Halaman

Sabtu, 19 Mac 2011

Langkah-langkah Baharu Kad Kredit bagi Menggalakkan Pengurusan Kewangan yang Berhemat dan Amalan Perniagaan yang Bertanggungjawab

Gambar: Mencari rezeki di balik bangunan
yang sayup meninggi.
Kerja pecah batu seh...
maza sudah pakai kad kredit semenjak graduan lagi. Ini bermakna sudah sedekad lamanya kad kredit melekat kat wallet maza yang sempit-sempit itu.

Dan tahun sudah maza sudah pun mengerat-ngerat dan memulangkan semula kad kredit daripada 2 pengeluar. Segalanya bermula apabila kerajaan mengenakan cukai RM50.00 bagi satu kad.

Hari ini keluar pula pengumuman berita dari Bank Negara perihal kawalan kad kredit. 


Elok jugalah dibuatkan peraturan demikian. Dengar kata ramai orang sudah terkecundang dengan bahana kad kredit ini, dan hutang kad kredit melambung-lambung. Begitu juga jumlahnya yang banyak tak berbayar; melantun-lantun gitew.

Sebelum warga Malaysia ini semuaya menjadi hamba hutang. Begitu juga ramai  yang sudah tak berapa pandai mengawal kewangan masing-masing; maka patut benarlah peraturan baru itu dikeluarkan.

 

*******

Berkuat kuasa serta-merta, syarat kelayakan untuk mendapatkan kad kredit disemak seperti yang berikut:
  • Kelayakan pendapatan minimum untuk pemegang kad kredit baharu ditetapkan pada RM24,000 setahun;
  • Perkara berikut adalah terpakai bagi pemegang kad yang berpendapatan RM36,000 setahun atau kurang:
    • Pemegang kad hanya boleh memiliki kad kredit daripada dua pengeluar kad sahaja
      • Pemegang kad sedia ada yang memiliki kad kredit lebih daripada dua pengeluar kad diberikan tempoh sehingga akhir tahun 2011 untuk menentukan pengeluar kad pilihan masing-masing. Pemegang kad juga akan diberikan tempoh sekurang-kurangnya dua tahun untuk menyelesaikan baki hutang kad kredit yang telah dibatalkan bagi memenuhi keperluan ini.
    • Had maksimum kredit yang diberikan kepada pemegang kad tidak boleh melebihi dua kali ganda pendapatan bulanan pemegang kad bagi setiap pengeluar.
      • Pemegang kad sedia ada yang mempunyai baki hutang kad kredit melebihi had maksimum kredit yang ditetapkan diberikan tempoh tangguh selama dua tahun untuk memenuhi keperluan baharu ini.
 

Pengeluar kad akan berurusan dan berbincang dengan pemegang kad yang terbabit bagi membantu mereka menstrukturkan semula pembayaran hutang dalam usaha memudahkan pelaksanaan langkah ini. Selain itu, pemegang kad juga boleh menghubungi Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) untuk mendapatkan nasihat berkaitan dengan pengurusan hutang mereka.

Maklumat lanjut sila dapatkan di BNM Siaran Akhbar


*******


Di wallet maza nan sempit-sempit itu tinggal tiga lagi pengeluar kad kredit. Baki terkumpul tidaklah bertimbun seperti tingginya Gunung Ledang (atau Gunung Opir) sana. Tetapi masih cekal berdikit-dikit membayarnya. Lagipun dengan ikatan tier yang baru itu, menyebabkan maza lebih berhati-hati menggunakan kad tersebut.

Dari pengumuman rasmi tersebut, maka terpaksalah maza membuat pilihan antara ketiganya itu. Ketiga-tiga kad kredit yang maza punyai itu kesemuanya maza sayang. Dan kesemuanya mempunyai kelebihan tersendiri.


Atau mungkin juga akan maza rayu, atau memaksa boss untuk menaikkan gaji maza agar melebihi RM36K itu. Dengan demikian tidak perlulah maza memilih mana satu mahu diserahkan kembali. Hmm .... dapat RM40K pun orait gak buat sementara ni, kan? Ke ada kengkawan mahu cadangkan jumlah yang lain? hehehehhe

ahaks... jawabnya maza pun melantun-lantunlah lagi....
huhuhu...





43 ulasan:

  1. Hehehe.. pilih jangan tak pilih. Kena pilih 2 antara 3. Susah juga tu :)

    BalasPadam
  2. tulah.. maza ingat nak pilih mintak naik gajilah.. volleh?
    hahaha

    BalasPadam
  3. ...even layak utk pegang cc lebih dari 2 tu..tapi sebaiknya elakkanlah..cukuplah ada 1...utk kegunaan di waktu2 kecemasan..maklumlah kaum perempuan nafsu nya 9 heheheh
    a few seconds ago · LikeUnlike

    BalasPadam
  4. kad ni memang menjerat kan? swap je, xnampk duit keluar..hehe..tapi baguslah kerajaan dah nampak dan ada penyelesaiannya..harap² tak ramai yang muflis sebb hutang kredit kad..tapi aritu rasanya macam minimum 30k gaji tahunan..dh turun ek..

    BalasPadam
  5. hehe 40k tu ok juga bro :)

    TE ni kad bank biasa jela ada, hehe
    tapi selalu juga swipe kad..masa isi minyak guna bonuslink :)

    BalasPadam
  6. Patutlah ada terima call dari bank marketeer rupanya ada perubahan polisi. Beriya-iya benar hendak menawarkan kad kredit percuma. Rasanya cukuplah kad kredit yang sedia sudah terseksa rasanya :-)

    BalasPadam
  7. skrg ni dah ada smart card credit kan?
    ala2 touch n go
    lg sakan nak shopping lg2 kalau ada org hulurkan card credit utk dihabiskan :P

    BalasPadam
  8. salam
    yang percuma tu ada yang tersembunyi..nic info..thk

    BalasPadam
  9. Minta naik gaji boleh.. tapi belum tentu dapat kan? hehehe

    BalasPadam
  10. Aiseh.. nape tak leh komen kat atas tu. Tempek kat sini aje lah kan. TE, Maza tu plus elaun dsb melebihi 50k tau. Boleh apply platinum card lagi tu! Kan Maza?
    CC ni penting kan Maza. Selain dari beri kemudahan time berbelanja, ia juga alternatif personal loan dengan cepat dan mudah. Dlm byk hal, kita bukan mahu berhutang pun, tapi adakalnya terpaksa la geng.

    BalasPadam
  11. Kalau Maza mintak.. dapat tu Nif..

    BalasPadam
  12. Salam.... hahahaha..... wang perlu untuk hidup.....tapi....bila wang dah masuk dalam hati....jiwa boleh jadi mati......... Bagus lah kalau ada kawalan.... kena belajar akaun dan pengurusan kewangan berhemah........ Bimbang ramai orang muda yang muflis kerana kad kredit

    BalasPadam
  13. dah kerat 2, masih ada 3

    wah.........kayanya!

    kaya kad kredit..hehehe

    BalasPadam
  14. Bb pun ada satu ni tak abis2 lagi hutang. nak abiskanthis year and lepas ni pakai debit card je lah..heheh

    BalasPadam
  15. alamak... maza pernah gak beriktikad mcm tu... CC utk kecemasan gitew...
    tapi skrg sudah terlanggar pantang yg itulah fulaks.. ahaks..

    BalasPadam
  16. yg baik kita perlu sokong, kan cikgu.. hehehehe

    apa mcm bisnez, ada baik ka? hehehe

    BalasPadam
  17. abg mail, tu hari pn nak jengah2 blog abg mail, tapi blognya hilang, yg keluar error 505! aderkkk

    hehehhe

    BalasPadam
  18. dia orang nak cari makan gak.. hahahaha

    BalasPadam
  19. che adila suda ada card credit kah?..hehehe

    pakai debit card pun mcm kad credit gak.. tapi rasanya lebih bermaruah gitew.. ahaks...

    opps.. lupa, maza belum ada debit card lagi.. huhuhuhu

    BalasPadam
  20. hahaha.. harap2 tak lebam biji mata sudah syukur nama.. hehehehe

    BalasPadam
  21. tak ada yg lurus kah abg brutal, mesti ada bengkang bengkok sikit2 ya? hehehhe

    terima kasih bang brutal..

    BalasPadam
  22. chekde, pakai cek book aje, mudah juga kan.. hehehehe

    BalasPadam
  23. hahhaha... banyak berkeping2 tapi bila nak bayar cukai gomen RM50 nanti, baru ler sengal2 badan.. tapi kan skrg ni kalau kita spend certain amount, dapat rebet tunai RM50, kira mcm bank bayarkan cukai RM50 tu ler..

    sbb tu ler maza volleh simpan 3 (madu) hahahah..

    lagi pun bila aje maza nak terminate, jam tulah mcm2 offer dia orang bagi.. selagi tak melibatkan kos, simpan ajelah, jaga hati katanya.. hahahaha

    BalasPadam
  24. nak cepat habis pun volleh, separuh gaji bayar kredit kad terus gitew.. hehehhee

    BalasPadam
  25. klu dpt 30/40k sebulan weeh...dah lama abis utang oi..ni trpaksa tutup lubang sana-sini...peritnya hidup..rasakan le..huhuhu.

    BalasPadam
  26. kita ada yang cuma 1 tu pun tak sabar2 nak potong rasenye...

    BalasPadam
  27. psst: dengar khabar, lagi besar periuk, lagi ler banyak keraknya.. heheheh

    hutang pun belum tahu abis lagi tu... silap2 bertambah .. hahahhaa

    BalasPadam
  28. apa kata terus patahkan aje.. kendian bayar ajelah outstanding balance tanpa penggunaan lagi lor..

    tapikan kalau tengah2 emergency, tak der kredit kad, fuhhh.. sengal gak perut nani, kan? hehehe

    BalasPadam
  29. setakat ni kami ada satu je master hsbc kad kredit tapi telah diracun oleh hsbc terambil visa hsbc plak,
    ingat nak potong dua2 sbab jauh nak gi bayar..
    nak ambil cimb kad kredit plak..:)
    sebenarnya penggunaan kad krdt ni hanya utk beli benda2 yang harganya mahal je,kalau setakat beli brg rumah atau isi minyak je rasanya baik guna cash takut terbabas nanti..

    BalasPadam
  30. setiap kad ada kelebihannya..
    keburukkannya dalah KITA yang menggunakannya..

    BalasPadam
  31. ada kad banyak godaaan sehh.. hahahha

    temptation gitew..
    salah hemat boleh melantun-lantun.. boingg.. boinggg... boingg.. hahaha

    BalasPadam
  32. dolu2 maza kekonon mahu guna emergency jer.. tapi bila dah ada, kekadang terlajak ke benda lain. nasib baik ada brek kaki.. huhuhuhu

    BalasPadam
  33. Bagus juga dgn syarat baru ni...moga2 golongan muda lebih berhati2 dan berfikir 800 kali bila nak apply kad kredit ni..

    Apa2pun, kenalah pandai guna..kalau tak..haru biru jadinya :D

    BalasPadam
  34. harus pandai guna tu hafis..

    just gosok kad kredit di mesin swipe yg itew.. kendian boleh angkut barang lorr.. hahahhaa

    BalasPadam
  35. gulllpppp..sy ssungguhnya mmg tidak layak berkredit kad..sumber kewangan pun meminjam sahaja..hahaha

    BalasPadam
  36. Bagus la ada syarat-syarat begini.. Saya hanya guna kad kredit daripada dua pengeluar. Rasa terbeban juga bila dicaj RM50 cukai kerajaan tu.. Satu lagi satu pengeluar kad saya sesuka hati upgrade kad. Hujung tahun lepas kad saya dah jadi platinum. Sekali swipe, dapat Proton Saga. Ini pun harus dikawal. Jangan upgrade kad pengguna sesuka hati.

    BalasPadam
  37. bab upgrade maza tak kisah sangat selagi ia free dan tak melibatkan penambahan kos.. hehehe

    BalasPadam
  38. Hmmm.... kelu lidah kawe.........

    BalasPadam
  39. hehehe... pakai debit card aje dulu.. kekonon mcm credit card gak.. tapi lagi bermaruah seh.. selamat gitew.. hehehhe

    BalasPadam
  40. Cerita kad kredit ni best ni ... aku dulu ada 1 tapi dah distopkan oleh pengeluar ... besalah dulu2 bujang joli sakan ... sekarang ni dah tak payah dah kerana dah ada 'MENTERI KEWANGAN' sendiri kekekekeke

    BalasPadam
  41. salah satu yang paling berkuasa di muka bumi ni ialah KAD KREDIT kekekek... (betul ke tu ?) dulu saya ada 1 tetapi telah distopkan oleh pengeluar kerana asyik joli sakan je .... biasalah masa tu bujang ... sekarang ni tak perlu kad kredit dah ... sebab dah ada 'MENTERI KEWANGAN' sendiri kekekeke....

    BalasPadam
  42. uiks.. bahaya gak.. terutama bila menteri kewangan tu merajuk.. kes tak dapat balik rumah mak pak dia raya nanti, mau pitam biji mata weiii.. habis digodaknya segala reta... hahahaha

    BalasPadam
  43. uiks.. cukup ke dgn menteri kewangan nan satu itu?
    bendahari tak mau pakai? ahakss...

    cabutttt......

    BalasPadam

Mengomellah Ekau Semuo Kek Sini