Assalamualaikum w.b.t
Sememang rasanya amat lama maza tidak kemaskinikan blog ini. Hampir sebulan. Semuanya gara-gara terlantar di katil hospital selama lima hari dan dimasukan di wad ICU selama dua hari.
Sekarang ini sudah lebih dua minggu keluar dari hospital dan dalam proses pemulihan. Badan pun masih lemah-lemah dan perlu membuat pemeriksaan susulan dalam beberapa hari lagi.
Kepada kengkawan yang sudi mendoakan maza, maza hendak ucapkan jutaan terima kasih. Doa kalian dan kasih sayang yang kalian tunjukan itu sebenarnya sampai kepada maza. Maza dapat merasakan kemanisan doa dan kasih sayang kengkawan sekalian tatkala maza di dalam keadaan koma, lemah dan kesakitan.
Jasa kalian dalam mendoakan dan rasa belas kasih sayang yang disampaikan itu amatlah maza hargai. Tidaklah maza mampu membalas kesemuanya dengan sisa-sisa kuderat maza yang masih berbaki ini. Hanya Allah SWT sahajalah yang mampu membalas segala kebaikan dan kasih sayang itu dengan balasan besar lagi setimpal kepada kengkawan semua. Maza hanya mampu berdoa agar maza dan kengkawan sekalian dilimpahkan rahmat oleh Allah SWT, dipanjangkan usia, diberikan kesihatan yang sempurna dan dimurahkan rezeki.
Mudah-mudahan hidup kita ini di dalam kebajikan dan kebaikan dan begitu juga dimatikan di dalam keadaan kebaikan lagi dimuliakan.
Alhamdulillah..
BalasPadamTeruskan proses pemulihan dan ikuti segala nasihat Doktor sehingga kesihatan kembali sperti biasa,,
syukur bro maza dah mula sembuh
BalasPadamubat dan nasihat doktor tu kena ikut sentiasa tu
salam Maza... patut lah pok jeragang lama tak tengok........ semuga cepat sembuh. Dah rindu yang amat dengan gambor2 dari lensa maza uhukkkkk
BalasPadamsyukur Alhamdulillah.. harapnya maza sembuh seperti sediakala
BalasPadamhidup sihat dan kekal bahagia :D
alhamdulillah syukur... moga cepat sihat ya
BalasPadamsalam..
BalasPadamapa yg terjadi kt cik Maza ni? sy ketinggalan.....huhuhu..apapun semoga cepat sembuh..insyaAllah
Oh, saya tidak tahu penyakit bro Maza serius sampai masuk ICU sebab saya ingat hanya maksud wad biasa sahaja. Harap bro Maza dapat menjaga kesihatan dan pulih sedia kala.
BalasPadam...cerita selanjutnya adele boleh lihat di entry yang lalu bertajuk, "Malam Terang Bulan"
BalasPadamhehehe
..gitewlah.. terima kasih anif
BalasPadam..terima kasih cikgu..
BalasPadam..hehehe.. insyallah bila sihat nanti akan dizahirkan gambar2 yg itew..
BalasPadamameennnnn
BalasPadam..ameennn.. terima kasih mrs azmi
BalasPadam..dan maza juga tak sangka terus dimasukkan ke ICU.. huhuhuhu
BalasPadamdalam hati ada rawan gitew..
Alhamdulillah dah keluar hospital. Rehat secukupnya, semoga cepat sembuh.
BalasPadamterima kasih yati...
BalasPadamMaza. what happened? Saya tak tahu apa2 nie. Kenapa sampai masuk ICU? O.o
BalasPadamsaya ingatkan Maza bz dengan study..harap² Maza semakin sihat hendaknya..boleh lantun² lagi
BalasPadamingatkan pergi bertapa...rupa2nya masuk hospital...moga diberi kesembuhan hendaknya...
BalasPadamklu dah masuk ICU, kira serious juga penyakitnya tuu Maza...
BalasPadamAssalamualaikum Saudara Maza,
BalasPadamSubhanallah. Syafakallah. Moga Allah memberi kekuatan dan kesembuhan buat Maza.
Rehat dulu, nanti dah betul2 sihat..beru rempit betul2... :D
Astagfirullahalazim... Nekcun benar-benar tak tahu yang Maza telah terlantar di ICU... Kalau tahu awal-awal, pasti nekcun tak akan membiarkan Maza keseorangan menahan rasa sakit itu... Walau apa pun, Alhamdulillah kerana Maza dah boleh berkomunikasi kembali dengan kekawan semua di alam maya ini... InsyaAllah, nekcun akan sentiasa mendo'akan Maza supaya cepat sembuh dan kembali sihat dan ceria seperti selalu... InsyaAllah, Allah akan sentiasa mengurniakan rahmatNya kepada Maza sekeluarga agar sentiasa sehat selalu... Amin...
BalasPadamErrrkkkkkkk!
BalasPadamMusim Sakit ke ni?
Smoga cepat sembuh, Ameen!
Alhamdullilah Maza dah sembuh. Terasa rindu gak pada Kembara Jalanan nih :D
BalasPadamJaga makan dan minum Maza. Take care...
Salam bro maza,
BalasPadamSya pun dah lama tak singgah sini. Rupanya tuan blog ada masalah kesihatan. T
Semoga lekas baik dan bawa-bawalah berehat. insyaalah boleh update blog dgn lebih pantas lagi
alhamdulillah dah sehat ....
BalasPadammaza kena CAP Pneumonia; mcm radang paru2 gak ler...
BalasPadammujur maza dapatkan rawatan awal walaupun pd peringkat agak cemas gitew... huhuhu
hehehe... busy dgn study pun ya cikgu....
BalasPadamskrg ini tgh bertelungkus lumus untuk catch-up
ameennn gitew...
BalasPadamkena pneumonia
BalasPadamterima kasih hafiz...
BalasPadamkata doktor utk pulih sepenuhnya mengambil masa juga..
dan skrg terpaksa membuat pemeriksaan susulan yg kerap..
moga2 dipermudahkan dan diberikan kesihatan yang sempurna kpd kita semua....
terima kasih nekcun...
BalasPadamskrg ni tgh berehat dan mudah2an cepat sembuh sihat sejahtera.....
...sakit tak kira musim.. hehehhe
BalasPadamkebetulan kita jatuh sakit sama2. ahaks
maza rindu juga dgn DLSL....
BalasPadambuat masa ni sekadar jengah2 dan baca2 sekali lalu.. mahu menaip tunggu bila larat sikit lagi.. heheheh
terima kasih kak mekar...
BalasPadamkak mekar kita selalu busy ke Langkawi.. hehehehe..
mudah2an umur kita dipanjangkan dgn kesihatan yg sempurna gitew..
masih tak berapa nak kuat lagi ... masih lemah, batuk2..
BalasPadamkata doktor jgn renyah2... tapi kenalah selalu kunyah2 (ubat).. uhuk!
Ouch. Sorry to hear that Maza.
BalasPadamSemoga sentiasa sihat sejahtera.. Take care tau.
salam..
BalasPadamsakit apa ni bri maza huhu...harp dah smbuh sedikit demi sedikit...
wah masuk icu bhya tu mujur tak lagi lama.pasti anak2 isteri rindu akn bro selama maza tak der huhu...
semoga segera sembuh ya.amin
BalasPadamsyukurlah dikembalikan kesihatan yg baik utk abg maza..
BalasPadamkena pneumonia...
BalasPadamameenn
BalasPadamalhamdulilah....
BalasPadamAkhirnya bro sembuh juga..
BalasPadamAlhamdulillah, semoga bertambah sihat selalu..:)
ameennnn.. gitew..
BalasPadam