Halaman

Isnin, 7 Mac 2011

Siapakah ibunya?

(1994) Jam 3.00 petang itu kami berehat setelah makan tengahari.

Telah menjadi adat di rumah sewa kami, setelah pulang dari Sekolah Sultan Abdul Jalil (SSAJ), Kluang, kami akan bergilir-gilir mengikut jadual memasak.

Rumah sewa ini terbuat daripada rumah atas (kayu) dan di dapurnya pula rumah bawah (sebahagian kayu dan simen).

Aku berehat di tangga dapur. Idris, Zailani dan Halim di lantai simen dapur itu.

Surat khabar yang bertarikh beberapa hari lalu terkangkang di hadapan kami. Di atasnya tertera huruf besar. Jelas kelihatan dari jauh.

"Kes Sumbang Mahram, Bohsia, Persetubuhan Di Luar Nikah: Buang Bayi Menjadi-jadi. Polis sedang soal siasat & menjejaki bapa kepada bayi dalam kandungan itu."
Rahman tersandar di dinding dapur kekenyangan. Dari badannya yang pepis itu membonjol perut yang sedikit membuncit, penuh dengan nasi berlaukan sambal lada hiris.

Idris dan Zailani memerhati Rahman dengan penuh minat. Renungannya sungguh tajam. Penuh dengan makna syahwat. Halim masih memacakkan matanya ke arah surat khabar.

Zailani bangkit dari tempat duduknya lalu bertindak agresif. Dia menyerbu Rahman. Menangkap kedua belah tangan Rahman.

Gambar: Aqlan Sholehin: Anak ini tidak pernah bersalah. Fitrahnya bersih lagi suci

Idris pun tidak melepaskan peluang. Peluang yang diidamkan sudah terbentang luas. Dia turut melibatkan diri dengan membantu Zailani.

Idris memaut kaki Rahman agar dia tidak meronta-ronta lagi.

Melihatkan keadaan itu, Halim mencampakkan surat khabar ke tepi. Dia bergegas mendapatkan Rahman lalu menutup mulut Rahman yang mula hendak memekik.

Kini Rahman sudah tidak berdaya.

Aku tidak dapat mambantu Rahman. Aku sedang kekenyangan. Aku juga khuatir kalau-kalau aku pula yang menjadi mangsa seterusnya.

Rahman pasrah setelah hilang daya usaha untuk mengatasi tiga makhluk itu. Dia mulai lemah dan sekali sekala menyentak tangan dan kaki dengan kuat.

Dalam keadaan yang panik itu Idris mula bersuara.

"Siapa ibunya?! Cakap cepat. Siapa yang menyebabkan kau buncit hingga melahirkan anak ini?! Siapa yang bertanggungjawab? Siapa yang menyebabkan perut kau buncit ini?!"

"Cakap cepat!" Zailani menyergah Rahman dengan serius.

Tersentak dengan itu segera tangan Rahman meronta-ronta. Jari telunjuknya menunding-nunding ke arah Ayu.

Ayu membuat muka toya dan agak terkedu. Kemudian dengan selamba mula menyisir rerambutnya.

Halim melepaskan sedikit mulut Rahman membuatkan Rahman mampu bersuara.

"Ayu! Ayulah yang bertanggungjawab. Ayulah ibunya!"

Ayu masih buat tidak tahu. Bahkan tidak ambil peduli perkara yang sedang berlaku. Dia masih mampu bertenang. Ayu kembali duduk berteleku mengadap Rahman yang terus-terusan menuduhnya!

Ya, Ayu adalah kucing Rahman yang dijumpai berpelesaran di rumah ini. Di atas belas kasihan Rahman jugalah diambilnya anak kucing betina tu sebagai binatang peliharaannya dan diberikan nama Ayu.

Tindak balas sepontan Rahman merubah wajah dari suasana panik bertukar menjadi hilai tawa kami.

Kak Nor, jiran sebelah rumah, yang sempat mengintai gelagat kami dari celah dapur itu turut tidak tahan, tertawa terkekeh-kekeh! Akhirnya Kak Nor juga ketahuan dari lubang persembunyianya, mengintai kami yang bujangan ini.


(Gambar: Kenangan bersama Ayu)

psst: 
1) memang ketika era tahun 1990-an (terutama 1991-1994, isu bayi luat nikah, bohsia, penderaan dan pembuangan bayi menjadi isu hangat.)

2) Gambar berkualiti rendah sekadar menggunakan kamera telefon bimbit.


Tuan tanah punya kerja:

25 ulasan:

  1. memang minat bagi nama ayu kat kucing eh? ^_^

    BalasPadam
  2. Yang punyai kejelitaan aje yg kita panggil ayu.. ahaks..

    BalasPadam
  3. haha..cerpen yang kelakar maza..based on true story pulak tuuu..

    BalasPadam
  4. Kejadian yg betul2 terjadi ni cikgu.. hahahah

    BalasPadam
  5. Dah agak dah... tetapi jalan citer yg menarik la Maza...Jom kita buah buat blog-novela banyak-banyak.. he he..miowww...

    BalasPadam
  6. Bahasa profile tinggi ni maza....Ayu di mata kuyu!

    BalasPadam
  7. Rasa macam pernah dengar cerita ini, tapi di mana, ya ???

    BalasPadam
  8. kah3..sampai sekarang usikan sebegitu masih ada lagi, agaknya berpunca peristiwa ni kot :D

    BalasPadam
  9. hahhaa.. kak tie memang hebat..
    digodek dari blog maza yg satu lagi itew, yg lama2 dulu.. hahahah.

    BalasPadam
  10. hahhaa.. abg hasrul..
    ini cerita betul2 punya terjadi..
    punyalah kami pecah perut masa tu.. hahahah

    kengkawan satu rumah sewa yg itew best2 semuanya.. hehehe

    BalasPadam
  11. heheh.. baru nak belajar menganyam renyam bahasa puitis kaedahnya.... hahahaha

    BalasPadam
  12. hahahha.. volleh, volleh.. no hal.

    GKKJ kan macam-macam ada.. hahaha

    BalasPadam
  13. Hebat ?
    Tau tak pe.... hehehe..

    BalasPadam
  14. hahaha.. tenang, tenang gitew.. heheh

    cik hajar, seeloknya lah kan, letak lah sekali alamat url blog itew.. baru ler boleh & mudah utk kami ramai2 terjah ke blog cik hajar yg best2 itu pula.. tak gitew.. hehehe

    BalasPadam
  15. haisey!... haisey!.. .. hahahha..

    sabor jelah.. kak tie dah melantun-lantun.. hehehhe

    BalasPadam
  16. Bukan main serius lagi ambil perhatian masa awal-awal cerita, :D Tiba dipertengahan cerita, dah tersengih-sengih. :)

    BalasPadam
  17. malam tadi tidurnya lena tak?

    hahahahha

    BalasPadam
  18. indahnya kenangan dahulu.. bilakah dapat merasainya lagi??

    BalasPadam
  19. ahahahah..cuaknya sy baca..ada debaran saat Rahman dipaksa..igtkan nak berlaku sesuatu td..tp lelaki..tu yg pelik tu :D

    BalasPadam
  20. huhuhu.. tengok gambar ajelah abg Mus.. sambil berangan2 gitew.. heheheh

    BalasPadam
  21. uiks.. cerita santai-santai gitew.. hahahha

    tumpang lalu ya.. hehehehe

    BalasPadam
  22. Pernah lihat kucing jantan dengan gaya lagak jalan mendongak angkuh kemudian melepaskan kencing sesuka hati sahaja habis tayar kereta ditanda dengan air kencing sebagai miliknya

    BalasPadam
  23. hahaha......

    psst: kalau lambat cuci tu, mau berkarat rim itew.. huhuhu

    BalasPadam

Mengomellah Ekau Semuo Kek Sini