Halaman

Jumaat, 5 Ogos 2011

Menangung dan Menjawab

Manan & Fatt, Famili Portrait dari ronawarna.blogspot.com

Tetapi tidak sama dengan bebanan yang wajib ditanggung oleh sang suami.

Sang suami wajib menanggung segala permasalahan keluarga, tetapi tidak buat seorang isteri. Isteri dalam segala hal adalah sebagai pembantu dalam meringankan bebanan. Namun segala tanggungjawab harus dipikul oleh sang suami.

Sebagai contoh kes menanggung...
  1. Kalau anak jadi jahat, bapa dulu dipersalahkan, bukan isteri.
  2. Kalau keluarga tak makan, bapa perlu dipertanggungjawabkan, bukan isteri...
Perkara ini ada kaitannya dgn firman Allah SWT iaitu, "Janganlah kamu lemparkan diri kamu dan keluarga kamu (isteri dan anak-anak) ke dalam api neraka" - makna kata, jelas bahawa seorang lelaki perlu menanggung bebanan dan bertanggungjawab ke atas keluarganya...

Menakala hadis pula mengatakan (lebih kurang maksudnya), "Seseorang lelaki akan tersadung langkahnya utk masuk syurga terlebih dahlu disebabkan hisabnya ke atas isteri, anak-anak dan mereka yang menjadi tanggungannya"

Sepekara lagi, Allah SWT menjadikan seorang wanita itu cukup istimewa iaitu kebolehan mengandung dan melahirkan anak. Kesakitan yang diterimanya bukan alang-kepalang. Sesetengah peristiwa hingga tergadai nyawanya. Itu belum diperkirakan sakit selepas bersalin iaitu berpantang dan sebagainya!

Justeru menjadi kewajaran untuk seorang isteri untuk tidak ditambahkan bebanan dengan dipertanggungjawabkan ke atasnya sebuah bebanan keluarga.


Manakala bersesuaian pula dengan fitrah seorang lelaki yang mana mereka telah diberikan kelebihan di sisi kaum hawa. Dari hal kelebihan seperti fizikal, mental, dan kuderatnya itu, maka lelaki dipertanggungjawabkan untuk melindungi dan memikul bebanan isteri dan keluarganya.

Bukankah itu sesuatu yang adil? Iaitu Allah SWT telah menjelaskan peranan seorang wanita dan lelaki begitu jelas sekali!

Lantas, untuk apa dipening-peningkan kepala hingga kononnya seorang isteri wajib sama-sama menanggung beban membesarkan anak-anak? Walhal tugas isteri ialah membantu suami membesarkan anak-anak, bukan menangung bebanannya. Kalau perlu sama-sama menanggung sekali pun, kadar bebanan sudah tentu jauh berbeza dengan tanggungan yang perlu seorang bapa pikul!

Sepekara lagi, hendak mengambil bebenanan orang lain lalu memikul di jemala kepala sendiri kemudian mendodoi-dodoi (mengadu & berkeluh-kesah) di kemudian hari; nak buat apa? Sudahlah menjadi tidak ikhlas, itu dinamakan mencari penyakit sendiri. Apatah lagi kita sebagai manusia ini sering kali tidak menjalankan peranan yang hakiki. Jadi jangan salahkan orang lain atau gender lain, jika tiba-tiba harapan kita mahu bahagia menjadi meleset.

Apa bila dikenangkan kembali, ... hmmm, sepatutnyalah wanita di Malaysia menghadapi stress yang tinggi disebabkan tanggungjawab dan bebanan hakiki yang perlu dtanggung oleh suami turut dia nak ambil dan menanggung sama ... ahaks!! hehehehe

Keluarga bahagia. Manan & Fatt

Mungkin juga berbetulan dengan telahan Malaikat bahawa sesetengah manusia ini memang tamakan kuasa! ahaks..

Allah SWT Maha Adil, untuk menjadikan seorang lelaki itu tidak berasa EGO melambung tinggi, maka diperintahkan kepadanya untuk taat dan patuh kepada ibu mereka. Di mana ibu itu juga seorang wanita! Lebih syoknya seorang suami (lelaki) perlu taat sehingga akhir hayat ibunya.

Sekali lagi lelaki perlu bertanggungjawab ke atas wanita, malah perlu mendukungi, melindungi serta mentaati mereka.

Nah, bukankah wanita (ibu) itu sudah diberikan kedudukan istimewa - terhormat di dalam Islam? Tidak cukup lagikah? Apa mahu dicari lagi? Atau mahu mengubahnya, lalu berubah menjadi kezaliman pada diri sendiri?!

Opps.. melalut sudah maza ini ... lantun-lantun entah ke mana.. hehehehe
Opps.. tambah sikit aje boleh? ihik!

Dan demikian juga disebabkan bebanan yang dipertanggungjawabkan ke atas seorang suami, maka isteri wajib mentaati suaminya selagi mana suaminya itu Islam dan patuh kepada Allah SWT serta Rasulullah SAW.

Seorang suami perlu bertanggungjawab dan menanggung isterinya selagi mana isterinya taat kepada Allah &  Rasulullah SAW.

Jika isterinya durhaka kepada Allah & Rasulullah SAW disebabkan/malahan derhaka kepadanya (pada hal apa yang disuruh/ditegah oleh suami tidak bersalahan dengan Islam), maka seorang suami tidak wajib bertanggungjawab apa-apa sekali pun ke atas isterinya itu!

Ianya diseimbangkan pula dengan seorang anak (lelaki) perlu mengutamakan (mentaati) lebih kepada si ibu (dibaca seorang wanita) daripada bapanya sendiri. Ini kerana darjat seorang ibu (dibaca seorang wanita) adalah 3 kali lebih tinggi darjatnya daripada seorang bapa (lelaki)....

Indah kan?

Apa-apa hal pun toleransi dan komunkasi berkesan amatlah mustahak dalam melayari bahtera rumahtangga. hehehehe ...

Opocot ... maza melalut sudah macam tulis kitab lah fulaks ... hehehehehe
Selamat hari Jumaat ya kengkawan. Jangan tertidur di masa khutbah sedang dibacakan sudah ler ... ahaks..

29 ulasan:

  1. Ehemm malam jumaat ehhh... bunyi artikel mcm tengah pujuk darling he he.... Selamat bersahur... :wink:

    BalasPadam
  2. Errr... btw, gambaq... cantek, menarik dan tertarik....

    BalasPadam
  3. em, beratnya tanggungjwb lelaki..kpd kaum wanita di luar sna..jgnlah mnyusahkan lelaki2 yg ada dlm hidup kalian...huuu

    BalasPadam
  4. Ye lah bro IsmailN lain macam artikel bro Maza kali ini. pandai main diplomasi  :-)

    BalasPadam
  5. Berat sebenar tanggungjawab suami bukan setakat zahir dan batin sahaja

    BalasPadam
  6. Cit.. hahaha

    memujuk agar jgn merajuk dgn membakar ikan bilis & mencicahnya dgn air kicap disebabkan harga ikan terubuk bakar di KL ini mahal sekali ganda dari biasa! uhuk!.. 

    aderkkk.. 

    BalasPadam
  7. Opps.. terima kasih abg mail.. 


    ini pun belajar dari tutorial dari blog abg mail gak.. ahaks.. 
    hehehehhe

    BalasPadam
  8. ..gitewlah... 

    terutama di bulan Ramadan ini.. huhuhu
    kena masing2 banyak bersabar dan saling bantu-membantu.. 

    yg isteri & anak2 tak payah bentak-bentak mau baju raya lebih...
    gtew juga dgn nak dara dan makcik2, jgnlah pakai baju yg haram tak menutup aurat.. hazab sehhh.. uhuk!

    hehehehe

    BalasPadam
  9. ..tu lah.. tapi ada gak bapak yg tak bertanggungjawab.. nanti senget kat akhirat baru tau! uhuk... 

    huhuhuhu... 

    BalasPadam
  10. hebat maza.... boleh buat kursus nie

    BalasPadam
  11. Memang berat tanggung jawab untuk menjadi seorang lelaki yang bertanggung jawab ni :D 

    BalasPadam
  12. Maza tulis:"Apabila dikenangkan kembali, ... hmmm, sepatutnyalah wanita
    di Malaysia menghadapi stress yang tinggi disebabkan
    tanggungjawab dan bebanan hakiki yang perlu dtanggung oleh suami turut dia nak
    ambil dan menanggung sama ... ahaks!! hehehehe"Bukan gila kuasa la maza. Kadang2 hidup kita takde pilihan. Nak taknak terpaksa buat. Bukan semua orang bernasib baik dapat pasangan yang bertanggungjawab. Sebab anak2 la ramai wanita jadi supermak. Tiba2 menjadi gagah walau kudrat tak seberapa. Semua sebab anak tersayang.

    BalasPadam
  13. mmg sesuai sgtlah apa yg maza lantunkan tu...isteri sepatutnya dok rumah..layan suami je...:)

    BalasPadam
  14. Pasal anak tersayang .. . habis si suami tak sayang anak ke?

    kalau tak der sayang, mana datangnya hukum HADANAH dlm Munajahat?!

    BalasPadam
  15. Hari ni baca khutbah Jumaat. Bagus untuk membelai rohani.

    BalasPadam
  16. ,,gitewlah kak long.. uhuk!

    maza pun cuba2 dan kidnap2 apa patut.. ahaks..
    ..errr, tak patut pun dok ada.. ahaks. hehehe

    BalasPadam
  17. ,,bukan itu aje kak zue.. dan membantu suami serta mentaatinya.. hehehehe

    wink! wink! wink!

    BalasPadam
  18. ..ahaks.. terus terlungkup semua sekali. hehehhe

    BalasPadam
  19. lelaki perlu taat kepada wanita
    dan
    wanita pula perlu taat kepada lelaki

    islam memang indah dan sempurna

    BalasPadam
  20. ditambah pula sang suami seorang cikgu..lagi besar hisabnya kan??

    BalasPadam
  21. perbincangan menarik... apa yg guest tulis tu Maza?

    BalasPadam
  22. ...maza sudah lupa daa.. hehehehe

    oppss.. maza mudah lupa.. uhuk!

    BalasPadam
  23. gitewlah cikgu..

    tapi ada gak org fening2 mau cari jawapan.. harap2 sudah ketemuan.. ihik!

    BalasPadam
  24. ... seharusnya begitulah....

    BalasPadam
  25. ,,.. kalau Hakim Mahkamah Malaya pun lagi besar hisabnya cikgu..

    lagi2 lak pak Perdana Menteri! ahaks.. hehehe

    BalasPadam
  26. Fuh, ni lantunan hebat ni bro...
    Boleh ganti PM kita neh ;)

    BalasPadam
  27. ..cit mana ada..
    lantun-lantun ke laut tu.. hehehe...

    BalasPadam

Mengomellah Ekau Semuo Kek Sini