Halaman

Selasa, 15 Februari 2011

Mari Sholawat!

Hari ini genaplah 12 Rabiatul Awal 1432 Hijrah, yang bermakna hari ini cuti umum bagi kita mengenangkan peristiwa kelahiran dan kemangkatan Rasulullah SAW.

Junjungan besar ini dilahirkan dan diwafatkan pada tarikh yang sama setelah 63 tahun hayatnya dipinjamkan ke dunia.

Jika kengkawan ada kelapangan, marilah kita mengimarahkan program sambutan dengan berarak ke masjid  berdekatan yang menganjurkan masjlis sambutan maulidur rasul ini.

Dan ianya lebih baik berkali-kali ganda daripada berpacaran berdua-duan (GF-BF) terutama pada hari semalam yang orang panggil 'Hari Kekasih' itu. huhuhu

Sambil-sambil itu maza inginlah berpesan, seraya menganga mulut besar-besar makan jamuan yang disediakan, marilah kita berselawat dahulu.


Selamat menonton, dan selamat beramal...

Psst: terima kasih kepada en.padlie kerana sudi menjadi pengikut GKKJ ini. Senang-senang datanglah selalu dan komenlah yang bermanfaat gitew.. hehehe

lantun jangan tak lantun, gitew.. hahahaha

8 ulasan:

  1. Salam maulidur rasul, Maza...

    Hari ni darling tak masak-masak ke , celebrate keputeraan nabi kita ni ?
    Kita ingat nak masak special, tapi abang kita nak ajak ke mana entah, hehehe....

    BalasPadam
  2. takde undangan berceramah utk sambutan Maulidur Rasul ke maza?? Tengah mencari masjid mana yg ada jemput penceramah yg best2 di sekitar JB..semalam dah jumpa satu...Dr Farid Ravi Abdullah..

    BalasPadam
  3. maza memang ada ajak dia main masak-masak, main pondok-pondok... kekonon maza suami, dia isteri dengan 3 org anak kecil...

    tapi entah mcm mana, tatkala subuh sudah melabuhkan diri, si darling cakap: "Bang jom ke Kg. Kuantan, Kuala Selangor ... kita pancing ikan dan udang!'

    macam tulah kisahnya, dan sekarang tgh bersiap2 nak pergi berkelah lah ni.. hehehe

    BalasPadam
  4. hari ini maza dah tunggu depan rumah, tak adalah pulak perarakan.. dari jam 11.00 pagi sampai lah jam 1.00 petang tadi... hmmm?

    pergi masjid yg berdekatan ajelah, kalau2 ada tazkirah gitew..hehehe

    BalasPadam
  5. Harap pasangan yang bermadu kasih semasa Hari Kekasih tidak lajak hingga Maulidur Rasul

    BalasPadam
  6. salam maulidur rasul buat abg maza sekeluarga ye..

    BalasPadam
  7. Salam maulidur rasul Maza...
    He he pakai wali band kali ni.. mana gambaq?

    BalasPadam
  8. gambaq hari ini cuti,
    taukey cina kedai gambaq sakit perut, cirit makan bubuq lambuq kat surau sempena sambutan maulid...
    hahahha

    BalasPadam

Mengomellah Ekau Semuo Kek Sini