Halaman

Rabu, 23 Mac 2011

Lemas sendirian di atas ranjang!

Pagi tadi puas maza mencari-cari di sana-sini.  Terkais sana, terkais sini. Macam ayam mencari cacing di tanah!

Di dalam bilik sempit itu maza cuba mengesani kunci motor kapcai maza untuk pergi kerja. Habis bantal, tilam, alat tulis, alatan solek isteri, maza selongkar! Berterabur di atas lantai kesemuanya.

Masa semakin suntuk, semakin mencekik leher yang tak berapa nak jinjang ini. Kalau lambat pergi ke pejabat, sudah tentu kena hamun dengan boss. Paling mulia pun kena sindir tahap cili api berasap telinga hingga mendidih otak sampai ke angkasa raya sana.

Bawah katil, atas kepala katil, bawah kerusi, atau gerobok digeledah, namun masih tak juga jumpa juga. Hati semakin resah. Jantung mengepam laju. Basah yang sudah kering dilap dengan tuala kini mengalir semula bintik-bintik peluh. 

Hampir-hampir maza berputus asa. Maza sudah berkira, jika sepuluh minit lagi tak jumpa, maza akan berkereta tapi tentulah akan mengambil masa yang panjang. Apa lagi kalau bukan tersangkut di kesesakan lalu lintas. 

Pening kepala dibuatnya.

Kaedah lain untuk mengelak dari kena punch card berwarna merah tak beralasan dan mengurangkan tekanan darah tinggi boss ialah maza akan telefon ofis dan cakap maza sakit perut. Sekarang mahu pergi jumpa doktor di klinik. Hahaha ... untung-untung dapat MC untuk satu hari, rancang hati maza sambil senyuman berbuah di bibir sendirian. 

Entah bagaimana tergerak di hati maza untuk melihat ke bawah komputer riba di hujung katil sana. Sebaik tersentuh tetikus komputer tersebut, baru maza perasan yang komputer itu masih berfungsi. Dan kamera yang semalam maza gunakan untuk berkonferen (conference) dengan pelanggan dan kengkawan masih terpasang!

Ah! Sekarang ini bukan sahaja kepala berserabut dengan kehilangan kunci motor. Tetapi beban  menjadi bertambah bertan-tan dengan perihal kamera video itu. Ngeri maza mengenangkan kalau-kalau kamera video itu telah berjaya merakam adegan maza semalaman tatkala tidur. 

Maza tarik nafas dalam-dalam. Maza cuba tenangkan fikiran. Maza kenang-kenangkan perihal malam tadi, apakah yang telah maza lakukan di dalam bilik ini sebelum tertidur!

Maza memandang ke bakul sana berhampiran bilik air. Semalam maza tidak berpakaian cuma berkain pelikat. Baju sudah lama dicampak ke sana. Panas!

Kemudian Maza cuba tumpukan perhatian dan ingatkan kembali adegan di atas ranjang beraiz 6' x 6' ini pula. 

Aduhai! Maza tidak dapat ingat semuanya. Aderkkk.... seingat maza lepas bermesyuarat secara 'video live' di dalam talian, maza pun terjun di atas katil bermesra dengan isteri. Sejenak selepas itu mata pun terlelap! Entah bila masanya tertidur pun maza tak perasan.

"Eh! Abang tak pergi kerja ke? Tak siap lagi ni?" tegur darling yang tiba-tiba muncul dari pintu bilik itu. 

"Abang tengah cari kunci motor. Tak jumpa."

"Kunci motor?! Ooo ... Aqlan pegang ni ha. Dia buat main kejap. Nanti kalau tak bagi, dia menangislah pulak. Susah nak buat sarapan. Mintak Aqlan ... mintak. Ayah nak pergi kerja. Ayah nak kunci motor.. " pujuk Darling. Aqlan yang dikelek di pinggangnya itu pun menghulurkan kunci kepada maza.

Selepas itu, darling pun berlalu mendapatkan komputer riba di atas meja itu dengan kamera terpasang tadi. Darling pun duduk di atas bangku kemudian membelek komputer itu. 

"La... abang dah tutup komputer ni ya. Kita tengah buat kerja tadi. Si Aqlan ni pulak sibuk nak main komputer sama. Kita bukak kamera biar dia main puas-puas dari dia melalak kacau abang tidur. Kita lupalah pulak nak tutup kamera ni tadi!"

"Tadi guna kamera tu online ke, tidak?"

"Tak. Bukak gitu aje"

Fuhhh.. lega hati maza. Bersyukur yang amat sangat. Pening dan risau segera dihambat pergi. 

Takut juga kalau-kalau ada kengkawan atau pesaing perniagaan yang hendak menjerut leher maza.  Terutama Datuk Tie. Nakal Datuk Tie boleh tahan juga.

Dijemputnya wartawan ekskulisif dan orang tertentu. Jika tuntutan mereka tidak diendahkan, mereka akan mengugut maza. Mahu ditayangkan adegan tidur kami anak beranak itu di Carcosa Negara. Sambil-sambil itu mereka akan memanggil badan penyiasat bebas dan pakar forensik mahu membuktikan video yang terakam itu video tulen, benar-benar asli dan bukannya palsu!

Tapi bila dikenang-kenangkan kembali, maza bukanlah ahli politik. Masuk bertanding AJKKK Kampung pun tidak. Jauh sekali seorang taukey perniagaan! maza sekadar kuli sahaja. Di kotak fikiran maza, lakukah dan ada orangkah mahu menerima jemputan nakal itu? hehehehe

Gambar Aina: Senyum & Menjeling! Penuh makna tersirat...

Opps ... sebelum maza terlupa, maza hendak berterima kasih kepada cik Pena Rozie kerana sudi jadi follower blog GKKJ yang melantun-lantun ini... ahaks.. hehehe

23 ulasan:

  1. huih.. seram je kalau betul2 vidoe tu live streaming sepanjang malam!

    BalasPadam
  2. he he he... nasib baik, kalau tak, habislah....

    BalasPadam
  3. Saya ada video Maza di ranjang tu dan jam tangan Ben-Ten Aqlan. Mahu letak jawatan atau tak?

    BalasPadam
  4. Malam ni kita ingat temujanji kita..jangan bawa orang lain

    BalasPadam
  5. Jangan cuba repot polis

    BalasPadam
  6. hehe dah macam cerita drama plak..
    bahaya juga camera letak dlm bilik pasni mmg bro lg berwaspada le..
    apa2 pun be cool bro..:)

    BalasPadam
  7. hoho...bahaya sungguh..hehehhe

    BalasPadam
  8. hehhe... kana pakai burqa & hijab sepanjang masa waema tidur ler gamaknya... hehehe

    BalasPadam
  9. Letak jawatan tukang cuci pinggan kat rumah setiap malam itu volleh?
    hehehehe

    BalasPadam
  10. ouch!
    kalau berdua aje, kena gossip pulak dgn datuk tua TE.. hehehehe

    Opps.. tapi datuk tua TE sudah tua, mungkin tiada sebab utk difitnah ... hehhehe

    BalasPadam
  11. silap2 polis sendiri pun tak sudi nak terima report.. hahahaha

    BalasPadam
  12. kamera maza yg itew letak bawah katil jerk.. heheheh

    BalasPadam
  13. Awas BB kena skodeng.. hahahaha

    BalasPadam
  14. Fuhhh...nasib baik tidak dibuka...kalau tidak..sudah tentu sudah kecoh satu dunia blogging kewujudan video maza tidur berkain pelikat...hehehe

    BalasPadam
  15. He he..yg komen kat bawah tu ler jawab... :D silakan....

    BalasPadam
  16. Waakakakaa...... Terkejut Den!

    Kalau kita panggil wartawan pun tak de siapa nak tengok. Lebih baik jual cendol jer, hehe....

    Silap-silap kena tangkap pak polisi sebab tayangkan drama panas dalam bilik!

    BalasPadam
  17. hahhah... ingatkan kaktie tak perasan entry ini... heheheh
    tersedak2 abg Ismail N membacanya tempoh hari.. hahahha

    BalasPadam
  18. hahahah...

    psst: agak2 video tu nantinya laku tak? :)

    BalasPadam
  19. Nasib baik tidak kantoi kalau tidak tentu akan terlepas satu lagi aksi yang tidak berapa gempar macam kisah Datuk T :-)

    BalasPadam
  20. hahaa....

    tapi ada ke org berebut mahu menontonnya? heheheh
    berkerak sana sini weii.. hahahahha

    BalasPadam
  21. ni blog kisah apa? apa yg mnarik sgt kt c nie?

    BalasPadam
  22. Macam-macam ada....

    Untuk menyelami blog ini memerlukan hati yg murni dan penghayatan yg mendalam.
    Sekiranya kedua-dua subject tersebut tidak ada di dalam hati, nurani, rohani di dalam diri, maka sukar untuk mendapat pencerahan dan menerima pencerahan melalui penulisan yang dipaparkan di sini.

    Blog ini juga menampilkan tentang peribadi, soal keluarga, masyarakat, agama dan negara. Ia memaparkan hasil seni pengkarya (penulis) di dalam seni penulisan dan fotografi.

    Dipersembahkan dengan modus santai, sindiran, tips dan nasihat. Apa yang penting ialah menyelami dan menghayati setiap patah perkataan yang disampaikan. Mudah-mudahan diberikan pendoman oleh Allah SWT dan seterusnya bermanfaat kepada sekelian alam.

    Penulis juga cuba sedaya upaya tidak mendatangkan fitnah kepada mana2 pihak kecuali berita betul2 benar sebagaimana ia juga merupakan tanggungjawab aula lagi fardhu ke atas umat Nabi Muhammad SAW.

    Sekali lagi, penulis mengucapkan jutaaan terima kasih ke atas saudara kerana sudi datang ke sini. Penulis mengalu-alukan sebarang komen, nasihat, pandangan, perkongsian dan teguran demi kebaikan bersama.

    Sekian, terima kasih.

    BalasPadam

Mengomellah Ekau Semuo Kek Sini