Semalam 9.11 (September 11) merupakan ulangtahun runtuhnya bangunan New York, World Trade (WTC) Centre di Amerika Syarikat. Sudah sedekad ia berlalu; 2001.
Semenjak itu pelbagai kekecohan dan penjajahan baru membadai dunia. Kumpulan Al Qaeda ditunding jari menjadi dalang dan bertanggungjawab ke atas kematian lebih 2,000 orang di WTC itu.
Dalam masa sama juga mereka yang tidak bertanggungjawab telah menuduh orang-orang Islam sebagai penganas. Mereka cuba mewujudkan satu persepsi bahawa Islam itu sebuah agama yang menggalakkan penganutnya tidak berperikemanusiaan. Walhal itu bukanlah perkara sebenar.
Dalam masa sama juga mereka yang tidak bertanggungjawab telah menuduh orang-orang Islam sebagai penganas. Mereka cuba mewujudkan satu persepsi bahawa Islam itu sebuah agama yang menggalakkan penganutnya tidak berperikemanusiaan. Walhal itu bukanlah perkara sebenar.
Sejurus selepas itu Afghanistan, Pakistan, Iraq, menghadapi tempias secara langsung daripada peristiwa tersebut.
Hari ini rakyat di negara-negara Timur Tengah mula bangkit menentang kerajaan mereka. Antaranya ialah Mesir, Libya, Syria, Sudan, Yaman, Bahrain. Lebih malang lagi terdapat campur tangan dari anggota EU dengan perikatan askar NATO mereka! Walhal pemimpin-pemimpin itulah dulunya mereka amat sokong dan menyokonginya. Ini menjadi petanda barangsiapa tidak digemari oleh golongan barat atau lebih tepat lagi NATO, mereka tanpa "segan-silu" menceroboh dan meruntuh apa sahaja dengan apa jalan sekali pun.
Maza menaruh harapan agar negara ini tidak terpengaruh dengan kejadian yang terjadi sekarang. Begitu juga jangalah menaruh "kiblatnya" ke arah negara-negara barat sahaja. Biarlah strategi diplomatik, politik dan hubungan antarabangsa seimbang antara semua benua di dunia ini.
Namun Israel tetap kita katakan tidak, walau pun Israel itu sendiri barangkali tidak mengenali atau pedulikan Malaysia atau punyai kepentingan di tanah ini. Kita pun tidak sudi mengadakan hubungan diplomatik dan mengadakan ikatan kepentingan dengan mereka.
Itu kisah antarabangsa. Al kisah dalam negara pula:
Akhir-akhir ini di negara kita juga tidak kurang kecohnya. Apatah lagi perihal yang digembar gemburkan, diputar-belit dan dimainkan tentang kes pemberontakan komunis dan kemerdekaan negara.
Macam-macam orang memberikan pendapat dan sokongan. Ada tu disebabkan tidak berapa sokong dengan pihak lagi satu hingga sanggup mereka disuruh dibuang negeri, dan diugut bunuh. Manakala sesetengah pula disuruh mengkaji semula sejarah negara dan kemduian ditulis semula.
Macam-macam orang memberikan pendapat dan sokongan. Ada tu disebabkan tidak berapa sokong dengan pihak lagi satu hingga sanggup mereka disuruh dibuang negeri, dan diugut bunuh. Manakala sesetengah pula disuruh mengkaji semula sejarah negara dan kemduian ditulis semula.
Sesetengah cendiakawan pula mendakwa bahawa negara ini tidak pernah dijajah selama 400 tahun. Namun demikian ia terjajah selama dua tahun atau tiga tahun oleh pihak kolonial British dan Empayar Jepun.
Jangan terperanjat, sebahagian lain tidak segan-silu lagi mahu memeratabatkan dan mengagung-agungkan British hingga mereka lupa bahawa orang-orang Melayu dahulu bersungguh-sungguh menentang penjajaahan Inggeris; mahukan kemerdekaan.
Jangan terperanjat, sebahagian lain tidak segan-silu lagi mahu memeratabatkan dan mengagung-agungkan British hingga mereka lupa bahawa orang-orang Melayu dahulu bersungguh-sungguh menentang penjajaahan Inggeris; mahukan kemerdekaan.
Ada sesetengahnya pula terlalu bencikan komunis. Hingga walau apa pun datang dan berbau "bacang" seperti ideologi komunis akan ditentang habis-habisan. Malah mereka sanggup berbunuhan. Mudah sangat terasa terhina. Mereka mengatakan sebelah pihak lagi tidak sensitif dengan para pejuang kemerdekaan. Namun dari segi lain pula apabila mereka membeli-belah barangan di pasaraya atau di mana-mana sahaja, barangan buatan Cina itulah juga yang menjadi pilihan kerana harganya murah! Bahkan negara ini dilambakan dengan barangan buatan Cina. Bukan sahaja negara ini sahaja, malah seluruh dunia menghadapi 'dark hole' dari empayar Cina.
Negara kita nan tercinta yang kononnya membenci komunis teramat sangat hingga rasa terhina datuk nenek kita dulu itu pun punyai ikatan hubungan diplomatik, politik dan ekonomi yang amat erat dengan Negara China.
Begitu juga halnya. kita mempunyai pelaburan yang besar di Vietnam. Barangan Vietnam juga mudah didapati di sini. Termasuklah juga kita turut mengimport golongan Viet Kong ke negara berdaulat ini sebagai buruh asing.
Begitu juga halnya. kita mempunyai pelaburan yang besar di Vietnam. Barangan Vietnam juga mudah didapati di sini. Termasuklah juga kita turut mengimport golongan Viet Kong ke negara berdaulat ini sebagai buruh asing.
Untuk rekod negara China ialah negara KOMUNIS! Begitu juga Vietnam sebuah negara komunis yang telah menewaskan Amerika dengan darah dan kuderat mereka sendiri.
Bagi maza gerakan komunis juga salah satu faktor pendesak dan pemangkin kepada British untuk melepaskan kemerdekaan Malaysia dengan bersyarat. Dan ini tidak bermakna maza telah menghina leluhur (keturunan: ayah, datuk, nenek dan moyang) pahlawan maza yang pernah mengangkat senjata mempertahankan tanah air dan keluarga dari huru-hara dan penjajahan.
Sempena bulan kemerdekaan ini, maza kira eloklah kita membuat panggilan "Damai untuk Dunia". Usahlah bertelagah dan memainkan isu-isu yang tidak menguntungkan berulang-ulang kali dengan mengorbarkan semagat permusuhan. Setiap orang ada peranannya dalam KEMERDEKAAN ini. Sesungguhya merdeka ini tidak akan wujud hanya sebuah pihak sahaja perjuangkan, ia adalah hasil gerakan dan pemaufakatan.
Akhir kalam, SEJARAH ditulis oleh mereka yang menang. Mereka yang tewas selalunya meninggalkan PUISI untuk kenang-kenangan.
Kadang-kadang kala tidak faham kenapa ada segelentir mahu melihat negara yang aman menjadi kucar kacir. Apa kebaikan yang dapat daripadanya?
BalasPadam..kuasa kononnya jawapan segala2nya.. aderkkk!
BalasPadam1000% setuju ngn ayat terakhir en maza...
BalasPadamsejarah ditulis org yg menang :D
jadinya, kesimpulannya, tak perlu bertelagah pasal2 yg tidak menguntungkan anak bangsa dan agama...banyak lagi benda yg boleh diperdebat dan diperhebat
aderk...sebab tu ramai yg sanggup gadai prinsip perjuangan demi kuasa :D
BalasPadamentah apa dia nak tak puas ke lagi hdup aman dan damai..dah jajajh baru tahu peritnya sblum mrdeka!
BalasPadamseolah2 ada nada kemarah d stu ...heeeee
BalasPadam.. pasal P.O.W.E.R lerrr tu..
BalasPadamdan takutkan kehilangan P.o.w.e.r
hehehhee
Call for Peace gitew..
BalasPadamhehehehe
Err.....
BalasPadamSapa tu? Sapa tu?
.
.
.
Selamat Hari Raya, Maza.... :)
kekekeke..
BalasPadamawek fotokem di Sg. Buluh..
ini semua berlaku kerana US yang tamak.. Contoh yg kita lihat
BalasPadamSOMALIA.. Negara yang kaya sebenarnya.. selepas jatuh ke tgn US
hancur sudah mereka...
ayat akhir tu aku suka
BalasPadammemang itulah yang berlaku
tapi puisi juga memberi semangat untuk berjuang lagi dan mencapai kemenangan
Secara teori nya mmg Malaysia tidak pernah di jajah. None of the countries yg menguasai negara ini benar-benar berminat utk menjajah Malaysia per se. Mereka cuma mahukan kekayaan di bumi. Bila British hadiahkan kemerdekaan pada tanah melayu.. mereka sebenonya mahu cabut sbb economically Malaysia tidak menguntungkan lagi akibat dari kejatuhan harga getah dan bijij timah pada masa itu. Apa-apa pun interpretasinya, kawe setuju dengan tema keDAMAIan oleh Maza. Ianya the most EXPENSIVE commodity dalam dunia ini di masa kini. Susah nak dapat and possible tidak akan dicapai jika manusia terus mementingkan diri masing-masing. Pssttt sapa model di atas tu? Makin hebat Maza ni...
BalasPadamWith great power comes great responsibility... - pakcik Spiderman cakap he he :wink:
BalasPadam..gadis fotokem kat Sg. Buluh.. hehehe
BalasPadamOpps.. puisi untuk membelai jiwa ada pun. .hehehe
BalasPadam..bukan ke mereka tu asalnya lanun juga.. VIKING? hahahaha
BalasPadamnegara yang aman seperti Malaysia ni janganlah sampai huru hara dengan perkara2 utk kepentingan masing2..
BalasPadamjadikanlah contoh sebagaimana negara luar yg huru hara..
selesaikan pebalahan dengan akal fikiran dan hati yang positif..
p/s: cun awek tu bro..hehe
Sebelum ni ada baca kisah pasal 9.11 ni
BalasPadamMmg menarik dan pelbagai perspektif timbul.
Smpi kt rumah pun berdebat2 dgn my dad about this
Neway, sedut jgk info maza ni, bertambah lagi spekulasi
p/s gambar call for peace tu mmg bestlah. hehehe ;)
mmg kecoh sgt...hari2 dok mmperkatakannya. ramai yg berani mmberi pendapat mcm lah dia org ni pernah mengalaminya. yg dah brlalu 2 biarkan saja jgn lah diperbesar-besarkan lagi...kesian pd waris keluarga tersebut.
BalasPadammaza..amoi pun tu...cantik dan putih gebu.
Begitulah Maza, Pok jeragang setuju sangat dengan pendapat bahawa peristiwa ini semacam telah dirancang untuk menawan negeri pembekal minyak dan laluan strategik..... nampak perkara ini memberi imbasan akan kebenaran kesah dan peringatan mengenai puak2 musyrikin dalam al qur'an
BalasPadamboleh kasi kenal?... aisk aisk.. malu ehhh...
BalasPadamaku suka tulisan bro ni,
BalasPadamwalaupun ada perkara yang kita tidak bersependapat.., tapi apa yang bro tulis ada fakta
Ps: mungkin cara kita berbeza tapi niat kita tetap sama..
..gitewlah.. jgn bertelagah sambil berparang sudah.. ahaks.. heheheh
BalasPadamterima kasih gitew..
..kita perlu bertukar kiblat dari Dasar pandang US, ke Dasar Pandang Timur kepada dasar pandang ke Mekah!
BalasPadamapa mcm? hehehehe
kzue, kekadang maza sendiri terkeliur, mana satu yg betul. .yg sebelah sini kata fakta sejarah, yg sana pun kata dia punya fakta sejarah juga.. uhuk!
BalasPadam..itu model kalu, olang melayu juga.. heheheh
BalasPadamterima kasih..
..awek org bro.. dapat tengok ajelah.. ahaks..
BalasPadamhahahaha
..volleh, volleh.. dapat belum tau naaa..
BalasPadamahaks.. melantun-lantun sudah.. hehehehe
entahnya.. berdebat bagaimana mahu jadikan belacan makanan rugi org2 eropah dan arab lagi bagus, kan kan kan..
BalasPadamHanya mampu menggelakkan pihak yang bodoh disebabkan emosi bila rasa-rasa maruah mereka dicalari dgn teruk..ada jgk pihak yg diluah mati emak ditelan mati bapa..hahah
BalasPadamSenyum & Peace owez :-)
BalasPadamKita tak main perang2 kan maza? ;)