Halaman

Jumaat, 26 Ogos 2011

Terkandas dipasung aral melintang. Tidak ku sangka begini jadinya.

Ku sangka boleh pulang ke kampung pada hari ini (Jumaat : 26/08/2011). "Perjalanan jauh tidak ku rasa, ingin berjumpa sanak-saudara yang jauh nun di mata. Ooo .. sob! sob! sob!"

Rupanya malang tidak berbau. Geruh berbuat aral di pertengahan jalan. Tiba-tiba kedengaran suara sumbang dari celah-celah tabir bilik boss besar. 


Gambar: Selamat Hari Raya ya kengkawan. Ampun dan maaf dipinta di atas kesalahan maza & keluarga.

"Nampaknya kita semua tidak boleh balik awal hari ini. Lagi pun minggu depan kita semua bercuti. Jadinya kerja-kerja yang berbaki ini (pada hal boleh ditunda sehingga naik cuti) kenalah disiapkan. Dengan ini kita akan stay back sampai selesai kerja." kata-kata kejam yang dilontarkan oleh seorang boss di saat malam likur semakan luput dan lebaran semakin memanggil.

Sekarang sudah masuk jam 11.10 malam. Maza masih tinggal di pejabat lagi. Entah jam berapa baru boleh pulang, gerutu hati maza! 

Mengikut kadaran jumlah baki kerja, mahu akan selesai jam 3.00-4.00 pagi. Aduhhh! Rosak program haku! uhuk..

Fizikal dan kederat memang masih ada di pejabat. Tetapi jiwa, naluri dan nafsu semuanya sudah sampai ke kampung sana. Sudah terbayang sanak saudara, rendang, ketupat, kuih, ayam dan itik semuanya bagai. 

"Boss boleh saya balik awal hari ini (pada hal sudah hampir separuh malam)? Lagi pun saya dapat rasakan sekarang ini betapa rindunya anak dan isteri saya di rumah sana. Mesti mereka sedang resah dan mengadu sesama sendiri mahu memagut tubuh saya yang tidak menjengukkan diri sedari awal subuh tadi. Lagi pun saya sudah tidak biasa balik lewat semetentelah di akhir-akhir Ramadan." cubaan berani berbaur simpati maza untuk pulang awal sebentar tadi.

"Oh begitu! Nenek saya yang berusia 100 tahun tu pun nak memagut tubuh saya juga. Emak ayah saya pun baru pulang dari England setelah hampir setahun di sana. Itu pun mereka mahu memeluk cium tubuh saya. Sudah! Selesai kerja ini kita boleh balik sama-sama. Tak kiralah sampai empat pagi sekali pun. Kalau sudah siap kerja tentulah kita juga senang mahu beraya. Tidak perlu rungsing lagi." kata-kata boss yang berbau kejam! Kejam! Kejammmm!!!!...

"Aderrkkk .. tapi boss, kerja ini dan raya nanti akan lebih manis serta bermakna kalau boss sediakan sekali duit raya untuk kami .. ihik!" sekali lagi, barangkali cubaan terakhir untuk mendapatkan duit raya setelah sudah pasti tiada bonus bakal diberikan. Maza juga sudah lupa bila kali terakhir kami merasa bonus. Uhuk!

"Hmm ... kalau begitu, elok juga saya belanja awak air teh. Bedah! Belikan (buatkan sebenarnya) air teh untuk si maza dan yang lainnya. Saya belanja sebagai duit raya!" boss menggunakan politik autanya untuk memujuk kami yang semakin membarah.

Aderrrkkkk ... tetiba di dalam hati ada hiba. Emaakkkkk ... maafkan anakanda kerana tak dapat pulang sekarang atau esok hari sebab terpaksa, dipaksa untuk bekerja keras! uhuhuhuhu...


36 ulasan:

  1. Tajuk post ni mmg unik :)
    Keje overtime ke maza? hehe
    Tu tandanya bos sygkan maza tu.
    Cian pun ada sbb maza dah tol2 semangat nak beraya ;(

    p/s Maza baca post ni -- > http://nizamghazi.com/kepentingan-theme-kepada-bloggers/
    Sebabnya ramai yg keliru susunan post blog saya, harap membantu

    BalasPadam
  2. overtime yg tak berbayar derr.. uhuk!

    terima kasih nizam... huhuhuhu

    BalasPadam
  3. Biar betik?? Tak balik kampung ler raya nih.. 
    malam raya paling best rebus ketupat, bakar lemang sate..

    Takpelah bro.. kau rebuslah ketupat kali kedua.. hik3

    BalasPadam
  4. ,,balik raya tu insyallah..
    tapi plan skrg ni sudah jadi kucai lanang.. aderkkkkkk...

    BalasPadam
  5. :D Berkhidmat demi syarikat (Boss) .. Ada peluang dapat bonus besar hujung tahun ni!

    BalasPadam
  6. bonus?!

    fuhh.... untung benar lah kalau dapat..
    tapi dlm mesyuarat tempoh hari sudah disahkan, TAK ADA BONUS!...

    BalasPadam
  7. Awal nya nak pulang raya Maza?... Kasi siap keje dulu ler.. Cuba jadi boss and then staff semua pulang sebelum keje siap, apa rasanya? He he.. jangan mare abang encem. Kawe tak balik Johor pon, lagi sedih :cry:
    P/s: Banyaknya kad raya digital GKKJ... Buat time office hour ker? :wink:

    BalasPadam
  8. Gomen dapat bonus 1/2 bulan..tak jeles ker? ahak ahak...

    BalasPadam
  9. Abg Mail sila jealous kami boleh balik awal raya.. hahaha

    Pasal boss tu .... aderkkk..  masalahnya benda2 tu semua boleh bikin bila naik cuti nanti.. tak perlu kecoh2 derr...   tiada keperluan hendak berbuat demikian pun... lain ler urgent tahap cipan tersepit jari di pintu.. sudah tentu sanggup stay back... ahaks..

    sebenarnya boss tu dengki kat kami... apa yg dihasadkan sangat pun tak tahu lah. Selalu sangat bikin keputusan last minit which is I believe its a bad habit lorr.. Pendek kata gagal merancang - terutama merancang jadual. Dan suka sangat bagi arahan bertindih... aderkkkk

    bukan dia tak tahu kami punya plan.. kami juga ada tanggungjawab lain maaa.. kalau family tak bahagia, hati tak senang, mcm mau fokus kerja lorrr....  dah lah cuti kami ini pendek.. aderkkkkk..

    So, bila jadi boss, kena gak jaga perkara2 ttg pekerja maaa.. tak gitew.. KAMI bukan robot...  toleransi perlu aderrr...  jgn lah perah keringat kami mcm perah tuala good morning di pagi hari! Dan jgn perlakukan pekerja sesuka hati seperti mereka tiada kehidupan dan bermaruah maa... uhuk!

    (oopsss... sudah kedengaran seperti Parti Sosialis lah fulaks.. ahaks.. hentam ajelah, hati sudah tak karuan, tak tidur semalaman gitew.. ahaks.. )

    BalasPadam
  10. Opps,, lupa nak cakap..

    Kad raya digital bikin kat rumah maa... huhuhu..

    Kita bikin kerja on time punya.. kecualilah ada boss yg bikin 'keputusan' bangang dan tak reti jadi boss yg tahu merancang dgn menjadualkan kerja derrr..

    ..Psst; kerja yg kami settle kan ini, bukan kerja kami sebenarnya dan tidaklah sepenting mana pun derrr...

    BalasPadam
  11. ..aduh! rezeki dema lah gamaknya...

    kawe tumpang tengok ajelah... mudah2an adalah terlempar seringgit duit ke poket ini. ahaks..

    BalasPadam
  12. Oklah tu...kerja rajin-rajin bagi siap, barulah boleh enjoy sakan!

    BalasPadam
  13. Kawe tak jeles lah... tuduh sampai masuk Facebook. Nasib baik, kawe kureng masa, kalu tak log in FB dan jawab berjela-jela he he :D
    Btw, kalu boss jahat cam tu, kenalah buat union. kalau tak makan onion jer tahan hati he he... Kawe paham tu Maza.. saja nak nyakat sebelum rayaa. Yer lah kasi lebih bererti lagi perkataan maaf zahir batin tu. he he..
    Pssttt... boss tak baca ker GKKJ? atau sengaja nak lontarkan mesej ni? :wink:
    Oppss sebelum terlupa.. Selamat Hari raya dan maaf zahir batin sekali lagi...

    BalasPadam
  14. siapkan kerja sebelum cuti
    baru seronok hendak beraya
    nak balik awal bos tak bagi
    bagaimana hati mahu ceria

    BalasPadam
  15. Nampak pujuk rayu Maza tidak cukup untuk meruntum hati bos. Sabaujer lah

    BalasPadam
  16. union tak der lah abg mail... kena makan anion jerklah.. huhuhu

    entah! sama ada boss baca atau tak tak ketahui.. kalau dia baca pun ok gak.. ahaks....

    BalasPadam
  17. ..nak enjoy ke hapa kak long..
    lagi pun bonus tak ada,..

    ... kerja yg itew sampai sehari semalam tak tidur dan dah siap pun..
    sampai malam raya pun dia kejarnya... tanya benda yg remeh temeh yg boleh disettle sendiri sekelip mata.. aderkkkk!!!!

    BalasPadam
  18. entahnya cikgu...
    kerja dah lama siap, kerja remeh temeh disuruh dibuat jam tu juga..
    agak2 ler.. uhuk!

    BalasPadam
  19. ..retorik tak power lagi..
    barangkali kena buat cara lain.. lagi halus gitew..

    uhuk!

    BalasPadam
  20. Salam bro.. Saya nak makan kuih raya ni. Boleh masuk?

    heh..simpati juga dgn kisah sedih menjelang perayaan ni. Pekerjaan apakah itu sampai jam 4 pagi baru nak selesai. Bos tu tak raya ker? atau agama lain?... Bengang jugakan kalu ada ketua yg tak bijak merancang macam ni..huhu.. sabar ajelah. nannti encik boss baca sini macamana.

    Anyway Salam Aidilfitri. semoga bergembira di hari lebaran

    BalasPadam
  21. pekerja yg bagus perlulah selalu amik OT..apapun selamat hari raya buat abang Maza sekeluarga..maaf zahir dan batin :)

    BalasPadam
  22. sekarang mesti tengah syok beraya kan?.. :D

    BalasPadam
  23. wakakakakaka
    skrg mesti tgh bes2 raya kan
    keje dah siap, cuti pun mmg tgh cuti
    perghhhhhh~

    slamat hari raya :P

    BalasPadam
  24. ...hehehe... sepatutnya begitulah..

    tapi pagi2 raya sudah dapat call dari boss..
    ingatkan nak ucapkan selamat hari raya..
    rupanya lain.. pasal kerja lagi.. aderkkkk...
    dah lah tu, suruh cepat2 masuk kerjalah pulak..

    spoil mood raya weeiii.. uhuk!

    BalasPadam
  25. ..dan kalau majikan yg bagus, dia akan bagi bonus atau duit raya atau bagi cuti awal pula..
    sepekara lagi tidak mengganggu hal keluarga gitw.. ahaks

     hehehehe

    BalasPadam
  26. baca pun tak apa cikgu...

    dia berugama Islam jua, cuma tak membesar sama2 mcm budaya kita yg kalau raya menziarahi sanak saudara, ada tetamu datang ke rumah dan sebagainya..

    bagi dia raya cuma seperti cuti2 yg lain juga... sedikit berbeza kena pergi ke masjid solat sunat raya.. ahaks..

    BalasPadam
  27. Bakal Komander Maritim TE3 September 2011 pada 1:49 PTG

    selamat hari raya bro! time nak raya mesti semangat nak siapkan keje kan, tu yg boss suruh buat sebelum raya, kalau lepas raya masih ada mood raya keje buat relax2 je hehe

    maaf salah silap ye

    BalasPadam
  28. rasa nak main mercuna tapi takut tgok dri dlm umh jeleh..

    besok selasa bru mula keje yehaaaa

    BalasPadam
  29. alahai.. kesiannya wpun dah lepas raya dah..hehe..

    Selamat harI raya abng maza.. maaf atas segala salah silap ye..

    BalasPadam
  30. itulah dia kerja makan gaji..:) nak z nak kena trima hakikat....yeahhh kzue dpt bonus akhirnya.

    BalasPadam
  31. hehehe.... selamat hari raya TE....

    dah pekena rendang sejuk sikit hati.. ahaks

    BalasPadam
  32. ..amvoiii.. cuti panjang nampak.. hehehe

    BalasPadam
  33. selamat hari raya juga...
    bila mau bikin open house?
    hehehehe

    BalasPadam
  34. ...wahhh tahniahhhhhh...

    maza, utk kesekian kalinya, tiada bonus...

    BalasPadam
  35. Alahai
    Confirm kat tmpt keje sebelah menyebelah nak sunyi sepi

    Takpe, biar lmbt asalkan selamat sampai kan kan kan!!!!!!! :-D

    BalasPadam

Mengomellah Ekau Semuo Kek Sini