Gambar 1: Kaki kerdil ingin menerokai alam baru |
Bermulalah episod selepas banjir. Berhari-hari tanah di Kampung Sri Lukut, Kahang ini bergenang dengan air. Ini juga bermakna sumber pendapatan penduduk kampung terjejas yang amat.
Kalau mahu berbicara tentang aktiviti pertanian sara diri seperti menoreh dan memotong buah sawit, memang tidak dapat dijalankan. Semua kerja tergendala, termasuklah si tukang kayu, pengimpal besi, peniaga baju. Masing-masing berteleku menahan lapar di dalam rumah.
Gambar 2: Mat Boy sedang membaca radar, membuat perkiraan tepat sambil menggunakan sonar semulajadi untuk mengesan kehadiran ikan. |
Mereka yang agak mewah rezekinya dapatlah meratah kudapan (makanan ringan) seperti pisang goreng, keledek bakar atau pun kopi segar sambil bersantai di anjung rumah. Atau pun memandang kosong ke laman sana dari beranda berbumbungkan pisang sesikat!
Mereka yang kurang mewah pula, kalau bercucuk tanam serba sedikit di halaman rumah itu, inilah masanya mereka membungkas ubi kayu, keladi dan kekacang dibuat sayur atau menggantikan sementara makanan ruji.
Gambar 3: Kamal dan Mat Boy sedang memasang jaringnya. |
Sungguh pun begitu, Tuhan Maha Kaya. Janji kita mahu berusaha. Firman Tuhan ada mengatakan bahawa : " ... tidak akan berubah nasib sesuatu kaum itu, kecuali mereka berusaha untuk mengubahnya."
Walaupun tidak dapat turun ke kebun seperti biasa namun Allah SWT telah menaburkan rezeki kepada hambanya dengan cara lain pula.
Kali ini banjir hadir bersama rezeki yang keluar dari berlainan sumber.
Maza secara peribadi sempat meninjau aktiviti yang dilakukan oleh penduduk kampung. Mereka melakukan pelbagai aktiviti demi kelangsungan hidup untuk menyara keluarga.
Apa tah lagi di saat ini harga barangan serba-serbi naik. Sesetengah barangan menjadi begitu mahal buat mereka. Namun begitu hidup harus diteruskan, mereka mencari alternatif yang lain selagi terdaya. Segala kuderat diperah agar tidak merempat di tanah air sendiri.
Apa tah lagi di saat ini harga barangan serba-serbi naik. Sesetengah barangan menjadi begitu mahal buat mereka. Namun begitu hidup harus diteruskan, mereka mencari alternatif yang lain selagi terdaya. Segala kuderat diperah agar tidak merempat di tanah air sendiri.
Gambar 5: Mat Boy sedang berehat di atas boya sambil mengurai kekusutan jaring |
Gambar 6: Bibiq sedang mencari lubuk dan memantau keadaan sekeliling. Keberanian dan kecekalan perlu ada. |
Antara aktviti di sepanjang musim tengkujuh ini ialah menjaring, menjala dan menangkap ikan.
Alhamdulillah, banjir kali ini penduduk kampung dihadiahkan dengan ikan segar dari sungai dan sistem pengairan yang terdapat di kampung.
Jadinya secara tak langsung rahmat Tuhan ini dapat menangkis kebuluran dan ketandusan sumber protein utama warga desa.
Gambar 7: Banjir di Kampung Seri Lukut, Kahang ini tidaklah sedalam itu. Cuba anda ke tengah sedikit, hanya tinggal umbut-umbut kepala yang kelihatan. |
Gambar 8: Margas tua sedang mencari makanan. Kehadirannya seperti memberi petunjuk bahawa banjir sudah berakhir |
Peristiwa istimewa ini maza rakamkan untuk sama-sama kita ambil pengajarannya. Terutama tentang kelangsungan hidup manusia yang tinggal di desa.
Ya, kebanyakkan dari kita berasal dari desa. Dari desa kita merantau dan hari ini ada antara kita sudah bergelar pemastautin tetap yang bermukim di daerah kota metropolitan.
Gambar 9: Kelihatan lori tangki sedang melalui jambatan di sungai kecil ini. Aksi berbahya ini dilarang ditiru. Sudah dipatentkan... hahaha |
Kata orang, bekerja di bandar kena ligat untuk menyuap nasi. Tetapi kata maza pula, untuk menyuap nasi ke mulut keluarga bukanlah mengira tempat. Di kampung juga kita kena ligat. Insyallah, siapa yang berusaha lebih dia berupaya mendapat rezeki lebih hasil pemberian Tuhan juga.
Gambar 10: Antara peminat setia sedang memantau kami yang bergelumangan mencari rezeki di tepian sungai. |
Gambar 11: Menarik jaring ke seberang sana. |
Benarlah kata orang, kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
Maza telah mengikuti teman sekampung mengharungi banjir untuk mencari secupak rezeki. Akhirnya selepas berusaha lebih lapan jam, beberapa kilo ikan dan udang galah telah berjaya didaratkan. Mat Boy yang berusaha gigih pun dapat menjual hasil tangkapannya.
Gambar 12: Menuai hasil tangkapan |
Gambar 13: Ikan tersangkut di jaring. Alhamdulilah, rezeki keluarga untuk hari ini |
Mat Boy anak muda jati kampung ini sedang mencari pekerjaan tetap. Tatkala bergelar pengganggur sementara setelah tamat kursus ada baiknya dia mencari duit poket sendiri dengan berniaga ikan di lorong-lorong kampung.
Gambar 14: Mat Boy dengan lampamnya. Khazanah & hasil mahsyul dari Sungai Kahang |
Di entry yang lalu (klik sini) maza ada menceritakan tentang 'jongkong emas' (udang galah) sungai Kahang. Kebetulan pula Ali dan kawan-kawannya sempat merakamkan detik-detik jongkong emas ini ditawan. Apa lagi, layan gambar-gambar jongkong emas di bawah ini ya kengkawan....
Gambar 15: Ali menayang hasil yang diperolehinya dari Sungai Kahang. |
Gambar 16: Antara hasil mahsyul yang diperolehi. Udang Galah sepit BIRU! |
Gambar 'closed up' 17: Udang galah digoreng. |
perghhhh~
BalasPadamni kasi perut lapa je ni!
makan dgn nasik panas2 bes!
boh kicap je cukup mkn dgn udang galah
betul2 mengembalikan nostalgia ma masa zaman kanak2 dulu..kampun kita cam senasib je.. yg paling best udang galah tu..huwaa... bagilah ma rasa skali, jgn bg gambo je...
BalasPadamkalau rajin bikin masak lemak cili api..
BalasPadamperkhhh... well lahhh gitew. hahahaa
volleh nak rasa tu volleh...
BalasPadammeh ler datang ke kampung abg.. bukan jauh mana pun..
hehehehe
Wah, musim banjir pun sempat cari udang ye. Kalau banjir di muar, air semuanya kotor dan berlumpur. tak jumpalah udang besar-besar macam tu.
BalasPadamTak semua mengenai banjir itu negatif.. Buktinya ada rezeki lain muncul di musim banjir ni :)
BalasPadamsayang sungai muar jadi tercemar... huhuhu
BalasPadamdolu2 pernah memancing kat situ, terutama di kampung Belemang dan Serom 3...
banyak dapat ikan gelama, blukang dan ikan duri
Tu lah kanzzz..
BalasPadamadakalanya kita terlupa, dlm mushibah ada sinar bahagia gitew...
hehehehe
Oooiiitt!
BalasPadamSampai ati you tunjuk gambor udang tu, ekk! I dah lama tak merasa udang galah sungai Kahang.... dah tiga belas tahun tau.
ati2 bro, aku risau tersangkut buaya lak kang... hehe
BalasPadamAlhamdulillah, rezeki ada di mana2,
BalasPadamudang galah tu masak lemak cili api...memang sedapla untuk makan tengahari :D
jadi inilah bro maza yg punya banyak gambar tu..hehe
ahaks...gitewlah abg hasrul...
BalasPadamselamat datang ke GKKJ
moh ler kita balik ke Kahang yong!
BalasPadamhahaha
Uiks... masa menjaring tu tak terfikir pasal tu lah fulask..
BalasPadamhuhuhu
peh best nya udang galah...sekilo dah brapa..
BalasPadamjom serbu sg kahang.
Alahai banyaknya dia tempek gambar kali ni.. he he.. Bukan Gubuk kecil lagi ni.. tapi Gubuk Besar..:D
BalasPadamBaguslah entri cam ni Maza... buat ingatan kita semua akan bencana yg boleh menimpa dan ketabahan yang perlu ada bagi mengharungi apa jua dugaan Allah s.w.t. Two Thumbs up..
Psssttt... Awat gambar banyak kaki orang? :D Geramnnya tengok jongkong emas tu.. Rasa mahu ratah aje.. grrr grrrr...
nak ikut ... nak ikut ... makan udang!
BalasPadamUiks.. nanti dulu.. beratur-beratur....
BalasPadamjangan gelojoh ya...
karang terlepas ke sungai tu terkapar-kapar kelemasan lak.. hahaha
hahah.. kali ini ada 17 keping gambar dipaparkan.. hehehe..
BalasPadamagaknya maza terlalu excited balik kampung tempoh hari dengan makan udang besaq2 itew.. jadinya dia mahu tepek satu album kalau boleh kat sini.. hahahha
Gambar kaki...
Opss.. hehehe.. sebenarnya maza tak perasan lah fulaks..
err.. barangkali maza hendak gambarkan bahawa kaki-kaki itu amatlah gatalnya mahu main air banjir.. hahahhaa
Terima kasih abg mail.. hehehe
Abang mail, dari Muar ke Kahang dah tak jauh.. lebih kurang 2 jam aje perjalanan..
BalasPadamtapi kalau mau kira perjalanan dari KK... errrr.... baik diukur dari kutub selatan ke Kahang gitew.. hahahhaa
macam best jer main air.. sambil mandi dapat ikan!!
BalasPadamdah lama tak merasa suasana lepas banjir semenjak pindah ke bandar...20 tahun lalu masa tinggal dikg, kawasan rumah selalu digenangi air paras lutut..tpi blm sampai kena tinggal dipusat pemindahan banjir pasal rumah tinggi..blm sempat nak buat entri pasal rumah pusaka tersebut...
BalasPadamp/s: gambar jongkong emas tu mmg membuat sesapa yg lihatnya menelan air liur..sabor jer lah...
time lepas hujan pastinya mendatangkan rezeki buat penduduk setempat sekiranya dikawasan itu ada orang membela ikan/udang dalam kolam...sudah pasti bila paras air naik, segala hidupan dalam kolam akan berhijrah ketempat baru...pasang jaring seperti dllm gambar diatas & tunggu hasilnya...pasti lomayan...
BalasPadamsebenarnya di kampung nan indah itu ada cina bela ikan talapia di kolam...
BalasPadamkali ini entah kali ke berapa ikannya melarikan diri anak beranak dari kolam itu akibat air naik!
org kampung pun pernah menjaring dan dapat ikan talapia merah yg bukan pun berasal dari Sg. Kahang... jadinya, mereka tumpang makan mewah malam itu lorr...
tambahan lagi mereka mendakwa, rezeki dari Tuhan, sebat ajelah.. hahahaha
hahaha.. mahu kasik promosi sama kampung..
BalasPadamuntung2 boleh bikin modal baru utk penduduk desa itu.. hahaha
hahah... lebih encem kalau ikan itu melompat terus masu ke guni... pack dan terus bawa pulang gitew.. hahaha
BalasPadampsst: abg mustaffa, lagi elok rasanya abg link -kan akuan disquss langsung ke blog abg yg best2 itu... senang kengkawan lain membalas kunjungan gitew.. hehehe
Teruja menengok ketabahan warga desa mencari rezeki. Lebih teruja dengan si sepit biru, huhuhu..
BalasPadamratah atau bakar pun sodap si udang itew, kan?
BalasPadamhehehe
Huii, sedapnya Udang Galah sepit biru. Baru boss sebut-sebut Udang Galah sepit biru dari Rompin
BalasPadamah'ha..... Sg. Rompin memang terkenal pun dgn udang galah dan buayanya.. ayukk... hahaha
BalasPadam