Halaman

Ahad, 15 Mei 2011

Terima kasih Cikgu!


Mei 16 adalah Hari Guru yang disambut saban tahun di negara ini.

Maza masih teringatkan bahawa tatkala hari guru ini jugalah masa maza untuk ponteng sekolah. Sebabnya tak ada kelas, cuma meraikan cikgu-cikgu sahaja. Hahahaha

Apabila sudah ada akal sedikit, maza mula melibatkan diri dalam sambutan hari guru tersebut.

Buah cempedak di luar pagar
Bubur chacha kuah pengat
Biar berguru kepalang ajar
Cinta ilmu hidup berkat!…

Salah satu program yang maza pernah melibatkan diri ialah tatkala di tingkatan 5. Maza terlibat berlakon.

Kali ini maza melakonkan watak hero iaitu Hang Tuah. Manakala Hishamuddin Md. Isa (Min) sebagai Hang Jebat. Antara mereka yang terlibat dalam lakonan teater ini ialah Noranoi, Norisam Che Ros dan beberapa orang lain.

Di sekolah kami tidak ada pentas istimewa. Jadinya Meja-meja dirapatkan dan menjadi pentas.

Di atas pentas itulah Hang Tuah dan Hang Jebat berpencak silat. Adegan tikam menikam berlaku hingga menggoncangkan meja tersebut. Hampir roboh tu. hahahaha

Mulanya kami dilarang menggunakan sebarang benda tajam untuk aksi lasak itu. Namun pada hari tersebut keris ciptaan kami (keris kertas) menjadi lembik dan tak bermaya langsung. Kebetulan pula ada dua bilah keris yang entah dari mana dia orang dapat.



Penyudahnya dengan keris pengantin itulah kami bertikaman.

Tuan Pengetua masa tu tak berapa nak setuju lalu meninggalkan pentas kami yang dalam klimaks. Cuma tinggal para pelajar dan guru-guru lain yang turut bersorak dan khusyuk menantikan kesudahan cerita tersebut.

Biasalah, hero selalu menang, kan? Akhirnya Jebat tewas di tangan Tuah... ahaks.

Namun begitu, cerita yang digarap dan lakonkan setelah berlatih sebulan lamanya dengan bersungguh-sungguh, tetapi akhirnya kami tewas dengan geng Tingkatan 5 pelajar perempuan. Shahila memang berbakat besar dalam seni pengarahan ini. Dia telah beberapa kali menjulang piala dalam hal pertunjukan pentas terutama drama!

Shahila dan gengnya telah menggondol tempat pertama dalam pertunjukan pentas.

Hari ini giliran anak maza pula meraikan Hari Guru.

Maza sekeluarga telah membuat perancangan hendak mengirimkan poskad kepada cikgu kelas Nasrun sebagai tanda penghargaan di atas segala usaha cikgu untuk menyinari masa depannya.

Kepada cikgu-cikgu diluar sana, maza ingin menyampaikan jutaan terima kasih kerana anda sanggup berkorban untuk masa depan kami dan negara.

Buat guru-guru yang pernah menjadi cikgu kepada maza, maza ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang amat sangat. Sesungguhnya setiap didikan yang cikgu berikan amat maza sanjung tinggi dan tidak terbalas rasanya. Hanya Allah SWT sahajalah yang layak dan maha Adil dalam memberikan balasan yang setimpal di atas jasa cikgu-cikgu itu.


Selamat Hari Guru 2011.
Guru Penjana Transformasi Negara...
Guru lampu kembara hidup!

36 ulasan:

  1. Kepada semua warga pendidik, selamat hari guru.  Jasamu tidak terbalas...

    BalasPadam
  2. Maza jadi Hang Tuah ?

    Waaaakakakaa............ :)
    .
    .
    .
    .
    Selamat hari guru , cikgu!!

    BalasPadam
  3. ..lagu oh ibu tu yg buat kumpulan shahila menang...ceritya nya memang sedihh...mmg x leh luplah..
    maza jadi hang tuahh...kihkih...
    pentas tu kt kantin kan.......kenangan kt sekolah dulu mmg masih segar di ingatan....
    selamatt hari guru buat sume guru2.....

    BalasPadam
  4. Eh eh.. pandai berlakon rupanya dia.. Yer lah, kalau bakat Maza kena detect awal-awal, silap2 Rosyam Nor tak dapat cari makan ehhh..  Selamat Hari Guru.. cantek poskad tu.. Brp banyak print? Tak kirim ke kawe satu? Kawe guru jugak.. Guru Blogging :D

    BalasPadam
  5.  Ingat tadi jadi Sultan yang mangkat dijulang tu kak.. jadi hero rupanya.. eh he..

    BalasPadam
  6.  panggil Hang Tuah lah pulak lepas ni :D

    BalasPadam
  7. tiba-tiba teringatkan masa kecik2 dulu bila mengucapkan terima kasih kat cikgu... "Te .. ri.. ma... ka.. sih.. cik gu!" 

    heheheheh 

    BalasPadam
  8. Oh begitulah.. (sambil tunduk ke tanah dan senyum2)

    jangan tak caya loorrrr.. heheheh 

    BalasPadam
  9. Aiseymen, aiseymen.. 

    cuba juga jadi Sultan yg itu, tapi kata pengarah tak sesuai, kerana dalam hati tak ada Raja.. ahaks..
    "Bersultan di mata, Beraja di Hati gitew.. ahaks"

    BalasPadam
  10. kuikui.... a'ah, kat kantin, hampir roboh bilan kami bertikam-tikman..

    mujur gak tak terkena pacak, pentas hampir roboh gitew.. ahaks.. 

    guru penasihat tayangan teater perdana itu ialah Cikgu Idris, hehehhe 

    Eh.. ko pernah terlibat tak che not aya?

    BalasPadam
  11. wakakak.. Rosyam Nor tu abg sinor hero malaya, tak leh kacau, kena cakar rimau kang.. hahahaha

    Photo. terima kasih abg mail... ahaks.. bersumber insipirasi dari blog Dulu lain sekarang lain.. hehehe

    Oh guru blogging ya... Guru blogging pakai kad maya aje.. ahaks...  Maza print 3 keping jerk... 1 utk cikgu kelas sekolah pagi, 1 utk cikgu kelas sekolah petang dan 1 lagi utk tepek kat mana2 dindidng yang nasrun suka.. ahaks.. 

    BalasPadam
  12. adele tak nak belakon?

    meh jadi dayang, nak? ahaks...  

    BalasPadam
  13. x nak aih..dayang tu rendah sgt pangkatnya..pemaisuri ke puteri ok jgk :D

    BalasPadam
  14. Opps.. permaisuri tak leh, dah ada.. kuikuikui.....  

    BalasPadam
  15. tuah pergolah dari sini..jebat ajak berjoging heeeee

    BalasPadam
  16. pandailah pula berlako wah...satu penghargaan yg bagus skli :)

    BalasPadam
  17. Sikit-sikit tu bolehlah.. 
    tapi kalau Ahmad Idham mau tawarkan jadi hero malaya, ahaks.. volleh, volleh, volleh... 

    heheheheh 

    BalasPadam
  18. SELAMAT HARI GURU JUGA en maza :-D 

    BalasPadam
  19. Uiikkkk.....
    Angan2 nak jadi hero apa tu en maza :-P

    BalasPadam
  20. amboiii....... bEe nak jadi BONDA kpd permaisuri boleh????? :-D 

    BalasPadam
  21. cek jadi pembaca berita masa tu....dgn   nadzriahh.....mcm maza gak...kaaalaahh weeeiii...
    hehe...kekonon nak jd wan zaleha radzi...

    BalasPadam
  22. Salam, wah Bro jadi Hero dalam pementasan ni. tak de aweks2 minta sign autograp ke lepas berlakon tu. 

    BalasPadam
  23.  Sempena Hari guru, tadi sempat la mekar hadiahkan sebiji kek kat ustazah2 kelas mgaji ku

    BalasPadam
  24. Kak Long Mawar Merah16 Mei 2011 pada 10:03 PTG

    Setiap kita ialah guru. Jika bukan guru kepada ramai murid, sekurang-kurangnya kita tetap jadi guru kepada keluarga atau anak-anak. Selamat Hari Guru! 

    p/s Cantik poskad tu. Tentu Maza dan darling yang terlebih sibuk sediakan tanda hati untuk cikgu-cikgu Nasrul.

    BalasPadam
  25.  aduh,,,, Bee ibu mertuaku! ahaks...

    heheheheh

    BalasPadam
  26.  wah... kalau ustazah itu naik beratnya, tontulah suami ustazah2 menyalahkan anak murid tersebut.. ahaks..


    hahahhaha

    BalasPadam
  27.  ahaks.. kak long memang hebat menghidu kegiatan kami suami isteri.. hehehe

    bukan apa kak long, tanamkan sikap cintakan ilmu sayangkan cikgu.. mudah2an hidup berkat gitew.. ahaks.. hehehhe

    BalasPadam
  28.  tulah.. yg glamour dan sign autograph patutnya hero, si Tuah, tapi sebalik lak yg berlaku... si Jebat yg mati ditikam tu lah yg glamour.. bersusu2n adik2 junior hulur buku buat autograph... ngeri I, uuu.. huhuhuh.. 

    Dunia dah terbalik gitew, watak antagonis dapat perhatian lebih.. uhuk nyampah mak!... hahahahhaa

     

    BalasPadam
  29.  terima kasih bEe, maza guru pada diri sendirik jerk! hehehehhe

    BalasPadam
  30.  hero selain hero hindustan.. ahaks... tak kawsa mak nyah oiii!

    hahahhaha....

    BalasPadam
  31. keris pengantin?
    hehehe

    selamat hari guru untuk maza

    BalasPadam
  32. Kenangan tidak boleh dilupakan apabila dipaksa cikgu duduk sebelah budak perempuan ketika sekolah. Angin satu badan dibuatnya.

    BalasPadam
  33. pasti rasa bahagia guru bila dihargai sebegini

    BalasPadam

Mengomellah Ekau Semuo Kek Sini