Halaman

Jumaat, 29 April 2011

100 Helah Lari Berpetualang Desa ke Desa

Sekitar Tahun 1988 / 89

Pekaka Rimba, Engang, Helang, Nuri – nama-nama rumah pasukan ketika aku di tingkatan 1, Sekolah Menengah Kahang Batu 23, Jalan Mersing (SMK). 

Walaupun nama-nama tersebut nama erotik, tetapi tidaklah rumah pasukan kami dibezakan dengan bentuk paruh atau bulu pelepah burung. 

Rumah pasukan masih dibezakan dengan kaler.

Pekaka Rimba – Merah
Engang – Hijau
Helang – Kuning
Nuri – Biru.

Tiap-tiap tahun akan diadakan sukan tahunan. Setiap pasukan saling bersaing untuk menjuarai piala itu. 

Di sekolah SMK kebiasaanya pasukan Engang dan Pekaka Rimba yang kerap menjadi johan. Lagipun sekecil itu juga kami sudah pandai main politik memilih ahli keluarga rumah mengikut kroni masing-masing. Ini semua gara-gara memastikan pasukan kami adalah ‘ Sang Juara’.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kengkawan jangan lupa ya untuk menghantar penyertaan kontest Garden of Eden. Esok (April 30, 2011) adalah hari penamat penyertaan tepat jam 12.00 tengah malam. 

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Acara yang paling aku tak suka ialah segala yang berkaitan dengan belari. Bagi aku ianya kosong! Macam tak ada matlamat.

Baik acara 100 meter, 200 meter, 4 x 400 meter atau lari dalam guni, semuanya aku tidak minat.

Tetapi kalau main bola sepak atau hoki aku cukup suka. 

Akulah antara yang akan ke depan menawarkan diri untuk menjadi pemainnya. Tapi kerap kali jugalah menjadi pemain simpanan! Ini semua hasil sikap nepotisme kapten pasukanlah...Huh tak adil! (kekonon tak nak mengaku bahawa tak ada bakat dan main pun tak cukup 'terror' hahahaha)


Merentas Desa

Satu petang di hari yang cerah dan panas, acara merentas desa yang wajib setiap pelajar sertai akan diadakan. Sekumpulan pelajar, termasuklah aku, sedang berkira-kira tidak mahu turut serta. Masing-masing sedang mencipta alasan untuk dilontarkan kepada cikgu rumah pasukan masing-masing!

Kami berkumpul di belakang stor sekolah berhampiran kantin, dan asyik berbincang.

“Kau pulak kenapa tak nak lari?”

“Perut aku sakit la…”

“Kau?”

“Kepala aku pening. Kalau berjalan ok, tapi bila nak lari aje, tiba-tiba tak larat. Macam nak muntah. Eh! Kau pulak kenapa?”

“Dada aku sakit la. Semalam angkat guni padi kat sawah. Lagipun aku rasa dada aku membengkak la. Aku rasa bila berlari nanti, rasa macam dada terlambung-lambung. Mengelembong. Toing! Toing! Macam tu….Malu lah!”

"Pap!!" 

Satu penampar singgah di belakang kepalaku.

Mulanya aku geram juga kepada si pelaku itu. Hampir-hampir sahaja aku memekik seperti Tarzan. Tarzan yang memanggil gajah lalu menyuruhnya menginjak-injak kepala manusia yang mendurjanakan aku itu! Huh!

Belum sempat aku berteriak, Cikgu Samsul bersuara,“Ooo.. Awak semua ada di sini yea. Orang lelaki mana ada dada melambung-lambung. Awak tu lelaki! Dah jangan bagi alasan lagi. Pergi lari sana. Saya mahu awak sumbangkan point untuk rumah kita. Mesti, faham!! Pergi lari sana. Pergi!!!”

Kami pergi dengan langkah longlai. Dalam keterpaksaan. Entah bila masa Cikgu Samsul muncul dan mengendap markas kami, kami pun tak tahu.

Untuk menjadi lebih sadis, awek yang menjadi secret admire ku itu ada sama. Dia mengekori Cikgu Samsul sambil memegang bola jaring. Budak itu menutup mulutnya dan aku tahu dia sedang mentertawakan ku. 

Aduh! Malunya aku. Huh!

26 ulasan:

  1. saya minat akan acara tu.. 3000 larian saya dapt pingat emas heee.. rindunya pula zaman rentas desa tapi
    sy dpt no 3..

    skrg ni nak lari tak leh sgt takat lari kejar2 anak satu umah blh ar heee..lari sb dia tak mau pakai pempes adeiiiii

    BalasPadam
  2. saya dulu rumah suka kala hijau..hurm mewakili burung nuri..
    klu rumah merah burungnya wakil burung merak
    kala hijau-wakil burung garuda
    biru 0burung rajawali..

    ehh..dah lama tinggalkan sek mash ingat lagi rumah sukan heee.....

    BalasPadam
  3. Uiks.. tak sompek den mengedit botul2 ekau dah datang!

    hahaha.. bagus-bagus.. harus dapat anugera peminat setio ni.. hahahah

    "Psst dolu2 maza suka kejar anak ayam.. panggang buat satay" hahahha

    BalasPadam
  4. Rumah pasukan maza tak menentu.. ikut siapa rumah paling best dan berpotensi jerk.. hahhahaha

    BalasPadam
  5. merentas desa...aku prnah dapat no.7....hahhahah...tu pun psl kena kejar anjing kt kebun koko tu...iiissshhh...

    BalasPadam
  6. aku lak makan angin lenggang lengguk bersaing sama Isham Che Rose, Azmanizam, Osman dan lain2.. hahaha

    mula2 aje lari bagai nak rak, last2 berjalan sambil menantikan kaum hawa potong kami di belakang.. hahahahah

    BalasPadam
  7. mula2 tu laju...psl turun bukittt sekolah tuuu.....huhu x der brekk...pas tu dah masuk kebun getah...kebun koko....errrrmmm.......mula..la..malas nk lari....hehehe

    BalasPadam
  8. Acara yang Maza tak suka tu adalah acara kegemaran Kak Long masa zaman persekolahan dulu. Sekarang masih gemar lagi, tapi kalau lari gak, takut trek semua pecah-pecah, jadi, jadi juruletih aje lah.....

    BalasPadam
  9. Hehehe.. Malas lari rupa-rupanya dan macam-macam alasan pulak tu :)

    BalasPadam
  10. sekarang ni dia org berlari kat pekan Kahang..
    Siap ada polis dan rela mengawal selia weiii...

    kalau mcm tu kan, masih patut ke digelarkan lagi merentas desa?
    Tu dah kira merentasi pekan nan cowboy.. hahahaha

    BalasPadam
  11. Erotik atau eksotik?

    Ke .... Maza sengaja.... hahaha.....

    BalasPadam
  12. salam Maza...

    semua acara akak tak minat langsung .. camna nk buat semuanya jadi pemain simpanan jer , hui hui hui

    BalasPadam
  13. hehe TE paling suka sukan lari. lagi2 merentas desa tu, mesti dapat top 10 punya,

    "kenapa tak menang?"

    sebab time lari betul mesti senak perut, time training boleh lak no 1..

    time lari 4 x 400, mesti TE pelari ke4, gila pressure!

    BalasPadam
  14. Hmmm.. boleh percaya ke si Maza ni bersukan? he he... Kalau lari merentas desa sambil membawa kamera amacam Maza, ok ke? Kawe dulu pun skip rentas desa ni. Mula2 cuba gak compete tapi asyik kalah aje dgn anak-anak tambi yang relax aje lari pakai kaki ayam... Hmmm.. rasanya tak berbaloi cuba. :D

    BalasPadam
  15. mmg erotik pun kak, kawe rasa resah dah ni.. he he.. :D

    BalasPadam
  16. Ketika sekolah dahulu saya ambil acara lumba lari walaupun tidak menang tapi saya minat :-)

    BalasPadam
  17. merentas desa ni acara feveret untuk student menipu... ada yg siap singgah umah utk rehat... hehe

    BalasPadam
  18. err.. main guli suka?

    hehehehe

    BalasPadam
  19. hahaha...

    suka berenang, tak suka belari.. letih dan panas katanya.. hahaha

    BalasPadam
  20. err.. kalau pakai dua2 sekali volleh?

    hahahaha

    BalasPadam
  21. main lompat tikam, suka?

    hehehhe

    BalasPadam
  22. WAHHHHH..

    mesti badan TE berketak2 kan?
    dan menjadi pujaan hati ramai teman2 wanita gitew.. ahaks!

    BalasPadam
  23. hahaha...

    anak tambi tu memang champion kan?.. huhuhu
    entah apalah dia makan.. lasak betul.. hahahha

    BalasPadam
  24. lari dalam guni, minat?

    hehehehe

    BalasPadam
  25. hahahha..

    mcm sedara pernah buat aje..hehehe
    tapi kat mana ya? hahahhah

    BalasPadam
  26. hebat sungguh bro maza ketika bersukan..
    mengalahkan aku!!
    aku suka badminton & taekwondo jer.. lain tak layan

    BalasPadam

Mengomellah Ekau Semuo Kek Sini