Bulan Julai 21, 2011 pada petang Ahad nan mendung itu maza dan kaum kerabatnya sudah berkelah di Taman Botani Kuala Lumpur.
Kami mahu melihat dan menyaksikan sendiri apa yang digembar-gemburkan bahawa Taman Botani ini sudah disuburkan kembali sesuai dengan perasmian perlancaran taman ini oleh Timbalan Perdana Menteri YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Mohd. Yassin.
Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur dahulunya dikenali sebagai Taman Tasik Perdana.
Gambar 2: Sekumpulan Angsa sedang berenang riang di Taman Botani Perdana |
Maza sendiri sudah lama tidak ke mari dan kebetulan pada tarikh tersebut kami anak beranak sempat menyinggah ke taman ini.
Oleh kerana ada urusan lain lagi ketika itu, kami tidak berlamaan untuk bersiar-siar dan membelek lama. Sungguh pun demikian maza sempat skodeng beberapa adegan panas!
Menskodeng aksi-aksi sepontan sekumpulan angsa yang terdapat di tasik di taman itu bukanlah mudah. Berpeluh-peluh maza hendak mendapatkan syot yang cantik (errr ... mengikut perkiraan maza yang lantun-lantun lah ... hehehehe).
Menskodeng aksi-aksi sepontan sekumpulan angsa yang terdapat di tasik di taman itu bukanlah mudah. Berpeluh-peluh maza hendak mendapatkan syot yang cantik (errr ... mengikut perkiraan maza yang lantun-lantun lah ... hehehehe).
Tatkala maza merakamkan aksi lemah gemalai sang angsa ini, masa sudah tertunggeng-tunggeng, bergolek-golek macam cerita Hindustan di petang Sabtu, Sesekali maza meniarap dan berbaring demi mendapatkan tembakan yang tepat.
Selepas puas merakamkan aksi si angsa, barulah maza perasan yang pakaian maza kekotoran. Begitu juga halnya ramai pula mata-mata yang memandang ke arah maza. ahaks! Tetiba terasa malu lah pula. Ketika menunggeng dan meniarap itu maza tidak terfikirkan itu semua, janji dapat tangkap gambar angsa, sudah!
Jadi, kengkawan selamat bermalam Jumaat ya. Ini bermakna sudah 11 hari kita berpuasa. Sepuluh Ramadan yang awal sudah pun berlalu. Jangan terlepas lagi terawikh. Kerana menurut hadis Ramadan kedua pula giliran sesi mendapatkan keampunan setelah sepuluh hari sebelumnya merupakan sessi pengenalan kerahmatan Allah SWT.
ehem ehem, masa di UM duu, sure selalu dtg sini ehhh? time tu org lain yg skodeng Maza ler... :wink:
BalasPadamPssttt angsa yg atas skali tu mcm angsa kawe 25 tahun lalu... ahak ahak..
eh..eh..pakcik ni...suka skodeng ye!! kalau itik angsa ni tau,mesti dia saman dah!!
BalasPadam:) Takkan ambil gambar binatang jer time puasa ni? Hehe..
BalasPadamgambar 3..yang mana jantan yg mana betina. yg hadapan tu itik betina dan yg belakang tu itik jantan...ni dah mcm citer nujum pak belalang lak.
BalasPadamwah maza sesekali dapat break camtu baguz gak..... rakaman yang baik dan murah untuk dilawat.... jeragang pung dah lama tak kesana... kalu bawa cucu bagus gak
BalasPadam..tak jugak abang mail..
BalasPadamsbb tak ada kenderaan..
mengharapkan ehsan kengkawan...
uhuk!
..silap tu, angsa ni siap buat aksi lagi tau.. hahahahaa
BalasPadam..cadangnya nak ambil gambar malaikat, tapi masih tak ketemuan malam Lailatulqadar lagi.. ihik!
BalasPadamhahahahhaha
..wooo.. baru maza tahu...
BalasPadamwakakakakak
gitewlah kak zue..
..eloklah tu tok..
BalasPadammenikmati keindahan alam juga suatu suruhan Tuhan..
hehehehe
dulu2 pernah juga singgah kat taman tasik perdana ni
BalasPadamsejak bertukar nama ni, belum ada kesempatan nak ke sana
sudah semakin cantik cikgu...
BalasPadampokok bunga pun sudah melambak2..
cuma sampan dan paddle boat belum lagi beroperasi....
Samalah dengan Kak Long, sejak tukar nama, belum pernah singgah. Dulu masa berkursus di IB selalu pergi jogging di sini.
BalasPadamSelamat menjalankan ibadah di malam ke 15 dan seterusnya.
BalasPadamSya pun kalu beriya2 menangkap gambo, mesti ada mata2 memerhati. Mcm satu kesalahn pula kita menagkap gambo tu. Bukan ambik gambo manusia pun.huhu...
pst: sya teringin gak nk ambik gambo yg nampak byng2 mcm tu. tp xpernah jadi. nmpknya kene gi menuntut ilmu lagi nih
..hehehe..... agaknya dia org pelik tengok perempuang tertonggeng2.. lebih seksi agaknya. ahaks.. hehehehe
BalasPadamcantik reflection tu bro..
BalasPadamterima kasih.. hehehehe
BalasPadamciptaan Tuhan jua.. kan kan kan
Nak jwb teka teki :-
BalasPadamYg putih tu betina
Yg adajambul kat kepala tu jantan
Betul tak bro? :-P
Oppp... lupa nak tanya angsa-angsa tu..
BalasPadamkalau tangkap binatang tu karang, kasik tonggeng takut kena perhambat dek DBKL.. ahaks.. hehehehe