Halaman

Selasa, 21 Jun 2011

Mogok Lapar, Harga Makanan Melambung!

Sotong seekor bersaiz kecil 3 inci,
Sekerat ikan susu masak merah bersaiz 3inci,
Sejemput sayur, nasi separuh, air kosong .... RM15.50

Marvellous .... Great!... Hebat!

Maza kira mahu bikin mogok lapar ... kot-kot dia orang perihatin ... uhuk!
Ke haku sensorang aje berlapar. Yang lain pakat tak kisah pun harga makanan melambung-lambung?! Hmmm?...

Sekadar gambar hiasan. Ikan terubuk bakar di Kampung Keramat, Kuala Lumpur. Yummyyyyyyy sesangatttttt... 

Kalau fikir-fikir balik, eloklah kita belajar meragut, sebelum harga rumput, resam dan lalang turut naik. Sementara itu, maza mahu melengkapkan diri dengan memasang gigi tajak dahulu di mulut. Takut juga teragut duri sembilu atau rumput benta. Bergarit pulak mulut haku tu karang.... huhuhu.

Meh kengkawan, kita sama-sama berjamaah berlajar meragut! Awak ragut sana, maza ragut situ, sambil-sambil tu kita bikin bunyi mengembek, macam kambing! Hahahaha....

Moral of the story: 

Harga makanan dan komoditi sudah mencanak-canak meningkat. Inflasi ketara dirasai oleh penduduk negara bertuah ini. 

Jadi! Moh kita berjimat cermat.. 

Tapi mengikut Teori Permintaan - (mikroekonomi)- Jika rakyat semua menyimpan duit mereka untuk langkah jimat cermat, makannya keluk permintaan akan menurun. Permintaan akan jatuh. Justeru akan berlaku lebihan penawaran lalu ada pemain industri akan bankrup atau terpaksa mengurangkan penawaran mereka. 

Dalam ekonomi makro pula, jika penawaran berkurangan bermakna pendapatan negara akan terjejas. Banyak kilang-kilang akan tutup lantas akan berlaku inflasi. 

Dengan dasar monetari (dasar kewangan), tekanan inflasi yang meningkat ini akan distabilkan dengan menaikan kadar BLR. Penyudahnya sekali lagi harga barangan melambung, dan ramai rakyat tak berumah. 

Eh, apa da. maza sudah lantun-lantun. ahaks.... 

maza: pakar ekonomi pencen yang berbelit-belit ... huhuhu

33 ulasan:

  1. Ada benarnya tu.. :D

    Sebab tu susah jadi pakar ekonomi ni.. Bila ada buat sedikit "adjustment" akan ada pihak yang terjejas..  

    BalasPadam
  2. US yg ramai pakar ekonomi pon dah tak dapat sekat inflasi mencanak kat negara mereka... Mmg zaman susah lah ni Maza... Kopi 434 pon dah tak leh order lagi.. jimat cermat sikit.. Bab makro ekonomi tu biarlah Gabenor Zet & co pikir.. :D

    BalasPadam
  3. kalau gitew mahal harga makanan direstoran/warung/mamak, dah sampai masanya kita bawak bekal dr rumah..air pun blh jimat jugakss..

    BalasPadam
  4. payah la nak meragut
    gigi depan aku dah bergoyang ni
    huhu

    BalasPadam
  5. Sejak bila Maza jadi pakar ekonomi pula. Salah satu cara hendak menangani masalah inflasi adalah merancakkan ekonomi dengan perbelanjaan didalam negara.Kalau ramai yang menyimpan duit didalam bank eknomi akan stagnant

    BalasPadam
  6. bwahaha...
    ketawa pecah perot ak membaca...
    bila nk tukar profession?

    BalasPadam
  7. jawapannya... kerja keras pecah batu.. huhuhhu

    BalasPadam
  8. Gitewlah abg mail, system perekonomian ciptaan barat... tak sama dgn sistem perekonomian zaman khalifah Islamiah dolu2...

    semuanya bersadarkan khayalan, andaian dan tekaan.. huhuhu

    BalasPadam
  9. kenalah masak bangun pagi2.. tak pun ikat perut, kan kan kan...

    tapi sampai bila? uhuk!

    BalasPadam
  10. elok kasik cabut guna gergasi besi tu.. lepas tu gantikan dengan mata tajak pulak.. hehehhe

    BalasPadam
  11. Uhuk! maza sudah pencen rasanya jadi ahlul ekonomi....
    dahulu2 kala ada lah juga belajar ...  masa tu kekonon zaman e-ekonomi kaedahnya.. ahaks..

    BalasPadam
  12. Uiks.. pegang perut utuh-utuh, karang terbarai lak isinya... tak pasal2 kena top-up kat kedai mamak.. uhuk!

    hahahaha

    BalasPadam
  13. Peerrgghhh
    Teringat Medan Ikan Bakar Umbai.....

    Sedap tu... hehehe

    Amboiihhh berselera sungguh maza menikmati setiap inci ikan tersebut. Menjilat jari ek :-)

    BalasPadam
  14. yea.... menikmati sambil merungut2 tak ikhlas setelah kena pow dgn tukang kedai... kalau tak sedap atau tak berselera, terpaksa gak ler telan... kalau tak, jadi manusia dalam kerugian "berganda2 kuasa dua kuda" tau.. uhuk!

    BalasPadam
  15. tanam ulam rajala bro, makan tiap2 hari hehe

    BalasPadam
  16. kita makan sekadar hilangkan lapar je, dan berbelanja ikut keperluan, bukan kehendak (eceh terkena batang hidung sendiri he)

    BalasPadam
  17. harga sotong biasanya memang mahal. kalu nak jimat, kita cari & makan ikan kembong jer.
    Bro maza, jgn la mogok tak mau makan. nnti pengsan pula siapa nk cari rezeki utk family

    BalasPadam
  18. errr.. terkena batang hidung tu, kena sipi-sipi2 ke tepat2? heheheheh

    BalasPadam
  19. errr... hari ini dah buka dah, buka dengan rumput pegaga uhuk!.. hehehhe

    BalasPadam
  20. ..mau kembung perut kena sakit kuning tu... kurang vitamin C.. ahaks.

    hehehhhee

    BalasPadam
  21. wah.. makn sedap nampak..
    harga makanan sekarang ni.. ermm.. susah nak kata..
    tak makan.. lapar pulak..

    BalasPadam
  22. Lama juga tidak dengar perkataan 'Ahlul'. Dulu kami panggil seseorang 'Ahlul' kalau tuntut tidak habis :-)

    BalasPadam
  23. pakat makan rumput yg masih belum ditanda harga lagi.. huhuhu

    BalasPadam
  24. Seburuk2 Tun Mahathir (saya tak cakap dia buruk.. nie cuma nak sengat org yang kutuk Tun heheheh) .. kalau pun harga barang naik, gaji pun naik la jugak. Saya pun tak paham la dgn pimpinan Najib Tun Razak nims~ 

    BalasPadam
  25. abis dah islam pon tak kuat... jadi lembu cucuk hidung ler kita ... :sad:

    BalasPadam
  26. alamak!? kuikuikui.....

    nasib baik maza sudah daftar pemilih... nono dah daftar? ahaks....hehehe

    BalasPadam
  27. Erk... Dah. Lepas PRU Sarawak aritu. Hahahaha... Bukan sebelum. Bertuah kan? :D

    BalasPadam
  28. aduhhh.... kena tunggu lima tahun lagi ler baru boleh berguna pendaftaran itu.. hehehehe

    BalasPadam
  29. sipi2 je, sempat elak ala the matrix hehe

    BalasPadam
  30. Hahahahahaha... :D

    Masa tu mmg betul2 layak and matang nak mengundi kot Maza :D

    BalasPadam
  31. Kan Maza kannnnn...harga makanan sudah melambung tinggi. Ada yang sarankan masak je kat rumah...bila dikira2 balik, same je harganya. Jadi den buat perbandingan harga di satu2 tempat makan. Bila sibuk tahap gaban, den makan la kat tempat yang den dah labelkan sebagai murah tu... dan bila free, den masak la kek rumah...wakaka

    BalasPadam
  32. ... sebenar eh, hargo mee segera berjenamo Meggi tu pun sudah melantun-lantun mahalnya.. dolu2 20 sen utk satu pek (thn 1980-an)... sekarang sudah cecah RM1.20 sepek! aderkkkkk

    BalasPadam

Mengomellah Ekau Semuo Kek Sini