Halaman

Selasa, 13 Disember 2011

Selepas maza kini emak pula...

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulilah maza kembali pulih sepenuhnya setelah dilanda ujian dengan penyakit CAP (pneumonia). 

Baru sahaja 6 minggu keluar dari hospital, kini emak maza yang sempat merawat maza tempoh hari pula dimasukkan ke hospital Kluang. Sedang maza sekarang berada di KL dan hujung minggu sudah maza sempat melawat emak selama dua hari berturut-turut.

Kali ini emak dirawat untuk penyakit kencing manis. Tapak kakinya bernanah dan terpaksa dibedah. 

Hari ini merupakan kali ketiga emak diusung ke dewan bedah untuk selang empat hari berturut-turut. 

Jiwa maza tidak tenteram. Gelodak membadai segenap ruang rusuk perasaan. Resah, gelisah menghempas hati. Degupan jantung tidak menentu, kejap deras, kejap pantas seolah-olah seperti atelit pelari pecut 100 meter sedang mengerah kederatnya. Rusuh bergelora menghentam segenap pembuluh darah. 

Dalam masa sama, maza harus menghadapi peperiksaan bagi kursus yang maza ambil itu. Allahu akhbar!

Sepuput doa dihadapkan kepada Ilahi dengan penuh pengharapan agar doa ini dimakbulkan:  
"Ya Allah! Sembuhkanlah penyakit ibuku, dan panjangkanlah umurnya agar aku dapat berbakti kepadanya lagi. Aku belum puas menagih kasih dan sayang ibuku. Ampunilah dosa kami sekeluarga....."





12 ulasan:

  1. mudah-mudahan semuanya dipermudahkanNya, dan emak maza sihat seperti sediakala..harap yang terbaik untuk perjuangan Maza..

    BalasPadam
  2. wah hebat dugaan yang melanda. Moga-moga bro berjaya didalam ujian dan ibu pula lekas sembuh.

    BalasPadam
  3. Hebat dugaan sepanjang tahun 2011...  Sabarlah. 

    BalasPadam
  4. owh ni diabetic foot ulcer abg zaid .. emm dah 2 kali debridement .. masuk lagi kali ke-3 menunjukkan the first 2 surgery tak cover enough .. insyaAllah moga kali ke-3 mereka dapat buang semua tissue yg dah rosak tuh ..

    BalasPadam
  5. Oh, gitew.. terima kasih fahmi...
    abg lak tak sempat nak jumpa doktor dan tanya tempoh hari..
    sbbnya datang lewat...

    BalasPadam
  6. Harap maza tabah menghadapi segala dugaan..mak daddy aiman pn ada kencing manis jugak....

    BalasPadam
  7. banyak bersabar, bro
    bila allah sayang kita
    makin banyak ujian yang diberi

    moga2 mak maza lekas sembuh

    BalasPadam
  8. yea betul cikgu...
    moga2 bertambahlah sayang Allah SWT pada kita..
    ameennn..

    BalasPadam
  9. sedang menghidup sia-sia nafas yg ada anif..
    mudah2an apa yg dilalui berbaloi imbuhannya kelak..

    BalasPadam
  10. terima kasih.. mudah2an semuanya selamat dan berjalan lancar...

    BalasPadam
  11. Ameen Ya Allah. Moga Ibu Maza disembuhkan dan ditabahkan hati utk dugaan ni.

    Saat mereka ada, inilah tikanya kita berbakti membalas jasa mereka yg tak mungkin terbalas selamanya. Moga Maza juga tabah dan kuat...

    BalasPadam

Mengomellah Ekau Semuo Kek Sini