Masa kecil dulu cikgu akan tanya dalam kelas. "Tuliskan cita-cita awak, kemudian serahkan kepada cikgu."
Cita-cita yang telah dinyatakan akan dicatatkan di dalam buku rekod dan kad kemajuan untuk rujukan.
Rata-rata kanak-kanak yang membesar di era 80-an itu, termasuklah maza, tidak lari dari menyatakan cita-cita mereka untuk menjadi askar, polis, tentera, bomba. Kiranya pasukan keselamatanlah menjadi pilihan utama.
Tidak pernah jumpa lagi ada antara kami yang bercita-cita menjadi jutawan, niagawan, angkasawan, usahawan, engineer apatah lagi menjadi seorang banduan berjaya. Masing-masing terlalu suci dan masing-masing mempunyai sikap untuk 'membela' nasib keluarga, bangsa dan agama.
Tetapi setelah darjah tiga, maza mulai bosan menulis cita-cita yang sama. Maza ingin membawa perubahan.
Jadinya dengan penuh keazaman dan iltizam yang putus, maza tuliskan tiga cita-cita maza. Dan maza berharap Cikgu Fatimah, guru kelas kami akan bangga dengan maza.
Tetapi ...
"Maza, ambil balik kertas awak ni! Yang dua atas nie memanglah boleh jadi cita-cita awak iaitu askar dan polis. Tapi yang nombor tiga ni, jadi Yang Dipetuan Agong! Cikgu tak pernah tahu yang awak ni keturunan putera sultan atau anak raja mana-mana Negeri Melayu! Tak pernah pulak sepanjang hayat cikgu dengar ada iklan jawatan kosong Yang Dipertuan Agong ... Dah! Awak buat balik cita-cita awak ni semula."
Kemudian Cikgu Fatimah mengembalikan kertas maza itu. Pantas dia membelakangkan kelas. Sekejap itu juga bahu Cikgu Fatimah terangkat-angkat, terjengket-jengket. Macam orang menangis tersendu-sendan. Cikgu Fatimah menundukkan kepala sambil tangannya menekup mulut dan menyapukan airmatanya dengan tisu.
"Agaknya Cikgu Fatimah terharu dengan cita-citaku yang cukup gah dan lain daripada yang lain itu! ... hmm ... Tapi kenapa pula cikgu suruh aku tuliskan semula cita-cita aku?! Pelik nie." Maza berlalu dengan terpinga-pinga kerana masih tidak faham dosa apakah yang telah dilakukannya.
maza: ilham gile-giler si bayi comel...
Hehehe.. Lain kali tulislah mahu jadi "Pengkarya Yang Agung" :D
BalasPadamkalau yang dipertua agung boleh maza
BalasPadamperghhhh.. besar sungguh cita2 bro Maza.. wa caya lu
BalasPadamsekarang masihkah ada lagi cita2 terpendam itu??
aku masa darjah 5 cikgu tanay nak jadi apa
aku kata "Nak jadi polis boleh tembak pencuri" hik5
Hebat cita2 maza yg no.3 tu :)
BalasPadamSy dulu cita2 masa kecik nk jdi blogger
Haa.. tgok2 btol jadi blogger .hehehe
silap cikgu gak tu
BalasPadamtak bagi tahu anak murid
orang biasa tak boleh jadi yang dipertuan agong
huhu
ma rasa dia x nangis la abg maza.. dia gelak sampai kuar air mata tu..;p
BalasPadamhaaaa...tinggi sungguhh cita2 mung maza......lawak2...
BalasPadamhahaha. beranganlah maza ni. kalo sy dpt anak murid mcm ni, sy libas je. :D
BalasPadamnak jdi nes tapi tak sampi pula adeh jaid nes kt blog sndri merawat cinta blh gak heeee
BalasPadambro.jom lepak kat blog cahayacinta.com ada ber ker? haaa toi..toi....toi...
as salam maza,
BalasPadamadui...cita2 memang takleh tahan punyalah...keh3
cikgu tu mesti nangis sebab terharu yg amat :D
ooooo....garangnya cik peguam kita :D
BalasPadamCikgu bukan nangis terharu tu.. cikgu dok tahan ketawa. Apa lah nak jadi student dia yang sorang ni.. huhu..
BalasPadamhehe macam2 ragam budak2 dulu kan..
BalasPadamdulu masa kecik ingat nak jadi doktor je, bila da besar bru tau susah juga nak jadi doktor yer..:)
Memang luar biasa cita-cita tu, sampai cikgu nangis terharu.
BalasPadamhihihihihihi~
BalasPadamamboiii bkn main cita2 tu
xde plak org yg tulis "cita2 saya nak menjadi seorg yg berjaya dan boleh berbakti kepada agama, bangsa dan negara" :P
hehe lebih kurang sama lah kita maza..
BalasPadamaku pun tulis benda yang sama, polis, askar,doktor dan cikgu..
hee memang suratan agaknya, end up aku sekarang bekerja sebagai salah seorang pendidik :D
Recycle lagi ker Maza? Mcm pernah baca di friendster dulu he he..
BalasPadamBtw, Maza kan keturunan Sultan Kahang? Nape tak cakaap sama cikgu?
Aduhai, sampai bila-bila tidak akan jadi Yang DiPertuan Agong :-)
BalasPadamMaza tu pon mmg luarbiasa orangnya Kak Long .. ahak ahak
BalasPadamDulu2 cita2 bEe nak jadi model :-P
BalasPadamVoolleehhh??? hikhikhikhikhik
..oh kalau gitew maza nak tukar jadi hero filem, volleh?
BalasPadamhahahaha