Halaman

Khamis, 21 Julai 2011

Pantai Air Papan, Mersing


Dua minggu sudah ketika Kuala Lumpur sibuk dengan gerakan BERSIH 2.0 dan perhimpunan haram pada 7092011, maza sudah menghilangkan diri ke Mersing.

Pada hari Sabtu malam Ahad itu maza dengan keluarga telah berkhemah di Pantai Air Papan, Mersing, Johor. Dengan alibi ini juga, maza berharap tiada lagi sesiapa yang sangsi tentang kehilangan maza.


Pantai Air Papan sememangnya terkenal di daerah ini. Selain sebagai tapak perkhemahan, ia terkenal sebagai tempat perkelahan, perkampungan dan pesta pantai.


Untuk rekod hampir saban tahun pesta pantai diadakan di pantai ini. Jika anda bernasib baik anda akan terserempak dengan pesta pantai tersebut. Pelbagai aktviti terutamanya pertandingan karaoke, persembahan kugiran, tarian tradisional, sukaneka, dan pelbagai lagi diadakan.

Namun pada tarikh maza berkhemah ini pula bukanlah jatuh hari pesta pantai. Jadinya Pantai Air Papan di petang Sabtu dan Ahad itu agak lengang. Kecuali pada hari Ahad, ramai keluarga dan kumpulan orang muda bersantai.

Malam itu kami membakar ayam dan keropok lekor. Selebihnya makanan dibawa dan dimasak oleh dari rumah lagi.



Anak-anak kami cukup gembira walhal inilah kali pertama mereka berkhemah.

Di masa maza kecil-kecil dahulu, maza sukakan perkhemahan. Oleh kerana terlalu gian hendak berkhemah, pernah maza memasang khemah di luar halaman rumah. Lengkap dengan gadget kasut, katil, tempat pinggan, pagar dan sebagainya.



Kali ini maza mahu mengajar anak-anak maza tentang kecintaan alam dan bersyukur di atas kurniaan Tuhan. Kiranya kami lakukan perkhemahan ini seperti perkhemahan ibadah sebagaimana dianjurkan oleh Persatuan Mahasisa Islam UM dahulu kala. Bezanya ialah kami tiada qaimulalil. Masing-masing terbongkang kepenatan melayan kerenah anak-anak yang tak pernah mengelilingi api dan pelita karbait.


Sambil-sambil itu juga maza sempat merakamkan pemandangan waktu malam di Pantai Air Papan ini. 

Kebetulan pula pada hari itu angin bayu darat bertiup sepoi-sepoi bahasa lantas menghakiskan rasa kehangatan. Di petang Sabtu itu pula hujan menyebabkan terasa udara yang begitu nyaman.

Kalau angin bayu laut yang bertiup, alamat ada yang tak boleh tidur di dalam khemah. Panas!

Mujur juga anak-anak maza tidak merenget malam itu pinta kipas angin. Kalau tidak ada harapan kami tidur sahaja di dalam kereta dengan injin terus menyala. 



Berbeza dengan di pantai barat, Pantai Air Papan ini ombaknya agak kuat sedikit. Kanak-kanak harus diberikan lebih sedikit perhatian.

Waktu subuh merupakan waktu yang amat indah untuk menyaksikan matahari terbit. Apatah lagi menikmatinya di bawah naungan pepohon kelapa.

Maza sempat merakamkan peristiwa matahari terbit itu.


Cerita banyak pun tak guna, mari saksikan beberapa gambar yang sempat maza rakamkan. Moga-moga dapat memberikan inspirasi dan ingatan kepada kita agar mencintai alam dan nikmat pemberian Tuhan.

Untuk melihat gambar selebihnya hasil tembakan dari lensa maza silalah ke ronawarna.blogspot.com ya kengkawan.

+Pantai Air Papan, Mersing
+Di Tepian Pantai
+Sekali Ombak bah, Sekali Pantai Berubah
+Karangan di Air Papan, Mersing
+Malam Di Tepian Pantai Air Papan, Mersing





21 ulasan:

  1. wah mamang santai tu... yang tengok ni pun seronok betul rasanya...

    BalasPadam
  2. Brother zaid..that was cool.. I like those pictcha..salam ukhwah frok telok panglima garang

    BalasPadam
  3. 1. Sebenarnya sya xpernah dengar nama tempat ni (tak pernah sampai johor pun)
    2. Suka berkhemah rupanya? sya pernah bkemah masa remaja dulu. itupun sebab mgikuti kursus kem remaja. 
    3. tertarik dgn gambar cahaya lampu dan bulan itu.

    BalasPadam
  4. :D Dah lama tak ke sana..  Jika ke Mersing memang wajib singgah!

    BalasPadam
  5. Boleh dapat lagi lampu karbaid? Dah ada pelan nak beli khemah. Ingat nak berkhemah dengan 3 Ninjas Koning di beranda rumah :-)

    BalasPadam
  6. Dulu pernah terbaja sajak yang tajuknya Air Papan. Sukanya dapat berkhemah. Dah lama tinggalkan kegiatan berkhemah ni. Tapi sangat rindu.

    Jeles tengok gambar-gambar yang cun tu..

    BalasPadam
  7. memang nampak seronok beriadah bersama famili..
    nanti nak berkhemah jugak..

    BalasPadam
  8. Seronoknya. Gambar pun menawan semuanya. Pantai itu indah, idea pun mencurah-curah kalau ada di pantai.

    BalasPadam
  9. cantik shoot nie.... air papan waktu malam memang tenang.... kalau lali jalan baru menyusuri pantai sampai penyabung banyak tempat lain yang menarik untuk stop over dan shoot.... elok kalau dapat dirakam dari kamera maza. jeragang ada shot afew takde kamera baek cuma dari fon jer........ bagaimana pun terima kasih merakamkan spot faverit keluarga jeragang

    BalasPadam
  10. Amboi pegi camping lak dia.. :wink: Kalau ler kawe dapat ikut sama.. he he.. :wink: Lagipon dah lamaa tak ker Mersing tu.. Hmmm cantik cantik... tembakan tepat dari lensa Maza!

    BalasPadam
  11. ooppss.. best woo khemah.. kembali zaman dahulu kala gitew.. ahaks.. heheheh

    BalasPadam
  12. .. mekar boleh mengajak kekanda yg itew.. 
    satu pengalaman yg best wooo.. 
    lagi2 mengadap unggun api, kendian zikir ramai2.. hehehehe

    BalasPadam
  13. .... pantainya pun dah bersih dah... dah terjaga... alhamdulilah gitew..

    BalasPadam
  14. .. adik kat kampung guna lampu tu utuk menyuluh (menoreh getah)... 
    dan ramai gak org kampung masih gunakannya... paling tidak bikin lampu 7 liko malam raya. hehehhee

    BalasPadam
  15. .. cikgu kasik organise satu kali ler.. maza ikut.. apa mcm?
    hehehhee

    BalasPadam
  16. ..lepas tu jangan lupa kasik tepek kat blog yg itew ya.. hehehhe

    BalasPadam
  17. ... kebetulan pergi masa tu musim agak sejuk.. kena musim panas, aderkkkk... sungguh pun dekat pantai, panasnya Tuhan aje yang tahu... 

    BalasPadam
  18. ..wah boleh sampai penyambung ya.. 

    nanti maza mahu cubalah.. hehehe. 
    terima kasih jeragang kerana info yg berguna ini.. 

    BalasPadam
  19. ..hehehe.. mana best? naik gunung kinabalu dgn camping di pantai? ahaks....

    hehehhee

    BalasPadam
  20. Kalau di sekolah ni selalu aje organise perkhemahan. Cuma datang melawat2 macam YB aje.
    Kalau Maza ikut budak2 tu berkhemah, Maza macam pengetualah pulak!

    BalasPadam
  21. Best lagi tengok wayang dan naik motor beso bila ke sana.. ahak ahak.... :wink:

    BalasPadam

Mengomellah Ekau Semuo Kek Sini