Sebab sikap adalah perkara yang orang lain tak boleh betulkan..semuanya terletak pada diri sendiri. Kita harus berubah demi generasi yang akan datang...btol tak?
BalasPadambetul tu... sbb tu lah Tuhan suruh kembara di muka bumi ini, agar kita mengambil pengajaran dan tahu bersyukur dengan memelihara alam sekitar.. tak gitew?
BalasPadamhehehhehe
Pihak berkuasa tempatan patut letak jer ENFORCEMENT OFFICERS ramai2 lepak kat sana. Lepas 6 bulan dan ramai kena saman, sure jadi disiplin mereka semua tu. :D Officers tu semua kemudiannya dipindahkan ke tempat lain pulak, dan lain dan lain dan lain.. sehingga semua beach dan taman terkawal kebersihannya. :D
BalasPadamharap-harap pihak yg berkenaan dengar-dengarkanlah cadangan yg mulia lagi baik dari peguam kita ini.. hehehehe
BalasPadam