Gambar 1: Rumah usang berdiri sepi di tepi sebatang jalan di Bongek, menanti rebah ke bumi. |
Menurut kata uwan, dulunya kawasan ini cukup meriah dan banyak penghuninya. Rumah-rumah penduduk juga rapat-rapat. Rumah-rumah Minangkabau berdiri teguh mendukung Adat Pepatih. Sebenarnya rumah tradisi di kawasan ini sedikit berbeza dengan mana-mana rumah Minangkabau yang terdapat di Negeri Sembilan. Pengaruh rumah Melaka itu lebih kuat.
"Dahulu kawasan ini diamnya banyak sawah-bendang. Dari sawah inilah tompek (tempat) simpanan boreh (beras) untuk Undang Luak Rembau." terang uwan.
Hari ini sawah tersebut sudah terbengkalai. Sesetengah tanah bendang sudah berubah kepada tanaman sawit. Demikianlah akibat rempuhan arus kemajuan menerpa desa ini, maza kira.
Akibatnya banyak rumah-rumah tradisional terabai atau rebah ke bumi. Sekarang ini rata-rata rumah yang berdiri di tanah Gadong sudah berubah wajah kepada rumah rumah batu bertiang konkrit. Rupa bentuknya sudah jauh berbeza dari rumah adat.
Malah dulunya setiap rumah atau tanah berkonsepkan terbuka, sesuai dengan budaya kemalayuan. Tetapi hari ini tiang-tiang pagar berdiri tegap menjadi benteng penghalang mengelilingi kawasan rumah. Katanya untuk menghalang binatang ternak (seperti lembu dan kambing) dari memasuki laman rumah, juga demi keselamatan penduduk itu sendiri.
Di kampung ini juga banyak rumah-rumah lama/tradisional sudah roboh; menyembah ke tanah, musnah dimakan anai-anai. Tiada siapa bertunggu tangga atau peduli lagi. Lalu menjadikan deretan rumah-rumah lama ini sebagai bangunan misteri.
Menurut uwan, fenomena ini berlaku disebabkan rumah tersebut ketiadaan waris, atau warisnya sudah berpindah keluar dari kampung ini. Maka tinggallah rumah-rumah tersebut bersendirian dan usang dimamah usia. Tiada siapa yang sudi menguruskannya lagi.
Kali ini maza sempat merakamkan rumah usang tersebut sebagai tanda ingat-ingatan. Sebagai lipatan sejarah tentang jati diri.
Sayang seribu kali sayang, pastinya dulu kawasan rumah ini begitu meriah, penuh dengan bahagia dan keceriaan. Ia berdiri megah bersama penghuni yang mendukung agama Islam. Lihat sahajalah hiasan dan reka bentuk rumah usang ini yang masih berbaki. Masih jelas kelihatan pengaruh dan perlambangan iman yang dizahirkan ke atasnya.
Gambar 4: Dulunya penghuni rumah ini cukup berbangga memilikinya. Hari ini ia berdiri sepi, sendirian. Malah ada yang menuduhnya sebagai rumah 'hantu' |
Secara harafiahnya, mahulah maza menyeru agar memerlihara jati diri kita. Harus digilap dan dipelihara, jangan dibiarkan usang lalu rebah ke bumi. Ditakuti nanti kita sendiri akan keliru tentang kewujudan diri di tanah bertuah ini.
Terima kasih kepada, aidahana, nurmisnan, dan azizi kerana sudi men-follow blog yang entah apa-apa entah ini... heheheheh.. lantun satu kali.. ahaks..
Kalau dibaik pulih tentu menarik... Mungkin boleh dijadikan homestay :D
BalasPadamrumah sapa tu? boleh guna buat filem hantu kak limah 2 nih :wink: serammmmm...
BalasPadam..tuannya duduk kat rumah baru di seberang jalan sana..
BalasPadamdalam proses pembaikan katanya.. entahlah.. hehehee
ppst: tu gambo sekitar kampung den.. ahaks..
Rumah ini kalau dahulu tentu cantik. Baguslah pemilik melakukan proses pemuliharaan bukan senang hendak mencari tukang kayu yang mahir
BalasPadam..betul tu, lagipun letaknya rumah ini betul2 di tepi jalan..
BalasPadamdengar kata dari respondent di kampung itu, rumah tersebut memang lawa pun..
hhehehehee
kena repair rumah ni
BalasPadamhttp://wanwidget.com
BalasPadamlagi satu kisah sejarah
BalasPadammemang hebat dan gagah nampaknya
memang milik orang kaya2 ni
rekabentuk rumah2 zman dulu kebanyakannya ada sebab tersendiri..memang seronok kalau tau..
BalasPadamskrg kehidupan lebih selesa mka yg kama d lupakan yg bru bt owner syum sekaki
BalasPadamha...baru perasa ada bayi comel hee...terus gatal teling gue heeee...
BalasPadambegitulah lumrah hidup.. kita akan tua..
BalasPadamcantik rumah ni. sayang dah tak digunakan.
BalasPadammemang serammmm... siap ada busut tinggi tu kat tangga...
BalasPadamSekarang ni kalau lalu kawasan Seri Menanti, banyak sangat rumah yang indah-indah rekabentuknya terbiar sepi menunggu rebah ke bumi. Sayang kan? Tapi,nak buat macam mana. Dah tuntutan arus permodenan. Kalaulah boleh terus dipulihara.
BalasPadamBesarnya busut kat tangga umah ni... >_<
BalasPadamayookkk ada momok!
BalasPadamhahahaha
wah good idea!
BalasPadamproduk pelancongan tu..
Awalnya aku hanya mencoba main togel akibat adanya hutang yang sangat banyak dan akhirnya aku buka internet mencari aki yang bisa membantu orang akhirnya di situ lah aku bisa meliat nmor nya AKI NAWE terus aku berpikir aku harus hubungi AKI NAWE meskipun itu dilarang agama ,apa boleh buat nasip sudah jadi bubur,dan akhirnya aku menemukan seorang aki.ternyata alhamdulillah AKI NAWE bisa membantu saya juga dan aku dapat mengubah hidup yang jauh lebih baik berkat bantuan AKI NAWE dgn waktu yang singkat aku sudah membuktikan namanya keajaiban satu hari bisa merubah hidup ,kita yang penting kita tdk boleh putus hasa dan harus berusaha insya allah kita pasti meliat hasil nya sendiri. siapa tau anda berminat silakan hubungi AKI NAWE Di Nmr 085--->"218--->"379--->''259
PadamBlh propose dkt penerbit film seram bt lokasi penggambaran...selamat hari raya bt maza & family...
BalasPadamsayangnya rumah tradisional ini tidak dijaga dan dipelihara.....dibiarkan terbengkalai begitu sahaja...akan lupuslah satu hasil seni ukiran Melayu tradisi yang dicanangkan oleh cendekiawan masyarakat Melayu tradisional....:-(
BalasPadamya..reka bentuk rumah Melayu tradisional dari segi bentuk ukiran, pembahagian ruang rumah, jumlah tingkap dan tiang rumah, bentuk bumbung, dan lain-lain mempunyai sebab-sebab yang tertentu...reka bentuknya juga melambangkan kebijaksaan dan kekreatifan nenek moyang kita dahulu...sayangnya cucu cicit mereka sendiri yang melupuskan hasil kebijaksaan mereka....
BalasPadamdijadikan homestay dan rumah warisan.....nanti anak cucu pn boleh kenal rumah melayu tradisi dan tahu yang nenek moyang mereka mmg pandai dan kreatif walaupun tidak bersekolah...
BalasPadamKos utk pemuliharaan dengar kata cukup tinggi...malah lagi mahal drp rumah konkrit..
BalasPadamerrr...cerita Hantu Kak Limah siri 2, apa mcm?
BalasPadamhehehhe
cantik gambar rumah usang tu..
BalasPadammcm muzium..
p/s : gambar header tu lady suka.. menarik.. :D..