Tanpa ibu maka amat mustahil untuk kita hidup di dalam dunia nan fana ini. Dengan pengorbanan ibu melahirkan kita maka kita hadir sebagaimana kita hari ini. Melalui pengorbanan ibu jugalah hari ini kita mampu bernafas, bermain, bergurau, berkerja, berkenderaan, melancong dan berjaya.
Kembang mengelembu harum kemboja
Bunga kenanga taman larangan
Sayangkan ibu membawa ke syurga
Kasihkan bonda durhaka jangan
Sempena Hari Ibu yang disambut oleh negara ini pada 8 Mei 2011 marilah kita kenangkan jasa ibu. Sama-sama kita ingatkan tentang kasih dan pengorbanan beliau yang lalu waema ibu kita itu sudah uzur, masih segar atau sudah tiada di dunia ini.
Dahulu, tatkala hendak ke sekolah, emak maza sering meminyakkan rambut maza dengan minyak kelapa atau minyak masak. Ketika itu hendak membeli minyak rambut, seperti minyak rambut jenama code 10, masih kurang berkemampuan. Duit yang ada perlu disalurkan kepada keperluan yang lebih penting.
Selepas rambut diminyaki, emak menyikatkan pula rambut maza yang tidak berapa helai itu. Sambil-sambil itu emak menyampaikan amanat, "Maza, belajarlah rajin-rajin agar menjadi manusia berguna. Kelak engkau juga yang berbahagia. Bila senang jangan lupa pada mereka yang susah. Emak tak minta harta kekayaan engkau nak. Emak tak mahu uang ringgit kau. Asalkan kau senang tidak susah seperti kami cukuplah. Cuma emak pinta kenangkanlah emak. Engkau ingatlah emak dengan mendoakan emak. Kirimkanlah fatihah (surah) di atas kuburan mak nanti. Itu sudah cukup untuk emak. Sudah, ... pergi sekolah tu! Jalannya berhati-hati ya. Dengarlah kata cikgu...."
Maza yang polos tentang dunia hanya mengangguk-anggukkan kepala. Pagi yang hening itu maza mengorak langkah dengan berkasut lusuh berkoyak sana-sini hendak menuntut ilmu. Selepas bersalaman dan mencium tangan kanan emak, maza pun bepergian.
Selang beberapa tapak kami adik-beradik menoleh ke belakang. Dan emak masih lagi terpacak di muka pintu. Tangan emak terus-terusan melambai-lambai. Emak tidak berganjak. Kekal berdiri di sana sehinggalah kelibat kami hilang ditelan kabus dingin pagi.
Selang beberapa tapak kami adik-beradik menoleh ke belakang. Dan emak masih lagi terpacak di muka pintu. Tangan emak terus-terusan melambai-lambai. Emak tidak berganjak. Kekal berdiri di sana sehinggalah kelibat kami hilang ditelan kabus dingin pagi.
Tatkala umur baru mencecah 8 tahun, demam kuat menyerang maza. Emak berjaga siang dan malam. Tidak jemu orang tua itu biarpun sudah seminggu kehangatan demam berlarutan. Bukan setakat menjaramkan kepala di kelam malam yang sunyi sepi, emak turut memeluk dan mengusap kepala ini. Emak menolak ke tepi jauh-jauh tentang gerun kalau-kalau dia pula diserang bakteria, kuman perosak!
Emak memeluk pejap tubuh kerdil ini. Emak berusaha untuk memusnahkan erangan berat yang terpacul dari bibir mungil tanpa maza sedari. Di dalam dakapan hangat itulah maza berasa selesa. Tenang tiba-tiba menerjah jiwa yang sedang gering tak ketahuan bila sembuhnya.
Wajah maza dibelai-belainya. Serentak itu juga terasa air matanya mengalir di pipi mengenai muka maza. Air mata sayu itu luruh pabila melihatkan anak ini terlantar di dalam pangkuannya. Sudah lebih seminggu demam panas masih tidak kebah-kebah.
Dan tidak semena-mena air mata ibu itu telah membuatkan maza terjaga. Air mata suci ibu inilah yang telah menghambat pergi kepanasan tubuh yang mencengkam tadi. Nyah pergi sengsara itu! Sedikit demi sedikit air mata suci ibu mengembalikan kedinginan dan kepulihan pada tubuh longlai ini.
Dan tidak semena-mena air mata ibu itu telah membuatkan maza terjaga. Air mata suci ibu inilah yang telah menghambat pergi kepanasan tubuh yang mencengkam tadi. Nyah pergi sengsara itu! Sedikit demi sedikit air mata suci ibu mengembalikan kedinginan dan kepulihan pada tubuh longlai ini.
.....
Maza yakin kengkawan juga punyai kisah tersendiri yang dikongsi bersama bonda masing-masing. Mungkin sempena Hari Ibu ini kengkawan bolehlah menulis tentangnya sebagai tanda penghargaan.
Juga maza ingin mengingatkan diri sendiri agar ambillah masa untuk menjenguk orang tua di kampung tatkala mereka masih ada.
bibir mungil??oh tidaaak..haha
BalasPadamhmm..terharu bca kisah ni..
beruntung bg mereka yg dpt ibu yg baik..ada juga ibu hari ini yg bertujuan mnjatuhkan anak2nya..
assalamualaikum ....
BalasPadamtersentuh hati bila baca n3 maza ttg ibu.
tanpa ibu tak der nya kita di dunia nie , tanpa belaian ibu hidup anak tak sempurna jiwanya...
SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU
Kawe pun rasa terharu gak baca nukilan Maza kali nie.. Sapa tak ingat ibu oitt? .. si Tanggang mungkin lah :D First time lah tahun kawe sambut Hari Ibu tanpa ibu. Selalunya 6hb dah siap kirim kad ucapan ke Muar dan doakan ibu sihat-sihat dan gembira. Tahun ni jer yang lain. Semoga Allah mencucuri rahmatnya terhadap roh ibu. Al-Fatihah...
BalasPadamSamalah kita bro.. mengenang ibu yang sudah lama tiada.. Al Fatihah buatnya..
BalasPadamsemoga kita tidak lupa pengorbanan ibu, walaupun ianya tidak ternilai dan tidak terbalas, adalah kewajipan untuk kita cuba membalasnya..
BalasPadamcomey model!! :)
BalasPadamEntri yg agak menyentuh emosi..Smg kita sentiasa menjadi anak yg mengenang jasa ibu kita..
hati ibu mmg sllu dekat dgn anak..
BalasPadamanak sakit ibu rasa lebih dari itu..
setiap anak adalah anugarah..jangan dikasri jgn pula d herdik kerna syur itu d telapak kaki ibu..
yg pergi doakan ia agar slmt sejahtera d sana.Amin.
selamat menyambut hari ibu wahai kaum hawaku ;)
selamat hari ibu2 di m'sia ni...semoga kita yg jadi anak ni..hendaklah sentiasa mengingatinya...kasih ibu mmbawa kesyurga..kasih ayah masa bahagia.
BalasPadamsapa gerangan model tu...:)
Pengorbanan seorang ibu memang amatlah besar yang kita tak mampu membalasnya walau dgn apa skali pun..
BalasPadamsemoga kita sentiasa mengingati dan menyayangi ibu kita..
selamat hari ibu pada ibu2 di malaysia ini..:)
aduuuhhh..tersentuuuhhh....hatiku.... selamat hari ibu buat semua ibu2....
BalasPadamhihi...pakai minyak masakk..ea....same ler kitee....
buat yg masih ada ibu, jenguk2lah dia selalu..klu sibut amat sangat, cukuplah bertanya khabar melalui talipon..jasa ibu mmg tiada galang gantinya...confirm 200%...betul tak maza???
BalasPadamtanpa ibu siapalah kita..
BalasPadamrindukan ibu di kampung..
kalaulah dekat.. pasti aku dah balik kampung..
sayu pulak rasanya baca entri ni
BalasPadamMorning,
BalasPadamBila baca kisah pengorbanan seorang ibu pasti hati ini tersentuh .Ibu2 zaman dulu membesarkan anak2 dengan 1000 kepayahan tidak spt zaman skrg. Oleh itu, hargai jasa ibu dan sentiasa ingati diri mereka.
pss: mekar juga telah kehilangan ibu sejak usia masih kecil lagi. hanya doa yg ku sedekahkan utk Arwah.
Ibu Maza tu macam Kak Tie lak.
BalasPadamDulu anak2 kak tie selalu sakit, demam panas, terutama yang sulong tu. Tiap malam kak tie tunggu sebelahnya, tengok dia bernafas tercungap2, tuam dahinya dengan tuala basah, kekadang menangis hiba, tengok anak sendiri dalam kesulitan untuk bernafas (kerana asthma).
Tak pernah terasa letih atau ngantuk. Yang penting, anak2 cepat sembuh, sambil terbayangkan riuhnya rumah bila semuanya sihat.
Semuanya kak tie tak pernah fikir ianya satu pengorbanan. Tapi itu adalah naluri semula jadi seorang ibu. Semua ibu.....
Ibu tak pernah minta balasan. Ibu hanya minta dihargai. Tapi bukan dengan wang ringgit. Cuma masa. Kerana itu, luangkanlah masa, untuk ibu. Walaupun dengan menalipon (kiranya jauh), dan jika berpeluang, jenguklah ibu, untuk bertanya khabar. Dan sekerap yang boleh, sentuhlah ibu. Usaplah dia, sebelum dia pergi buat selamanya.
Selamat menyambut hari ibu esok kepada semua.
BalasPadamSetiap hari, kita sayangkan dan cintakan ibu. Tak terucap terima kasih, dan terungkap kasih sayang untuk ibu.
BalasPadam*Comel baby tu. Pinjam boleh?
salam perkenalan..betul tu hargai & sayangilah Ibu semasa dia masih ada di dunia ini..
BalasPadamIbu sy dah hampir 3 tahun meninggal dunia..tak kan merasai lagi belaian dan sentuhan tangan lembut sorang ibu..
selamat hari ibu untuk semua yang bergelar ibu
BalasPadamkasih ibu membawa ke syurga
Kasihnya ibu memang tiada tolok bandingnya.
BalasPadamEmmm, nak jadi En tehr nmpk! Pandai udah berpantun skang yer ;)
BalasPadamSedihnye baca kisa maza tu... bEe pun ada kisah tersendiri (tp simpan ajelah dlm hati)... Kita sbg anak masa kecik selalu lawan ckp emak bila dah kahwin punya anak sendiri baru terasa pengorbanan seorg ibu tu :-)
TQ tehr (tersipu2 perasan :-P)
BalasPadamsetuju.... :-)
BalasPadamTQ Akubiomed (sambil tersipu malu sekali lagi) :-P
BalasPadamspeechless.. just only two words perhaps would describe my feeling, "loving it"
BalasPadam