Halaman

Selasa, 19 Julai 2011

Tebas Rekrut

Di muka pintu kedai gunting di kampung nan satu itu masuklah tiga orang beranak. Seorang emak dan dua kanak-kanak yang masih bersekolah….

“Ha Rahim, kasik guting budak dua orang ni. Macam biasa. REKRUT!” kata si emak seraya menolak pintu masuk.

Di dalam ruang kedai gunting itu tidak ada pun penyaman udara. Cuma yang ada kipas angin yang tidak berapa ligat berpusing. Lagi pun kalau beputar ligat, ada harapan semua yang ada di dalam kedai itu bergelumang dengan rambut yang sudah dipotong.

Maka terkebil-kebillah mata dua orang anak itu. Mereka sudah tidak hairan. Dulu-dulu mungkin meleleh juga airmata mereka tanda memberontak. Sekarang sudah bisa tegal biasa. Lagipun di sekolah mereka telah dikenali dengan "rambut 1 inci".

“Hai kak, budak-budak ni dari sekolah rendah sampai nak habis sekolah menengah. Takkan pesen yang sama aje? Bagi ler chance dia orang ni berambut lebat sikit. Dah remaja dah ni. Biarlah dia bergaya sikit ... hehehe” kata Pak Rahim sambil tersenyum menyakat.

“Bukan apa Rahim. Senang sikit aku yang janda ni. Tak payah tiap-tiap bulan nak guntingkan rambut budak-budak ni ha. ”

“Hmm … jawabnya lama lagilah saya nak kaya,” jawab Pak Rahim sambil menelan senyuman manisnya tadi yang bertukar kelat.

Tanpa banyak betah, langsung Pak Rahim mengambil ketam rambut lalu ditebasnya rambut yang tak berapa nak lebat itu. Mata kedua anak tadi sekadar terkebil-kebil melihatkan untuk sekian ratusan kalinya rambut mereka dicantas ganas sedemikian rupa.

Lagi pun mereka berdua sudah selesa dengan rambut terpacak menampakan kulit kepala itu. Kepala menjadi sejuk dan tak rimas. Bila mandi atau terkena air hujan langsung airnya menyentuh kulit kepala. Segar!


Kalau pergi sekolah, tak perlu risau mahu meminyaki rambut atau menyikat ikut gaya fesyen terkini. Sarung baju seragam sekolah terus melangkah pergi. Bermakna dapat lagi menjimatkan duit keluarga; tak payah beli minyak rambut!

Sepekara lagi, mereka telah membantu guru displin. Tak perlu guru HEM/P (Hal Ehwal Murid/Pelajar) terpekik terlolong pagi-pagi buta Isnin atau tergocoh-gacah menggunting rambut mereka secara 'percuma'. Lagipun dapatlah mengurangkan rasa permusuhan dengan pengawas-pengawas yang kaki ngendeng guru itu. Huh!

Kalau pergi berjalan-jalan atau merayau di pekan mudah yang amat untuk bersiap. Masa pun dapat dijimatkan.

Dan itulah kisah zaman kanak-kanak maza ... ahaks ... hehehehe.

Photog: handphone cap ayam dua ekoq satu kali sudah...

25 ulasan:

  1. daddy pun simpan rambut saiz 1 je...mcm rekrut betul..setiap 2 bln gi gunting...

    BalasPadam
  2. anak cik maza yg ni mmg kuat nangis..ikut ayah eh lah tu..ahaksssss

    BalasPadam
  3. tak gak..
    tapi manja dgn atuk dan ibu dia itu benar!.. hehehehe

    jangan jealous.. 

    BalasPadam
  4. :D Senang nak urus bila berambut pendek ni..

    BalasPadam
  5. alalala..ciannyer dia..nanges..

    BalasPadam
  6. hehehe... yg ni baru betul.. yg sebenarnya budak ni lebih baik rambut mcm ni..senang nak urus.. yela kalo rambut panjang pulak karang kena sikat plak.. dia tak reti sikat.. sape kene sikat.. bro maza jugak....hehehe

    BalasPadam
  7. Jgn bg botak tak berambut sudah.. nnt dah mcm t*&$% plak..hahaha

    BalasPadam
  8. Rambut gini, kutu pun takut nak hinggap... terang je dunia, haha...

    BalasPadam
  9. encem ker? buat ler fesyen mcm kawe, Maza... lagi encem! :D

    BalasPadam
  10. dulu2 maza macam tu gak.. tapi skrg sekali sekala mau gak bergaya.. ahaks.. hehehehe

    BalasPadam
  11. .. pakai jari pun boleh.. 

    mudah diuruskan gitew ahaks....

    BalasPadam
  12. ..nagis takut gunting.. hehehe

    BalasPadam
  13. ... lagipun budak lelaki, kan kan kan.. baru nampak brutal. .ahaks

    BalasPadam
  14. ..opps.. toyol skrg pun ada rambut tau.. ahaks. 

    BalasPadam
  15. Org Johor panggil mat tiarap!

    hehehehe

    BalasPadam
  16. ..hahahha... 

    kalau mandi di laut, senang aje tak perlu nak sisir rambut kasik buang pasir halus yg melekat kat kulit kepala. ahaks.. 

    BalasPadam
  17. ..aduhh abg mailll... benaran dong!

    ahaks. hahahaha

    BalasPadam
  18. ..hahaha.. kalau maza ikut sama, takut taukey kedai gunting India ni tak dapat balik negeri dia dgn kerap lagi.. silap2 terus meraung2 kerinduan tak dpt balik kampung.. ahaks.. 

    hahahhaha

    BalasPadam
  19. 3 Ninjas Koning di rumah pun sudah pandai buat permintaan potongan gaya rambut.

    BalasPadam
  20. hehe...itulah gaya rambut saye sekarang, senang..sikat atau tak...sama saje...hhhaha

    BalasPadam
  21. ninjas pun nak ada gaye rambut..kan ninja pakai topeng kepala...hehe

    BalasPadam
  22. lah ya ke? hahahaha...

    terbaik.. ke hafiz baru balik dari Mekah... ahaks..

    BalasPadam

Mengomellah Ekau Semuo Kek Sini